Saturday, November 13, 2010

My Roborovski Hamster

Salam. Hihihi...Mesti dah bosan kan asyik mendengar saya bercerita mengenai hamster saja. Beberapa minggu yang lalu, saya membeli dua ekor hamster, kali ini jenis Roborovski. Ia merupakan hamster yang paling kecil dan paling pantas. Semasa saya hendak membersihkan sangkarnya, saya terpaksa lebih berhati-hati supaya mereka tidak hilang dan perlu mengambil masa yang agak lama kerana hendak menangkap mereka di dalam sangkar juga bukanlah satu perkara yang mudah. Mereka suka berlari dan amat pantas sekali. Apabila hendak membeli sangkar untuk hamster jenis ini, saya mencadangkan jenis akuarium. Hamster jenis ini suka menggali dan jika anda membeli sangkar jenis biasa, serbuk kayu yang anda letakkan di dalam sangkar tersebut pasti akan terkeluar.

Hamster jenis ini tidak mudah dijinakkan. Membela hamster jenis ini ibarat anda membela ikan. Anda hanya boleh melihatnya tetapi tidak boleh menyentuhnya. Amat menyeronokkan melihat mereka bermain dengan wheel mereka. Amat laju sekali mereka berlari. Just like I said before, they are super fast hamster.  Hamster jenis ini tidak sesuai untuk sesiapa yang baru sahaja hendak membela hamster (beginner) dan juga kepada kanak-kanak.

nfmr 

Monday, October 4, 2010

Ikan Laga (Betta Fish) Dan Hamster

Ikan Laga ni aku beli pada hari Khamis (30/09/2010) di Pet Shop yang terletak berhampiran dengan UiTM Seri Iskandar. Maklumlah, yang tu je kedai yang berhampiran dengan rumah sewa aku yang menjual haiwan. Seronok sangat dapat menjaga ikin ini. Aku bela ikan laga ni bukannya apa, Ia sesuai untuk orang seperti aku yang baru sahaja belajar nak bela ikan. Buat masa ini ikan ini masih hidup. Harap-harap umurnya akan berpanjangan sehingga 2 atau 3 tahun. Yang menarik pada ikan ini ialah ekornya yang berwarna warni dan menarik perharian sesiapa sahaja yang memandangnya.

Semasa berada di kedai pet shop ni, aku sebenarnya berbelah bahagi samada nak beli iakn laga atau hamster. Akhirnya aku pun belilah ikan laga sebab dah janji dengan adik aku yang nombor tiga, Ayuni untuk membelikan dia seekor ikan laga. Sambil-sambil itu, aku survey juga harga seekor hamster, kandang hamster, serbuk kayu dan makanan hamster. Aku bukannya apa, nak tengok budget nak bela seekor hamster berapa kosnya.

Ikan laga tidak perlu diberi makan banyak kali. Memadai ia diberi makan sekali sehari. Kalau akuarium besar, tak perlulah ditukar airnya setiap hari, seminggu sekali atau dua minggu sekali taka pa rasanya. Kalau ia diletakkan dalam akuarium kecil, perlulah ditukar airnya setiap hari atau selang sehari. Jangan lupa letakkan anti-clorine sebelum meletakkan ikan tersebut di dalam akurium atau balang. Bukannya ia bertujuan untuk memanjangkan hayat ikan tersebut dan menjaga insangnya. Air paip biasa sebenarnya amat berbahaya pada ikan.

Beberapa hari kemudian, hari Ahad (03/10/2010) aku pergi sekali lagi ke Pet Shop tersebut. Kali ini aku beli pula hamster. Warnanya kuning keemasan. Setahu aku, ia ialah dari species “Golden Hamster”. Comel sangat. Disebabkan dia berada di dalam persekitaran yang baru, ia agak takut dengan aku dan housemate aku yang lain. Seronok sangat melihat karenah dia ketakutan apabila kami cuba untuk bermain dengannya. Hamster yang aku bela ini betina, jadi sebab tu lah agaknya ia sangat pemalu.

Apa yang aku perasan, hamster ini sangat aktif pada waktu malam dan awal pagi. Bila tengah hari dan petang, ia tidak aktif, asyik tidur sahaja. Tapi aku tahu, itilah sifat dia yang sebenarnya sebab ia juga boleh tergolong dalam keluarga tikus. Apabila aku terjaga pada waktu tengah malam untuk ke tandas, aku lihat ia sangat aktif bermain di dalam rodanya.

Sebenarnya masa aku kecil, aku pernah bela hamster. Macam-macam jenis aku bela. Ada satu jenis ni, kecil saja saiznya tapi garang. Dia suka sangat gigit tangan aku time aku nak bermain dengannya. Sejak tu aku terus tak jadi nak bela hamster. Tikus Belanda pun aku pernah bela, tapi sekejap sahaja la sebab itu kawan aku punya. Tapi sejak terbuka laman web tentang hamster dan melihatnya di pet shop, terbuka pula hati aku untuk kembali membelanya. Aku tertarik dengan kecomelannya.

Sekarang ini, habis sahaja waktu kerja aku tak sabar nak pulang ke rumah sewa. Nak berjumpa dengan haiwan-haiwan kesayangan aku. Sekarang ni rutin aku berubah. Setiap petang, selepas balik kerja, aku perlu membarsihkan balang ikan dan kandang hamster aku untuk kebersihan dan keselesaan haiwan-haiwan tersebut dan jaga agar housemate aku yang lain. Maklumah, kalau busuk , takut pula housemate aku akan rasa terganggu.

Cuma satu saja pesanan aku kepada sesiapa yang mempunyai haiwan peliharaan, fikir masak-masak sebelum anda membela sesuatu binatang. Fikir samada anda mempunyai masa untuk menguruskan binatang tersebut atau tidak. Kesian kepada haiwan tersebut jika anda tidak mempedulikannya.

Wednesday, September 15, 2010

15 September 2010 (Rabu)

Salam. Hari ini hari pertama aku kembali bekerja setelah bercuti selama 6 hari. Keadaan di sini sangat sunyi sekali. Maklumlah, semua masih bercuti. Tak banyak kerja sangat hari ini. So, dapatlah aku menulis blog untuk kali ini. Tak banyak yang nak diceritakan untuk kali ini.

Mamandangkan esok cuti Hari Malaysia, so aku akan duduk dan berehat kat rumah saja. Tak tahulah nak buat apa, mesti aku akan duduk kebosanan di rumah sewa aku. Habis-habis, aku just duduk kat rumah, searh internet tak pun aku duduk tengok TV dari pagi sampai ke malam.

Adoi, pening kadang-kadang aku dengan sikap manusia ni kan. Kalau ada banyak kerja, dia akan merungut kepenatan, tapi kalau tak ada kerja langsung pula, dia akan merungut kebosanan. Hihihi...aku tak menujukan ungkapan itu kepada sesiapa, tetapi kepada diri aku sendiri.

Raya tahun ini, tak banyak persiapan yang aku lakukan. Lagi pun aku tak rasa sangat nak beraya tahun ini. Untuk tahun ini, aku berdoa agar kami semua akan dapat bertemu kembali untuk menyambut syawal di tahun hadapan. Semoga semua orang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T..

Sunday, September 12, 2010

3 Syawal 1431 Hijrah / 12 September 2010

Salam. Hari ini merupakan hari ketiga umat Islam menyambut bulan Syawal. Bagi aku raya tahun ini tidak semeriah sambutan hari raya tahun-tahun lepas. Terasa sayu sekali apabila aku mendengar ramai orang yang sakit. Namun aku masih bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah S.W.T. untuk menyambut Ramadan dan Syawal tahun ini. Aku harap aku akan dapat bertemu kembali bulan Ramadan dan Syawal di tahun hadapan.

Bagi kita yang masih sihat, jagalah kesihatan kita sebaik mungkin. Ingatlah bertapa beruntungnya kita. Semoga kita akan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan dan Syawal di tahun hadapan dengan keadaan diri kita yang masih sihat.

Tahun ini tidak banyak rumah yang aku lawati. Ini kerana di rumah aku mempunyai ramai tetamu yang merupakan abang dan adik ayah aku. Aku gembira sangat apabila mereka berada di sini. Rumah aku boleh dikatakan menjadi main house setiap kali sembutan hari raya. Terasa meriah sekali.

Sekian.

nfmr.

Monday, September 6, 2010

Ku Takkan Bersuara Lyrics (Nike Ardilla)

Izinkan Cintaku
Berbunga Dihatimu
Biar Terus Mekar Jadi pengalaman
Telah Lama Ku Dahaga
Belaian Seorang Insan
Semoga Bersamamu
Ceria Hidupku

c/o
Ku Tak Akan Bersuara
Walau Dirimu Kekurangan
Hanya Setiamu Itu Kuharapkan
Ku Tak Akan Menduakan
Walau Kilauan Menggoda
Kasih Dan Sayangku
Tetap Utuh Untukmu
Hanya Kupinta Darimu setialah Selamanya
Sehingga Abadi…
Cinta Ini Sayang Itu Kudoakan

Tak Mungkin Kan Terjadi
Kehancuran Cinta Kita
Andainya Hatimu
Seperti Hatiku

Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Salam.Saya ingin mengucapkan selamat meyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Hari Raya kali ini memberikan kegembiraan dan sinar harapan yang baru kepada anda semua.

Kepada ahli keluarga, para sahabat, rakan-rakan dan sesiapa yang mengenali diri ini, saya ingin menyusun 10 jari dan memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya memohon maaf sekiranya ada kata-kata, sikap dan perlaku saya yang menyakitkan hati anda semua.

Pesanan kepada adik-adik yang masih bersekolah, jangan bermain mercun. Nanti kalau terjadi apa-apa, anda bukan sahaja menyusahkan dan menyakiti diri sendiri, malah semua orang yang amat menyayangi anda terutama sekali ibu dan ayah anda.

Sekian.

nfmr

04 September 2010 (Sabtu)

Salam. Hari Ini hari Sabtu (04/09/2010) bersamaan dengan 25 Ramadan 1431 Hijrah. Hari Ini merupakan hari yang ke 25 umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Hanya tinggal lima hari sahaja sebelum bulan Ramadan berlalu dan bulan Syawal muncul. Pastinya semua orang sibuk membuat persiapan untuk meyambut hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Semua orang pasti sibuk mengemas rumah agar kelihatan cantik dan kemas apabila tetamu mengunjungi rumah.

Raya tahun ini tidak banyak persiapan yang disediakan. Ini kerana pada raya lima, aku sudah pulang ke Seri Iskandar untuk bekerja di keesokkan harinya. Memang aku rasakan tidak seronok raya tahun ini. Walaupun aku Cuma menjalani latihan industri (praktikal) di sini, tetapi segalanya aku harus patuhi, termasuklah jumlah cuti yang dibenarkan. Sedih, memang sedih, tetapi apakan daya, demi mendapatkan sehelai kertas yang amat mahal harganya iaitu Diploma, terpaksalah aku berkorban.

Semua kawan-kawan dan sahabat aku sudah pulang ke kampung halaman masing-masing, tetapi aku masih di sini. Sunyi, itulah yang dapat aku gambarkan perasaan aku sekarang. Tiada teman berbual dan berbicara. Aku tidak dapat menbayangkan kehidupan aku tanpa kawan-kawan dan teman-teman yang rapat di sini. Ouh, tidak…aku rela mati daripada tidak mempunyai teman atau rakan-rakan untuk berbicara tentang perkara yang menyedihkan atau menggembirakan.

Memang benarlah, kita tidak boleh hidup keseorangan. Kita memerlukan seseorang di sisi untuk memberikan semangat ketika kita jatuh, kekuatan ketika kita lemah, peneman ketika kita sunyi, pendengar ketika kita mempunyai masalah dan untuk segala-galanya. Jika kita mempunyai seorang sahabat karib, maka jagalah perasaan dia dengan sebaik-baiknya. Amat sukar untuk mencari seseorang yang benar-benar memahami diri kita.

Aku akan pulang pada minggu depan (08/09/2010), kiranya sempat jugalah aku berpuasa sehari sebelum raya di rumah dan adalah sedikit masa untuk mengemas bilik aku yang bersepah. Sebentar tadi aku ada menghubungi mama aku. Kesian dia, dari suara dia, aku tahu dia kepenatan kerana mengemas rumah. Maaflah mama, kerana tahun ini Fara tak dapat bantu mama mengemas rumah dan melakukan kerja-karja lain di rumah.

Sekian.

nfmr

Wednesday, August 25, 2010

Dunia Pekerjaan

Selepas ini, jika tiada apa-apa aral melintang, Insyallah aku akan menamatkan pengajian aku di peringkat diploma pada hujung tahun ini. Aku tak pasti sama ada selepas ini aku ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah atau terus terjun ke dunia pekerjaan. Aku bertanya pada diri aku, apakah aku sudah bersedia untuk bergelar seorang pekerja. Dunia pekerjaan amat berlainan sekali dari dunia belajar. Ya, aku telah melaluinya sepanjang aku menjalani latihan industri. Amat memenatkan. Kita perlu tahu cara untuk melayan pelbagai karenah manusia. Karenah bos kita, rakan sekerja, orang atasan dan orang bawahan.

Aku tak dapat bayangkan diri aku telah bekerja nanti. Bagaimana agaknya ya? Aku ini, boleh dikatakan jenis yang agak kelam-kabut dalam membuat kerja. Aku baru sahaja menyedari sikap aku ni. Hihihi, nak buat cam mana, dah sifat azali aku cam tu. Aku akan cuba memperbaiki lagi prestasi kerja aku dari semasa ke semasa.

Ok lah, dah nak masuk waktu berbuka puasa. Nanti aku akan tulis lagi. Bye.

Tuesday, August 24, 2010

Membilang Hari

Seronok dan tak sabarnya aku menunggu tanggal 26 Ogos 2010 (Khamis). Bukannya apa, dah masuk minggu ketiga berpuasa dan kali ini barulah aku berpeluang bersahur, berpuasa dan berbuka puasa bersama-sama dengan ahli keluarga aku yang lain. Oh ya, Ahad lepas (22/08/2010) ayah aku ada datang ke Seri Iskandar ke Seri Iskandar untuk menghantar kurma dan berbuka puasa dengan aku. Gembira sangat rasanya. Sekarang ni, aku tengah membilang hari untuk pulang ke Pulau Pinang. Hurray…Akhirnya dapat juga melepaskan rindu kepada semua ahli keluargaku. Aku tak kisah kalau orang nak kata aku ni anak manja, anak mak atau anak bapak. Kerana memang betul pun. For me, my family is my priority, and I know that I’m a family type person. Whatever I do, family come first.

Mungkin aku terikut-ikut dengan sikap kedua-dua orang tua aku. Mereka mengutamakan keluarga walau apa pun yang berlaku. Ayah dan Mama aku sentiasa mengutamakan kami adik-beradik dalam apa jua. Apa jua keinginan kami, akan cuba dipenuhi jika mampu dan dirasakan sesuai untuk kami. Pengorbanan mereka terlalu besar dan tidak ternilai harganya. Aku tak akan mampu untuk membayar harga pengorbanan mereka walaupun aku bekerja selama seribu tahun. Apa yang mampu aku lakukan sebagai anak ialah mendoakan kesejahteraan mereka. Semoga berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa bahagia di dalam setiap perkara mereka lakukan.

Berjumpa Kembali.

Salam. Semalam (23/08/2010) aku bertemu kembali dengan pak cik bas yang membuatkan aku marah dan geram padanya minggu lepas. Ramai student yang terkena dengannya. Ada seorang student, minta dia berhenti di tempat lain, tapi pak cik tu dengan sengaja berhenti jauh daripada tempat yang sepatutnya. Dia siap boleh kata lagi kat student tu, “lain kali jangan suruh orang cakap, datang depan dan cakap nak berhenti kat mana”. Kesian student tu, dah dah perempuan, waktu tu malam pula. Kawasan tu dah lah lampu jalan tak banyak. Kalaulah jadi apa-apa, pak cik tu seharusnya bertanggungjawab. Oleh kerana aku dah tahu perangai dia, jadi aku pun berhenti di simpang jalan sebelum sampai ke rumah aku. Kalau berjalan kaki ambil masa lebih kurang lima atau enam minit sahaja. Aku kenalah memberanikan diri berjalan kaki dalam gelap sorang-sorang. Dalam hati macam-macam doa aku baca. Orang kata walaupun dekat, tapi macam-macam perkara buruk boleh jadi kat kita kalau kita tak berhati-hati.

Bukanlah nak mengatakan, tapi aku rasa pak cik ni ada masalah sikit la. Mungkin otak dia tak betul agaknya. Ada saja yang tak kena tentang perangai-perangai student di mata dia. Tak pun dia cemburu, sebab masa muda-muda dulu dia tak dapat belajar kat universiti.

Aku balik lambat sebab aku nak buka puasa dengan kawan-kawan aku kat kampus. Pukul 8.15 mlm tak ada bas sebab nak beri peluang kepada driver-driver bas untuk berbuka puasa. Petang pula, pukul 5.15 atau 6.15, aku tengok, bas sentiasa penuh jew. Nak tak nak aku kenalah naik bas pukul 9.00 mlm.

Geramnya...

Salam,Isnin(16/08/2010) bengang dan bencinya aku dengan driver bas UiTM tu. Kalau aku tau dia malas nak berhenti di seberang jalan, aku akan turun kat perhentian bas/ simpang jalan sebelum sampai di rumah aku. Aku akan ingat wajah dan kata-katanya seumur hidup aku. Oleh kerana terdapat sedikit duit aku di dalam gaji dia (melalui yuran pengajian yang aku bayar setiap semester), maka aku tidak halalkan duit gaji setiap bulan yang dia dapat itu selagi aku tidak redha. Kalau masa tu, tak hujan, aku tak kisah, tetapi dah lah hujan (selamat tak lebat) ditambah pula dengan bulan puasa. Adakah dia patut dia buat begitu. Dia berhenti jauh daripada rumah aku dan tempat yang aku minta dia berhenti. Dia kata ingin memberi aku pengajaran agar lain kali jangan malas untuk berjalan. Kalau malas berjalan, diorang pun malas nak berhenti.

Driver bas yang lain amat aku hormati. Mereka tak pernah buat aku dan orang lain begitu. Cuma dia ni sorang jew hati aku agak bengkak sedikit. Nasib baik aku fikirkan Allah, ibu dan ayah aku, adik beradik aku dan bulan puasa. Kalau tak mau jew aku maki hamun dan sumpah seranah dia time tu (berani kew?). Dan apabila turun daripada bas demi menunjukkan rasa hormat aku still ucapkan terima kasih (Pada hal aku nak perli dia dan buat dia rasa bersalah sebab buat aku begitu). Terima kasih pak cik kerana buat saya begitu yew…Saya doakan semoga perkara yang sama terjadi kepada anak pak cik atau ahli keluarga pak cik yang lain. Amin…

Sunday, August 22, 2010

Sudu dan Camca

Aku ada baca blog seseorang tadi dan tiba-tiba aku terjumpa satu perkataan yang meingatkan aku kepada telatah kawan-kawan aku. Perkataannya ialah CAMCA...hahaha...Oleh kerana aku berasal dari belah utara, iaitu Pulau Pinang, aku terbiasa dengan perkataan CAMCA dan bukannya SUDU. Pada kali pertama aku nak pinjam sudu dari kawan-kawan aku pun tanya, "Nak pinjam camca boleh?" mereka dengan muka peliknya pun bertanya "Camca tu apa?" Mula-mula aku pun pening juga nak explain kat diorang sebab dah terbiasa dengan perkataan camca. Then, barulah aku teringat perkataan lain baginya ialah sudu. Sekarang aku dah terbiasa memanggilnya sudu. Mana tak nya, asal aku sebut camca jew, diorang akan betulkan "Sudu Fara". hihihi...what a nice experience and memory...

Monday, August 16, 2010

Minggu Ketujuh (7)

Minggu ini merupakan minggu ketujuh aku menjalani latihan industri. Diam tak diam dah tujuh minggu rupanya. Masa berlalu begitu pantas. Ini bermakna tinggal 7 minggu jew lagi untuk aku menjalani latihan industri. Begitu cepat dan pantas masa berlalu. Tak banyak yang nak diceritakan kali ni. Rutin harian aku berjalan seperti biasa, bangun awal pagi, mandi, bersiap, then pergi office. Tepat pukul 5 ptg, aku akan punch card dan balik rumah untuk berehat pula. Sekarang ni, tepat jam 9.00 mlm, mata aku akan memberi isyarat untuk tidur. By the way, lupa nak ucap, "Selamat Menyambut Bulan Ramadan". Jangan malas puasa yew...

Sunday, August 8, 2010

DiGi Broadband Vs. Celcom Broadband Vs. Streamyx (My Opinion)

DiGi Broadband

Baiklah, DiGi Broadband saya daftar pada 31 Disember 2009, dan ia boleh digunakan pada 2 Januari 2010. Maklumlah cuti tahun baru, jadi lambat la sikit diorang nak daftar saya punya broadband. Saya ambil DiGi Broadband di bawah Student Package. Bayar RM100 as a upfront payment. Payment ini termasuk dengan 1st month bill sebanyak RM58. Dapat modem sekali tapi dengan contract selama setahun.

Tempat yang pertama cuba ialah di Pulau Pinang, kampung halaman saya (walaupun bandar sebenarnya). Coverage dia amat bagus, dan speed dia juga sangat pantas. Tempat yang kedua saya cuba DiGi Internet ialah di kawasan rumah sewa saya yang berdekatan dengan kampus saya iaitu Seri Iskandar. Hmm, walaupun agak perlahan, tapi still berpuas hati dengan service yang disediakan. Janji diorang iaitu konsisten, memang diorang tepati. Walaupun tak laju, tapi sekurang-kurangnya dapatlah digunakan untuk memeriksa Facebook, Blog, MySpace, dll.

Tapi yang tak seronoknya ialah quota usage terlalu sikit. The quota usage for my package is 3GB. Kalau kat rumah dalam 2 minggu jew dah sampai limit kalau hari-hari buka guna DiGi Broadband.

DiGi Broadband: Keep it up. You are on the way to win the customer heart.

Streamyx

Kalau nak download, main game dan lain-lain, saya lebih suka guna Streamyx. Tak adalah menyakitkan hati sangat. Kalau main game kat Facebook pun, cepat je dia nak buka. Kalau saya guna DiGi or Celcom Broadband, saya takut terlebih guna pula daripada had quota yang ditetapkan. Maklumlah, kalau main game atau download lagu/video, mesti kita tak sedar yang dah berjam-jam kita menghadap komputer.

Jadi for Heavy Internet User, saya cadangkan anda pasanglah Streamyx di rumah. Tak payah risau kalau terlebih guna. Online lah 24 hour a day, 7 day per week, bil Internet anda tak akan naik (kecuali bil elektrik la, sebab komputer asyik on je memanjang). Anda just bayar ikut pakej yang anda pilih. Macam kat rumah saya, kami ambil pakej 1 Mbps, so every month kena bayar RM88.

Ia amat sesuai untuk orang yang suka main game di internet dan download lagu/video.

Streamyx: keep on upgrading your service. Don't worry, You will always be my 1st choice.

Celcom Broadbad

Baru-baru ini pada 27 Julai 2010 yang lepas, saya telah mendaftar untuk mengambil Celcom Broadband. Walaupun banyak mendengar rungutan daripada para pengguna Celcom Broadband, saya ambil juga kerana di kawasan ini (Seri Iskandar) hanya line Celcom yang bagus. Saya ambil student package, so every month I have to pay RM50. Saya kena bayar RM100 sebagai upfront payment dan dapat modem. Bayaran ini termasuk 1st month bill. Tapi, macam biasa, perlu ikat contract selama setahun.

Pada 28 Julai 2010, pada jam 5.45 ptg, saya pun cubalah on kan Celcom Broadband,, it's quite ok as a 1st impression. Tapi bila saya cuba pada waktu malam, agak menyakitkan hati. Asyik Disconnect dengan sendirinya. Tapi, saya still bersabar. Sebab saya fikir, mungkin saya ini merupakan pengguna baru, jadi mungkin nak kena setting something kat centre diorang. Lepas dua atau tiga hari barulah ok

Now, a new problem occured. Nak connect ke Internet guna Celcom Broadband punyalah susah. Kena plug and unplug USB Modem banyak kali, then baru dia akan connect. Tapi bila dah connect, speed dia saya sangat suka. Smooth and fast surfing.

Celcom Broadband ni saya belum cuba di Pulau Pinang, tapi saya rasa di sana mesti lebih laju.

Celcom Broadband: Please upgrade your service. Don't just tell the people that you are doing it, but we the user still haven't seen any changing. You are going to lost the customer if there are no changing being made.

Who's the winner? I let all of you decide it.

Thursday, August 5, 2010

Minggu Kelima Latihan Industri ( 02/08/2010 - 06/08/2010)

Diam tak diam dah lima minggu aku menjalani latihan industri. Seronok juga sebenarmya praktikal kat sini. Setakat ni, semuanya berjalan lancar. Tak ada kena marah, tapi kena tegur tu la. Perkara biasa untuk orang yang baru belajar untuk merasai alam pekerjaan. Aku dah dapat menyesuaikan diri dengan segala-galanya. Minggu depan nak puasa, macam mana la keadaannya ye? Minggu ini agak stress sebab banyak kerja. Maklumlah, audit nak datang ke tempat kerja aku. Keadaan di dalam office harus berada di dalam keadaan baik, kemas dan teratur.

Jadual tidur aku sekarang pun dah berubah. Kalau dulu, bolehlah tidur lambat, tapi sekarang, tidak boleh. Asal pukul 9.30 malam je, mata aku sudah memberikan isyarat supaya tidur. Jadi, kalau ada sesiapa yang mesej aku or call aku after 9.30 p.m., kalau aku tak angkat or reply, sorry. Baiklah setakat ini saja aku mampu tulis, sekarang dah pukul 10.20 p.m., jadi mata aku pun dah letih. Aku nak masuk tidur dulu, selamat malam semua. Bye.

Sunday, August 1, 2010

Video ini adalah kenangan saya bersama rakan-rakan yang lain. Video ini dibuat oleh rakan saya Nomi. Hope you all enjoy the video.

Saturday, July 31, 2010

Celcom Broadband

Salam dan selamat sejahtera pada semua yang membaca blog saya ini. Pada 27 Julai 2010 yang lepas, secara rasminya saya menjadi pengguna Celcom Broadband. Takut juga, kerana saya sebenarnya tidak beritahu pun kepada kedua-dua orang tua saya bahawa saya hendak ambil Celcom Broadband.

Pada petang 28 Julai 2010, pada jam 5.45 petang saya cuba menggunakan Celcom Broadband dan nampaknya ia telah diaktifkan. Saya mengambil pakej Youth dan setiap bulan saya perlu membayar RM50. Ia agak sesuai untuk saya kerana saya masih lagi seorang pelajar dan segalanya masih ditanggung oleh ibu dan bapa saya.

Pada waktu malam agak susah untuk connect Celcom Broadband, mungkin kerana terlalu ramai menggunakan perkhidmatan mereka. Saya perlu cuba untuk connect dan reconnect beberapa kali barulah boleh menggunakan kemuadahan internet ini.

Kelajuan Celcom Broadband agak memuaskan hati saya. Saya hanya meggunakan internet untuk memeriksa e-mail, Facebook, MySpace, Blog dll. Oleh kerana saya ialah light internet user, had quota sebanyak 5 GB mencukupi untuk saya. Tetapi bagi mereka yang heavy interner user, pasti ia tidak mencukupi.

Friday, July 30, 2010

What Wrong With Me

Pada semester kali ini, aku tak tahu apa masalah dengan diri aku ni. Aku sentiasa teringatkan rumah. Semester-semester lepas tak ada pun macam ini. Mungkin kerana sepatutnya semester ini aku buat latihan industri di tempat asal aku iaitu Pulau Pinang tetapi oleh kerana gagal 1 paper, terpaksalah aku kembali ke sini membuat praktikal di dalam sambil ke kelas untuk kursus yang aku gagal.

Perasaan rindu aku pada kampung halaman aku terlalu membuak-buak. Seolah-olah setiap minggu ia memanggil aku pulang, tetapi apakan daya, keadaan kewangan juga harus diambil kira. Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri. Ibu dan ayah aku juga perlu menyara adik-adik aku yang masih bersekolah.

Aku sepatutnya bersyukur kerana masih mempunyai beberapa kawan yang berada di sini. Sekurang-kurangnya masih ada orang yang aku kenal dan jika aku mempunyai masalah dapatlah aku berbincang dengan diorang. Jika aku kesunyian, dapatlah aku berbual-bual dengan mereka.

Aku berdoa agar segala-segalanya berjalan dengan lancar untuk semester ini. Ini merupakan semester terakhir aku sebelum aku mendapatkan sekeping kertas yang amat bernilai harganya iaitu Diploma. Insyallah, jika tiada apa-apa aral melintang tahun hadapan aku akan menyambungkan pengajian aku ke peringkat seterusnya iaitu Ijazah Sarjana Muda.

Aku bercadang untuk mengambil Degree in Health Management, tetapi program ini hanya ditawarkan di Kampus UiTM Puncak Alam sahaja. Ramai yang kata bahawa kehidupan di Kampus UiTM Puncak Alam agak mencabar. Ini yang membuatkan aku lemah semangat untuk ke sana. Apa-apa pun aku masih mempunyai masa untuk memikirkannya.

Friday, July 23, 2010

Minggu Ketiga (Jumaat/ 23 Julai 2010)

Hari ini hari yang stress sekali. Macam-Macam perkara terjadi. Aku yang salah juga. Sekiranya aku buat dengan betul-betul pasti tiada masalah. Petang nanti aku akan belik ke Penang. Hurray, harinya telah tiba. Rindunya pada semua ahli keluargaku, terutama sekali pada ayah dan ibuku. Tunggu kepulangan anakmu malam ini.

Monday, July 19, 2010

3rd week Industrial Training

This is my 3rd week of industrial training. Well, I hope this week I will having a little of fun doing my work here. Today is the busy morning for me. I have a lot of work. A lot of patient is needed when we being a worker. Now I know it. I think there have been a lot of changes in myself lately. I now know how to talk to other, how to work with others and how to receive instruction from others. Well, I must admit that this is a very usefull experience for me. It's also change me a lot. But, I still miss my home. This Friday, I'm going back to my hometown. Hurray, at last, I can see my family. Wait for me mom and dad. I miss my family so much.

Saturday, July 17, 2010

Sikap & Ragam Manusia

Kadang- kadang aku pening dengan sikap dan ragam manusia. Aku tidak pernah benci pada orang, tetapi ada sahaja orang yang benci dan suka pada aku. Aku tidak pernah menyakitkan hati orang, tetapi orang lain sentiasa menyakitkan hati aku. Memanglah sesetengah orang kata jangan ambil peduli dengan orang lain, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tetapi kadang-kadang jauh di sudut hati, kita akan terasa juga dengan sikap, perbuatan dan kata-kata sesetengah orang.

Nak kata aku seorang sensitif, aku rasa tidak. Aku boleh meneriman teguran dan kritikan dari orang lain dengan baik. Aku sedar, untuk menjadi seorang insan yang baik, kita perlu menerima teguran dari orang lain, barulah kita boleh memperbaiki diri kita. Aku rasa kawan-kawan, sahabat dan sesiapa sahaja yang rapat dengan aku pasti tahu sikap sebenar aku. Tetapi bagi aku, kalau kita nak menegur seseorang itu, biarlah kena pada tempat dan masanya. Gaya percakapan pun perlulah berhati-hati agar pihak yang ditegur tidak terasa.

Setiap pertuturan yang aku hendak tuturkan, pasti aku akan berfikir dahulu. Adakah apa yang aku nak cakapkan ini betul atau salah. Adakah dia akan faham apa yang aku nak cakapkan. Kadang-kadang aku rasa ini merupakan kelemahan aku. Tetapi ada seseorang pernah berkata pada aku bahawa ia bukan satu kelemahan, tetapi kekuatan. Jika orang itu menyakitkan hati hati, aku tidak membalas kata-katanya, maka dia yang berdosa. Aku rasa ada benar juga kata-katanya itu.

Ingatlah, setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan, kekuatan dan kelemahan masing-masing...

Rindunya...

Baru 2 minggu aku di sini, tetapi perasaan rindu aku pada ahli keluarga aku sangat menebal. Maaf ye, mungkin aku ni anak sulong tetapi perangai aku macam anak bongsu. Aku akui aku memang rapat dengan ahli keluarga aku. Walaupun jauh, setiap hari aku akan menghubungi mereka untuk melepaskan rindu dan memberitahu mereka bahawa aku di sini berada dalam keadaan baik sahaja.

Orang yang paling aku rindu tentunya adik aku yang nombor tiga (3), Ayuni. Adik aku yang seorang ni sentiasa manja. Kalau nak apa-apa, pasti akan aku cuba tunaikan kalau aku boleh dan mampu. Adik aku yang bongsu,Faris pun aku sayang. Dia selalu suka tanya bila Along cuti. Walaupun agak nakal dan degil (maklumlah, budak lelaki), tetapi dia sebenarnya seorang budak yang baik. Angah pula, semasa kami kecil, selalu jew bergaduh, tak sekepala. Tetapi apabila dia dewasa, dia hormatkan aku sebagai kakaknya. Aku dapat lihat sikap tersebut melalui cara dia bercakap dengan aku. Jarak umur kami pun tak jauh beza, empat (4) tahun saja. Tetapi dia suka membuli adik-adiknya terutama sekali Faris, kesian Faris. Sikap sebagai abang dapat aku lihat apabila dia akan menunggu adik-adik dia balik dari sekolah di depan rumah dan banyak lagi perkara-perkara lain yang dilakukannya yang menunjukkan dia bertanggungjawab sebagai seorang abang.

Abah dan mama pula, sentiasa berada di dalam hati dan fikiran aku. Tidak pernah sehari pun aku melupakan mereka. Aku sentiasa mendoakan mereka berada dalam keadaan baik dan sihat. Aku sedar, aku selama ini, banyak menyusahkan mereka dengan karenah dan perangai aku. Sekaranglah masa untuk aku menyenangkan mereka. Aku cuba untuk tidak memeningkan kepala mereka dengan masalah-masalah aku. Aku akan cuba menyelesaikan sendiri masalah aku.

16 Julai 2010 (Jumaat)

Salam. Pada 16 Julai 2010, aku, Ana, Sheery dan 2 orang lagi pelajar praktikal degree diminta pergi ke Impiana Hotel di Ipoh untuk menghadiri 1 seminar. Seminar ini setengah hari sahaja. Dari jam 8.00 pg hinggi 12.30 tgh. Ia merupakan Corporate Talk. Orang yang memberikan ceramah ialah seorang profesor dari luar negara, dan kalau tak silap dari United Kingdom (UK). Oleh kerana beliau memberikan ceramah dalam bahasa Inggeris, jadi agak pening jugalah aku untuk cuba memahami apa yang dicakapkannya. Apa yang seronoknya, selepas saja ceramah kami diberi makan. Apa lagi, perut aku pun sudah berkeroncong. Sedap sekali makanan yang disediakan, maklumlah makanan hotel. Salah satu masakan yang dihidangkan ialah sambal udang. Oleh kerana aku sensitif kepada udang, terpaksalah aki menolak ke tepi. Kalau aku makan udang, kaki aku akan bengkak seperti terjatuh. Dulu, tiada masalah kalau aku nak makan udang, tetapi semasa cuti semester yang lepas, selepas aku makan udang, secara tiba-tiba kaki aku membengkak. Sejak itu aku serik untuk makan udang.

Semalam, semasa aku masuk kerja pada jam 2.45 ptg, aku akan turn on komputer aku, tetapi malang nasib aku, semalam komputer aku rosak. Baiklah setakat ini sahaja aku menulis, nanti jika ada apa-apa berita terbaru, aku akan updatekan pada blog aku. Bye...

Monday, July 12, 2010

BOSAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini bermulalah minggu kedua aku menjalani latihan praktikal. Apa yang memeningkan kepala aku ialah, kenapa aku berasa sangat bosan. Aku asyik terfikirkan kalau buat praktikal di luar kampus, mesti seronok. Ini adalah kerana kita akan bertemu dengan orang baru, suasana baru dan senang kata, segala-galanya baru.

Sekarang aku dilanda satu lagi masalah. Aku tak tahu sama ada selepas ini aku hendak menyambungkan pengajian aku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda atau tidak. Kalau diikutkan hati, aku tak mahu menyambung lagi pengajian dan selepas saja tamat diploma aku ingin terus masuk ke dunia pekerjaan. Tetapi akal fikiran mengatakan sebaliknya, satu hari nanti, pasti kau akan menyesal sekiranya tidak menyambung pengajian. Aduh...pening kepala aku memikirkannya.

Aku berasa tidak bersemangat untuk ke tempat praktikal sejak hari ni, dan aku sendiri tidak mengerti kenapa aku berasa sedemikian rupa. Mungkin ia berpunca daripada diri aku sendiri.

Untuk semester ini juga, nampaknya tidak dapatlah aku berpuasa bersama ahli keluarga aku yang lain. Aku akan berpuasa sekali lagi di UiTM Seri Iskandar, Perak. Dah hampir dua tahun aku tidak bersahur dan berbuka bersama-sama keluarga aku. Ini adalah salah satu pengorbanan demi mendapat sekeping diploma. Masa bulan puasa ialah masa yang sentiasa aku nanti-nantikan. Pada waktu inilah kita dapat duduk semeja bersama ahli-ahli keluarga yang lain. Aku akan pulang ke rumah pada petang hari puasa terakhir, sedihnya.

Baiklah, buat masa ini aku perlukan tumpukan perhatian pada pelajaran aku dahulu. aku berharap agar segalanya akan selesai dan berjalan dengan lancar. Aku harus memotivasikan diri aku ini. Segalanya aku lakukan untuk keluarga aku, terutamanya kedua-dua orang tuaku.

Mama dan Abah, doakanlah supaya anakmu ini memperoleh kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan.

Saturday, July 10, 2010

Semester 6 di UiTM Perak (Julai 2010 - November 2010)

Salam. Untuk semester ini, aku sepatutnya tidak kembali ke sini kerana aku sepatutnya membuat latihan praktikal di tempat asalku, Pulau Pinang. Tapi apakan daya, oleh kerana aku gagal 1 subjek, aku terpaksa datang ke sini kembali. Aku perlu membuat latihan praktikal di dalam kampus dan dalam masa yang masa pergi ke kelas untuk kursus yang aku gagal iaitu Business Accounting. Kenapalah aku perlu belajar Business Accounting, aku dah lah lemah dalam perkara yang melibatkan nombor.

Mama Dan Abah

Coretan kali ini khas untuk Mama dan Abah aku. Selama ini aku asyik merungut bila diorang balik lambat dari pejabat dan kadang-kadang aku rasakan kerja itu lagi penting bagi diorang daripada kami adik-beradik. Tapi semenjak aku menjalani latihan praktikal, barulah aku tahu keadaan yang sebenarnya. Baru aku tahu macam mana penatnya mereka apabila balik dari tempat kerja. Macam mana keadaannya menjadi seorang pekerja. Bertapa tertekannya apabila menjadi seorang pekerja. Mama, sekarang barulah Fara faham kenapa mama sentiasa meminta Fara tolong mengemas rumah dan pastikan rumah kemas bila mama pulang dari pejabat. Lepas ini, Fara berjanji akan cuba mengurangkan beban kerja mama di rumah. Abah pula, sekarang Fara faham kenapa abah sentiasa pulang lewat dari pejabat sejak akhir-akhir ni, banyak kerja yang perlu abah siapkan dalam masa yang singkat. Walaupun baru seminggu aku menjalani latihan praktikal, tetapi kesannya amat aku terasa. Memang benar kata-kata mama, nanti apabila aku dah menjalani latihan praktikal, aku akan faham apa situasi yang dihadapi oleh mereka setiap hari.

Afgan - Padamu Ku bersujud

Ku menatap dalam
gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah
Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah
Reff:
Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud

Latihan Industri Luar (Praktikal)

Aku semester ini buat praktikal kat dalam kampus. Ini semua gara-gara aku gagal paper akaun. Nak buat cam mana, aku memang lemah dalam perkara yang membabitkan nombor. Hari pertama (05 Julai 2010) aku melaporkan diri pada Pn. Mahayom dan tak disangka-sangka aku dapat tempat praktikal kat fakulti aku sendiri. Nak buat cam mana, suka atau tidak aku kena terima saja. Hari pertama juga agak memenatkan. Aku juga kena cepat menyesuaikan diri dengan tempat kerja aku dan suasana pekerjaan secepat mungkin. Untuk minggu ni, aku diberikan kerja yang agak mudah, seperti faks surat, photostat kertas dan menjawab panggilan telefon dan lain-lain kerja yang perlu aku lakukan sebagai seorang pekerja pejabat. Sebagai seorang pekerja pejabat, dia perlu tahu banyak perkara, dari perkara yang senang hinggalah perkara yang susah. Jangan ingat tugas seorang pekerja pejabat ini senang. Aku respect kepada abang Wan, apabila berada di dalam office fakulti, barulah aku tahu pening juga kepala kadang-kadang nak melayan pelbagai karenah dan ragam para pensyarah dan para pelajar.

Sakitnya Hati Ini

Aku terlebih dahulu ingin memohon maaf sekiranya coretan ini akan menyakitkan hati sesetengah pihak. Kenapa ada orang dengan sesenangnya melepaskan kemarahan terhadap orang lain sedangkan aku tak boleh buat begitu. Aku kadang-kadang fikir, aku terlampau menjaga perasaan orang lain sehinggakan aku yang sakit. Di luaran mungkin aku nampak tersenyum dan gembira, tetapi di dalam jiwa dan hati aku tiada siapa yang tahu. Pada aku, ada sesetengah orang tak nak langsung cuba memahami orang lain, tetapi dia nakkan orang lain memahami dia. Jika ada orang melakukan kesalahan dan meminta maaf, aku akan maafkan dia. Bagi aku, tiada seorang pun sempurna di dunia ini melainkan Allah S.W.T.. Aku tahu kadang-kadang seseorang itu berkelakuan sedemikian rupa tanpa sedar. Aku pun pernah melakukan kesalahan dan aku akan segera meminta maaf kepada orang tersebut. Tapi ada sesetengah orang apabila seseorang meminta maaf dengannya, dia akan menyakiti hati orang tersebut kembali. Apa perasaan anda jika diperlakukan sedemikian rupa? Kita dengan ikhlas meminta maaf, tetapi dia memperlakukan kita sedemikian rupa. Mungkin bagi dia kata-kata yang dilontarkan pada aku itu agak biasa, tetapi bagi aku, ia amat mengguris hati dan perasaan aku. Orang tua aku pun tidak pernah berkata sedemikian rupa pada aku.

Thursday, June 17, 2010

Pak Lang

Coretan kali ini khas buat pak lang. Dia merupakan pak cik yang paling aku sayangi. aku amat senang apabila bersama dengan dia. Dia telah ku anggap seperti ayahku sendiri.

Pak Lang aku sekarang sedang sakit dan berada di hospital. Sudah 2 bulan Pak Lang berada di hospital.

Alang, Farah rindukan nasihat Alang, setiap kali Fara bertandang ke rumah Pak Lang, pasti Alang tidak pernah lepas memberikan kata-kata nasihat kepada Farah. Alang sentiasa bertanyakan keadaan diri Farah dan keadaan di sekolah setiap kali Farah bertandang ke rumah Alang. Alang akan memeluk (Family Hugh)Fara , mengusap rambut dengan lembut dan memberikan kata-kata nasihat sebelum Farah bersalam untuk meminta diri pulang.

Setiap kali raya, rumah Alanglah yang akan dikunjungi dahulu. Tidak sah rasanya jika tidak berkunjung ke rumah Alang dan menikmati segala juadah hari raya yang disediakan oleh Alang dan Mak Lang setiap kali raya. Pada tahun ini, Nampaknya sambutan hari raya tidak akan semeriah dahulu.

Alang, Farah sentiasa mendoakan agar Alang sentiasa cepat sembuh.

Cinta

Jatuh cinta buat kali kedua? Hmm, ini tidak mungkin terjadi. Aku akui ada terbit sedikit perasaan sayang, tetapi seperti biasa aku akan menghapuskan dia sebelum ianya wujud dengan lebih mendalam. Aku tidak mahu lagi menjadi seperti dulu. Biarlah ia hanya menjadi rahsia hati aku seorang. Kasih dan sayang tidak boleh dipaksa. Aku tidak mahu merasai kembali satu perasaan yang pernah timbul untuk seseorang di dalam hati aku ini, kembali lagi. Sakit dan derita, menrindui dan menyayanginya dalam diam, hanya tuhan saja yang tahu. Tetapi aku masih bersyukur, kerana sekarang aku mengerti apa maksudnya cinta dan kasih sayang.

Cinta dan kasih sayang memerlukan pengorbanan dari kedua-dua belah pihak. Ia boleh menjadi sesuatu yang sangat manis dan juga benda yang paling pahit dan kelat untuk ditelan.

Wednesday, May 12, 2010

Lirik Lagu Ressa Herlambang - Menyesal

Lirik Lagu Ressa Herlambang - Menyesal

Semula Ku Tak Yakin
Kau Lakukan Ini Padaku
Meski Dihati Merasa
Kau Berubah Saat Kau Mengenal Dia

Reff:*


Bila Cinta Tak Lagi Untukku
Bila Hati Tak Lagi Padaku
Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu

**


Bila Aku Tak Baik Untukmu
Dan Bila Dia Bahagia Dirimu
Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

Back To Reff:* Dan **

Back To Reff:* Dan **

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

powered by lirik lagu indonesia

Lirik Aku Kan Terus Pergi (Liya)

Sakitnya hati ini bila ditinggalkan saja,
apakah yang ku beri tiada erti cinta,
buat apa ku disini,mengharap yang takkan kembali,
sia-sia pengorbananku,
cukup kau menyalahkanku.

Aku kan terus pergi,
tanpa ragu,
ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi,
tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.

Mulanya diri ini mampu saja tuk bersabar,
Akhirnya semua punah, ku tak bisa tegar,
Bagai mengejar pelangi,
makin ku dekat kau jauhi,
Aku punya harga diri,
Cukup berakhir disini.

Aku kan terus pergi,
tanpa ragu,
ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi,
tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.

O...O...O...O...
Hey yea..
ooo..

buat apa ku disini,mengharap yang takkan kembali,
sia-sia pengorbananku,
cukup kau menyalahkanku.

Aku kan terus pergi,
tanpa ragu,
ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi,
tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.

Aku kan terus pergi,
tanpa ragu,
ku hapus segala kenangan,
Aku kan terus pergi,
tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.

Bagai mengejar pelangi,
makin ku dekat kau jauhi,
Aku punya harga diri,
Cukup berakhir disini.

Lagu: Hans Anwar ( Phuture Phase Productions,Brunei )
Lirik: Asly ( ElleBans Creative,Malaysia )


Lirik Aku Kan Terus Pergi - Liya ( OST Abadi Sebuah Cinta )

Masa Adalah Umur

Jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..


wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..


wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan.
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..

ANDAI

Apabila kita ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita mungkin akan menjauhinya….

Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya….

Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya….

Andai kita inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya….

Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa….

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kita juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna.
Melainkan DIA

Dugaan Semasa Belajar

Salam, sekarang ni aku tengah cuti semester. Macam-macam dugaan semasa kita berada di alam belajar terutama ketika belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Masalah dengan rakan-rakan, pensyarah, pelajaran dll. Dugaan dan ujian semasa di IPT rasanya lebih hebat berbanding dengan semasa belajar di sekolah. Di IPT, semuanya perlu pantas. jika anda ketinggalan, anda akan ditinggalkan jauh. Di IPT, suasananya pembelajarannya agak berbeza. Di sini, kita yang menguruskan jadual kita sendiri. Tidak seperti di waktu sekolah, jadual kelas kita telah disusun oleh pihak sekolah. Di sini juga, kita perlulah kuat dari segi fizikal dan mental. Jangan kita mudah mengalah jika kita gagal, sebaliknya cuba bangun dari kegagalan tersebut dan cuba mencari punca yang menyebabkan kita gagal dan kita hendaklah berubah.

Rakan-rakan sebaya merupakan pengaruh yang terbesar bagi diri kita. Ini adalah kerana kebanyakan masa kita dihabiskan bersama dengan rakan-rakan. Kita hendaklah pandai dalam memilih orang untuk menjadi rakan kita. Ingat, ada kawan yang boleh bawa kita ke jalan kebaikan dan ada juga kawan yang boleh bawa kita ke jalan kejahatan. Tetapi, apa yang penting ialah diri kita sendiri, jika kita tahu ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada diri kita kecuali keburukan, janganlah kita ikut. Kita telah dianugerahkan akal fikiran oleh Allah S.W.T. dan gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya.

Pensyarah pula, ada macam-macam karenah juga. Kadabg-kadang karenah pensyarah lebih memeningkan kepala berbanding karenah rakan-rakan. Kita kena pastikan segala assingment yang dihantar memenuhi kehendak dia. Kalau tidak, jawabnya sedikitlah markah yang anda dapat.

Pada masa ini juga, ada sesetengah daripada kita mula mengenali makna tanggungjawab. Kita perlu bertanggungjawab terhadap segala tindak-tanduk yang kita lakukan. Kita juga akan lebih merasa bertanggungjawab terhadap ahli keluarga kita. Kerana di sini kita dilatih segalanya.

Pada masa ini juga kita perlu belajar untuk berdikari. Pada masa ini, kita akan tinggal berjauhan daripada ahli keluarga terutama sekali kedua-dua orang tua kita. Segalanya perlu dilakukan sendiri. Jika selama ini makan, minum dan pakaian kita dijaga oleh ibu, kini kita perlulah mencari makanan dan minuman sendiri dan membasuh pakaian kita sendiri. Ketika ini, kita perlu keluar daripada zon selesa samada suka atau tidak.

Sekian...

Friday, April 23, 2010

Ceritaku

Apakah orang yang bertubuh besar tidak layak untuk merasai cinta?’ Itulah persoalan pertama yang muncul dalam fikiran selepas mengetahui bahawa si dia sudah mempunyai kekasih. Jika lelaki yang bertubuh besar, pasti tiada masalah, namun ia sebaliknya bagi wanita. Aku hanya memandang ke dinding sambil berfikir macam-macam alasan untuk menyedapkan hatiku ini. Keesokannya aku bangun dengan semangat dan fikiran yang baru. Aku sedar walaupun aku bertubuh besar, pasti aku mempunyai kelebihan yang lain. Tidak perlulah memandang rendah pada diri kita sendiri. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Namun kadang-kadang terbit juga perasaan cemburu dari dalam diri apabila melihat rakan-rakan yang lain mendapat perhatian daripada jejaka-jejaka di luar sana. Ke mana sahaja mereka pergi, pasti ada memandang, dan yang paling penting, dapat mereka dapat memakai apa sahaja jenis pakaian yang cantik. Apakah terdapat diskriminasi terhadap orang yang bertubuh besar? Apakah orang yang bertubuh besar tidak layak untuk kelihatan cantik.

Aku bukanlah jenis orang yang senang tunduk pada perasaan. Aku berterima kasih kepada lelaki tersebut ini adalah kerana disebabkan dia, banyak perubahan yang telah berlaku pada diri aku. Aku dulu merupakan seorang yang tidak ambil kisah akan penampilan diri. Semasa di sekolah menengah, nak meletakkan bedak di muka pun aku tidak suka. Namun segalanya-galanya berubah kerana dia.

Aku masih teringat kali pertama aku menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi. Aku seolah-olah berada di dunia yang baru. Aku berada di tempat yang baru, kawan-kawan baru, suasana yang baru dan segala-galanya serba baru bagi aku. Pada masa ini jugalah aku mengenali satu perasaan yang baru iaitu cinta. Aku terpandang kepada seseorang lelaki dan ia menarik minat aku untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Aku bukanlah jenis perempuan yang mudah untuk mengaku bahawa aku telah jatuh cinta. Tidak semudah itu aku akan jatuh cinta pada seseorang. Dia merupakan pelajar jurusan lain dan aku merupakan pelajar jurusan lain namun kami selalu akan bertemu atau terserempak di perpustakaan. Oleh kerana terlalu kerap bertemu dengannya, aku akui bahawa aku telah jatuh cinta padanya. Tidak sesaat pun berlalu tanpa aku berfikir tentangnya dan membayangkan diriku bersama dengannya. Perasaan aku padanya semakin hari semakin mendalam.

Aku pasti akan menjadi gugup dan berdebar-debar setiap kali memandang wajahnya. Ia merupakan satu perasaan yang baru yang amat aneh sekali bagiku. Aku tidak pernah mengalami perasaan sebegini sebelum ini. Adakah begini rasanya apabila kita telah jatuh cinta? Ia perasaan yang amat aneh sekali. Ia tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dan hanya orang yang melaluinya sahaja mengetahui bagaimana rasanya jatuh cinta. Ramai rakan-rakan aku yang perasan akan perubahan sikap aku setiap kali bertemu dengannya. Akhirnya aku berterus-terang dengan mereka, bahawa aku telah jatuh cinta dengan dia.

Namun aku akui, aku jenis yang ego. Aku jarang bercakap dengannya walaupun kami bolehlah dikatakan mengenali sesama sendiri. Aku tidak meluahkan perasaanku padanya sehinggalah sekarang. Aku tahu bahawa dia sudah mempunyai kekasih tetapi aku tidak mahu mempercayainya sehinggalah aku mempunyai bukti yang membuktikannya. Aku menambah dia sebagai salah seorang rakan di dalam salah satu laman sosial di internet. Akhirnya bukti sudah terdapat di hadapan mata aku, dia sudah mempunyai kekasih hati apabila terdapat gambar perempuan di dalam laman sosial tersebut dan statusnya berubah daripada bujang kepada mempunyai hubungan khusus. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaanku pada masa tersebut.

Daripada hari tersebut aku berazam untuk mengubah penampilan. Perkara pertama yang aku ubah ialah, aku mula belajar untuk membeli alat solek. Setiap pagi sebelum kelas aku pasti akan bersolek terlebih dahulu. Walaupun hanya asas tetapi aku berasa puas. Kemudian aku membuat perubahan pada rambut aku. Aku sebenarnya lebih gemar berambut pendek tetapi untuk berubah, aku membiarkan rambutku panjang. Rambut aku boleh diketogorikan sebagai rambut yang tidak cantik. Aku membuat keputusan yang paling drastik iaitu rebonding rambut. Mula-mula aku merasakan muka aku pelik selepas rebonding kerana ia membuatkan mukaku kelihatan berlainan sama sekali.

Semasa cuti semester, setiap hari aku akan berada di hadapan komputer untuk melayari laman web mengenai cara bersolek yang betul. Aku akan bersolek di dalam bilik selama berjam-jam kadang-kadang untuk mendapatkan hasil solekan yang aku mahukan. Kadang-kadang adik perempuan aku yang nombor tiga, yang ku panggil kak chik akan menjadi mangsaku kerana dia menemani aku bersolek dan aku akan bertanyakan pendapat dia samada solekan aku sesuai atau tidak setiap kali selesai bersolek.

Itulah di antara perangai pelik dan gila yang berlaku ke atas diriku gara-gara jatuh cinta pada seorang lelaki. Sekarang aku telah kembali kepada sedia kala. Tiada apa-apa lagi memori mengenainya di dalam kepala ku ini. Namun, aku hargainya perasaan yang hadir di dalam diriku ini walaupun ia hanya sementara. Sekarang, aku mengerti apakah maknanya cinta. Sekali lagi, aku ucapkan terima kasih. Sekarang aku sedar, aku perlu menyayangi diriku terlebih dahulu sebelum aku menyayangi orang lain. Menghargai diri aku dahulu sebelum menghargai orang lain.

Mama aku juga rasanya gembira dengan perubahan aku ini, tetapi dia masih minta aku sesuatu perkara yang aku cuba banyak kali tetapi gagal, iaitu menguruskan badan. Entahlah, ini merupakan kelemahanku. Aku ialah jenis yang suka makan dan makanan tidak dapat dipisahkan dariku. Maafkan Fara mama, apabila sudah tiba masanya, barulah Fara akan mula berdiet. Apakah lelaki suka kepada wanita yang cantik tetapi latar belakangnya buruk? Mempunyai ramai teman lelaki, sudah tidur dengan lelaki lain dan sangat sosial? Entahlah, setiap lelaki pasti mempunyai jawapan kepada persoalanku. Aku sentiasa berdoa agar aku dijauhkan dari segala dugaan dan cubaan dunia.

Aku percaya bahawa persoalan hidup, mati, jodoh dan pertemuan semuanya terletak di tangan Allah S.W.T. dan kita hanya boleh berdoa mengharapkan ia memberikan yang terbaik pada kita. Aku percaya bahawa satu hari nanti, aku akan bertemu dengan seorang lelaki yang baik dah soleh dan bersedia menerimaku seadanya dan mencintaiku dengan seikhlas hatinya.

Maafkan sekiranya ada yang terasa dengan tulisan aku kali ini, ia hanyalah luahan hati dan perasaanku sahaja. Aku memohon maaf dari hujung kaki hingga hujung kepala.

Kehidupan

Dalam hidup ini terdapat pelbagai ragam manusia, ada yang baik, jahat, tegas, lembut dll. Namun kadang-kadang kita akan merasa amat rimas dan meluat dengan sikap orang di sekeliling kita. Sikap yang paling aku benci ialah hipokrit. Di depan kata lain, di belakang kata lain. Aku akui, aku juga bukanlah manusia yang sempurna, kadang-kadang aku rasa seperti bosan dengan sikap orang di sekeliling aku. Aku juga akui aku pernah bersikap hipokrit. Kadang-kadang aku merasakan diri aku ini dipergunakan sewenang-wenangnya. Aku manusia bukannya robot. Aku tahu rasa sakit, pedih terluka, terasa dll. Mungkin kerana aku ini jenis yang selalu memendamkan perasaan aku di dalam hati dan disebabkan itulah aku merasa amat tertekan sekali. Mereka tahu marah dan terasa apabila aku buat perangai, tetapi bila mereka yang buat perangai, pernahkan aku memarahi atau menunjukkan ketidakpuasan hati aku kepada mereka? Aku rasa amat jarang sekali. Kali ini aku nekad, kalau meraka hendak terasa dengan sikap aku, biarlah. Aku sudah puas menjaga perasaan dan memenuhi kehendak mereka. Apakah sukar untuk memahami sikap aku? Entahlah, aku sendiri pun tidak tahu. Aku berdoa agar semester ini merupakan semester terakhir aku di sini. Memang benarlah kata orang, sahabat yang baik dan benar-benar memahami sikap kita amat sukar sekali dicari. Aku tahu, kadang-kadang kita perlu bertolak ansur dan mungkin ramai akan berkata bahawa aku terlalu sensitif. Tetapi siapa sebenarnya yang sensitif, aku atau mereka. Walaupun aku dalam keadaan marah sekali pun, aku masih dapat mengawal emosiku dan ia hanya sebentar sahaja, tidaklah berpanjangan sehingga dua atau tiga hari. Aku juga tidaklah akan melayan orang lain dengan buruk walaupun emosiku kurang stabil. Aku juga mengerti bahawa kadang-kadang mereka tidak sedar bahawa sikap mereka itu telah menyakiti aku

Aku ialah jenis orang yang akan cuba menjaga hati dan perasaan orang lain lebih daripada perasaan aku. Aku masih teringat kata-kata seorang rakanku, dia amat bersyukur kerana menjadi rakanku. Dia mengatakan bahawa aku merupakan seorang kawan yang amat setia sekali, tidak pernah akan meninggalkan kawan dalam keadaan susah atau senang. Yang paling penting, aku tahan dengan sikap degil, panas baran dan keras hatinya. Bagi aku apabila kita bersahabat, kita perlulah menerima sahabat kita seadanya, bukannya mengubahnya megikut kehendak kita. Seorang rakan perlu sentiasa ada di sisi semasa susah atau senang untuk menyokongnya. Kita perlu tahu batas-batas apabila kita berkawan. Jika ia merupakan perkara peribadi, janganlah ditanya melainkan apabila ia hendak bercerita sendiri.

Maafkan aku sekiranya ada yang terasa dengan coretan tulisan aku untuk kali ini. Ini sekadar luahkan hati dan perasaan yang tak dapat aku ungkapkan melalui kata-kata. Maafkan aku sekiranya selama ini kelakuan dan tindak-tanduk aku selama ini banyak menyakiti hati semua orang. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua orang.

Minggu Peperiksaan (20/04/2010 - 09/05/2010)

20 April 2010 - Presentation Fundamentals of Entrepreneurship (ENT 300)
9:10 a.m. - 9.50 a.m.
Lab 2 (Faculty of Accountancy)

21 April 2010 - Administration Office Management (AOM) (OMT 351)
9:00 a.m - 12:00 p.m.
Mini Examination Hall, Faculty of Office Management & Technology

22 April 2010 - Fundamentals of Entrepreneurship (ENT 300)
9:00 a.m. - 12:00 p.m.
Dewan Seri Iskandar

28 April 2010 - Fundamentals of Business Accountancy (ACC 100)
9:00 a.m. - 12:00 p.m.
Mini Examination Hall, Faculty of Office Management & Technology

04 May 2010 - Organizational Behavior (OB) (OMT 360)
2.15 p.m. - 5.15 p.m.
Mini Examination Hall, Faculty of Office Management & Technology

09 May 2010 - Principles of Corporate Compliance (OMT 340)
9.00 a.m. - 11.00 a.m.
Mini Examination Hall, Faculty of Office Management & Technology

Antara Kawan & Sahabat

Kawan ialah seseorang yang boleh kita tukar gantikan. Ia akan datang dan pergi tanpa kita sedari. Kawan ialah seseorang yang kita kenali tetapi ia tidaklah terlalu mendalam. Kita juga tidak akan merasa terlalu sedih apabila terpaksa berpisah dengan dia. Ada kawan yang baik dan ada juga kawan yang jahat. Ada kawan yang amat menyenangkan kita dan ada kawan yang amat menyusahkan kita dan memeningkan kepala kita. Kawan, bilangan amat banyak sekali. Kita mempunyai ramai kawan sejak dari sekolah rendah sehinggalah kita besar.

Sahabat pula amat berbeza sekali. Ia amat sukar dicari dan amat sukar untik mencari gantinya. Untuk mendapatkan seorang sahabat yang baik memerlukan masa yang amat lama dan panjang. Dia akan sentiasa berada di sisi kita semasa senang atau susah. Jika terpaksa berpisah dengannya, kita akan merasa amat sedih sekali. Seorang sahabat akan memahami sikap dan tingkah laku kita. Dia juga akan dapat merasa jika kita berada dalam masalah dan memerlukannya berada di sekeliling kita. Dia juga akan cuba memastikan kita berada dalam keadaan gembira dan jika kita bersedih, dia akan cuba menenangkan kita. Bilangan sahabat juga boleh dibilang dengan jari, mungkin juga, kita hanya mempunyai seorang sahabat baik sepanjang umur kita. Seorang sahabat tahu menghormati diri kita dan dia akan cuba menjaga perasaan kita dengan sebaik-baiknya. Dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri kita. Dia juga amanah dalam menjaga rahsia sahabatnya. Kita boleh mempercayainya dan menceritakan segala masalah kita padanya tanpa ragu-ragu.

Happy 11th Birthday My Little Sister...

Pada Hari Rabu yang lepas (21/04/2010), adik aku yang ketiga telah menyambut hari lahirnya yang ke 11.

Maafkan Along sebab tak dapat balik menyambut hari lahir bersama-sama dengan Achik sebab Along ada peperiksaan yang perlu dihadapi. Along doakan semoga Achik dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T..

Achik kena rajin belajar dan sentiasa ulangkaji pelajaran di rumah. Achik adalah harapan Abah dan Mama. Along dapat melihat dari pandangan mata mereka, iaitu mereka berharap sangat Achik akan menjadi seseorang yang berjaya di masa hadapan dan mengharumkan nama keluarga. Setelah berjaya, janganlah dilupakan pula keluarga yang sentiasa menyokong Achik dari belakang.

Friday, March 12, 2010

Selamat Hari Lahir Yang ke 21

Salam dan Selamat Sejahtera.

Baiklah, pada hari Jumaat minggu lepas (05/03/2010), aku telah membuat keputusan untuk pulang ke Pulau Pinang. Pada hari tesebut, selepas selasai ujian berkumpulan untuk kursus BEL 312, aku terus pulang ke rumah sewa berjalan kaki. ini kerana tiada Bas UiTM yang akan keluar pada jam 10.00 pagi. Aku sampai di rumah sewa tepat pada jam 10.30 pagi dan aku terus bersiap-siap untuk menaiki bas UiTM seterusnya pada jam 11.30 pagi. Aku perlu menaiki bas General untuk ke Medan Kid atau Medan Gopeng. Tepat jam 12.00 tgh, sebuah bas sampai. tetapi ia hanya pergi sehingga ke Medan Kid sahaja. Dari Medan Kid, aku menaiki teksi untuk ke Medan Gopeng dan bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 12.00 sahaja. Tiba di Medan Gopeng, aku terus ke kaunter Bas Ekspress Seri Maju untuk membeli tiket dan aku mendapat tiket jam 2.30 ptg. Aku selamat sampai di Penang pada jam 5.30 ptg. Di kawasan Seri Iskandar, sesiapa yang tinggal di pantai timur dan selatan agak beruntung kerana terdapat perkhidmatan bas ekspress yang pergi ke negeri-negeri di kawasan tersebut. Bagi sesiapa yng tinggal di kawasan utara, perlulah berpenat sedikit sebelum sampai di rumah, seperti aku.

Tujuan aku balik ke rumah pada kali ini ialah untuk menyambut hari lahir aku pada hari Ahad, 07 Mac 2010 dan ia merupakan hari lahir aku yang ke 21. Sudah tua rupanya aku ni...hihihi...

Pada hari Sabtu (06/03/2010), tidak banyak aktiviti yang aku buat melainkan menemani mama aku membeli barang keperluan rumah. Pada hari ini juga, mama aku masak sesuatu yang istimewa dan merupakan makanan kegemaran aku iaitu Nasi Tomato.

Pada hari jadi aku, mama telah membeli kek coklat untuk aku. Sedap sangat kek itu. Dan pada jam 2.15 petang, aku menaiki bas untuk pulang ke Kampus. Kali ini tiada apa yang istimewa kerana aku faham dan mengerti mereka telah mengeluarkan wang untuk perbelanjaan aku setiap bulan. Hadiah tidak penting bagi aku, tetapi cukuplah sekadar dapat meraikannya bersama-sama dengan orang tersayang, itu sudah memadai bagiku. Kenangan yang terpahat, tidak mungkina akan pernah padam.

Monday, March 1, 2010

Perjalanan Ke Pulau Pangkor

Sabtu, 30 Januari 2010 – Salam dan salam sejahtera.
Kali ini aku ingin menceritakan pengalaman aku di Pulau Pangkor. Ini adalah kali pertama aku menjejakan kaki ke Pulau Pangkor. Untuk kali ini, Ika yang bayar sewa kereta. Kami menyewa kereta kancil untuk setengah hari dan kadar bayarannya ialah RM60.00 sahaja. Perjalanan kami bermula pada jam 11.00 pagi. Perkara pertama yang dilakukan ialah singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak, mengeluarkan wang dan membeli makanan untuk mengisi perut kami yang kosong. Kami sampai di Lumtu tepat jam 12.05 minit tengah hari. Selepas selesai meletak kenderaan, kami pergi ke jeti untuk membeli tiket feri. Kami berlepas dari jeti Lumut jam 12.30 tengah hari. Perjalanan dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa 45 minit. Sepanjang perjalanan kami berdiri di bahagian belakang feri. Tiket ke Pulau Pangkor berrharga RM10.00 seorang untuk orang dewasa. Apabila sampai di Pulau Pangkor, pada mulanya kami hanya berjalan-jalan di sekitar kawasan jeti. Oleh kerana Pulau Pangkor bolehlah juga dikatakan besar, kami mengambil keputusan untuk menyewa sebuah lagi kenderaan iaitu kereta waja dengan harga RM 80.00 dan kami pun memulakan perjalanan megelilingi Pulau Pangkor. Kami tidak dapat menyewa moto kerana tiada seorang pun antara kami mempunyai lessen motor. Pemanduan di Pulau Pangkor agak mencabar kerana jalannya yang sempit dan berbukit seperti jalan di Cameron Highland. Mula-mula sekali kami mencari tempat untuk makan tengah hari kerana perut masing-masing sudah lapar. Kami singgah di satu kedai dan kami agak kurang bernasib baik kerana lauk di situ sudah tinggal sedikit sahaja. Aku mengambil dua batang sausage dan 1 cucuk bebola isi ketam. Seterusnya, kami bertiga menyewa bot dengan kadar RM10.00 seorang. Sangat seronok. Kami dibawa ke pulau-pulau kecil di sekitar Pulau Pangkor. Kami diberi peluang untuk memberi makan ikan di salah satu pulau. Sangat seronok apabila melihat banyak ikan datang menghampiri bot. Jika anda mahu snorkeling, anda perlu membayar tambahan sebanyak RM 5.00 untuk goggle. Apabila tiba di Coral Island, kami diberi masa sejam untuk mandi di situ, tetapi aku tidak dapat mandi kerana aku baru sahaja rebonding rambut semalam. Sedihnya. Kami memulangkan kereta yang disewa sebelum pulang ke Lumut. Semasa di Lumut, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli makanan laut seperti satay ikan. Kami sampai di rumah jam 11 mlm dan memulangkan kereta sewa kepada tuannya kembali.

Monday, February 1, 2010

Menjalani Latihan Praktikal Dalaman Selama 1 Minggu

01/02/2010, Isnin - Hari ini merupakan hari pertama aku menjalani latihan praktikal dalaman. Aku ditempatkan di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) ataupun dalam bahasa Inggerisnya Faculty of Art & Design. Aku bekerja untuk Puan Zaharah Jaafar. Pada mulanya agak sukar untuk aku menyesuaikan diri. Hari ini aku diberi kerja untuk memasukkan surat ke dalam fail-fail yang sepatutnya. Hari ini aku pulang awal sedikit setelah diberi kebenaran oleh Puan Zaharah.

02/02/2010, Selasa – Hari ini merupakan hari kedua aku menjalani praktikal dalaman. Hari ini Pn. Zaharah tiada di pejabat kerana beliau perlu menghadiri satu mensyuarat. Aku bertuah kerana ada seorang lagi rakan aku juga mendapat tempat praktikal sama dengan aku. Pada mulanya aku menolong Mira mengemas fail-fail di bilik pensyarah tempat dia praktikal. Lebih kurang jam 9:00 pagi, En. Zainuddin datang dan memberi aku tugasan yang telah ditinggalkan ole Pn. Zaharah. Aku dikehendaki mendaftarkan nama semua buku dan majalah yang ada di bilik jahitan tersebut. Aku juga turut membantu seorang lagi pensyarah iaitu Pn. Aniza. Hari ini, aku pulang pada pukul jam 5.00 petang.

03/02/2010, Rabu – Hari ini aku dikenhendaki menyambung kerja semalam yang belum siap lagi. Hari ini aku hanya bekerja separuh hari. Ini adalah kerana pada sebelah petang, aku mempunyai kuiz untuk kursus’ Organizing Behaviour’.

04/02/2010, Khamis – Aku masuk ke pejabat lambat sedikit, iaitu jam 10 pg. Ini adalah kerana aku mepunyai kuiz untuk Kursus ‘Administrative Office Management’. Hari ini jaga aku menyerahkan borang penilaian kepada Puan Zaharah. Semoga dia memberikan aku markah yang baik.

05/02/2010, Jumaat – Hari ini merupakan hari terakhir aku menjalani latihan praktikal dalaman. Hari ini aku diarahkan memasukkan surat ke dalam fail yang sepatutnya. Hari ini juga aku bekerja separuh hari kerana para pelajar FSSR mempunyai event di waktu petang. Akhir sekali, aku ingin megucapkan terima kasih juga kepada para pensyarah yang sudi membantu aku misalnya En. Zainuddin dan Pn. Aniza kerana sudi membantu aku.

Hari Pertama Menjalani Praktikal Dalaman.

01/02/2010, Isnin - Hari ini merupakan hari pertama aku menjalani latihan praktikal dalaman. Aku ditempatkan di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) ataupun dalam bahasa Inggerisnya Faculty of Art & Design. Aku bekerja untuk Puan Zaharah Jaafar. Pada mulanya agak sukar untuk aku menyesuaikan diri. Hari ini aku diberi kerja untuk memasukkan surat ke dalam fail-fail yang sepatutnya. Hari ini aku pulang awal sedikit setelah diberi kebenaran oleh Puan Zaharah.

Friday, January 22, 2010

Jumaat, 22 Januari 2010 (Mendapat 5 Ekor Anak Kucing)

Jumaat, 22 Januari 2010 - Semalam, aku mendapat berita bahawa kucing aku yang diberi nama ‘Baby’ telah melahirkan lima (5) ekor anaknya. Aku berasa amat gembira sekali dan tidak sabar untuk pulang ke rumah untuk melihat mereka kesemua. Sayangnya, salah seekor telah mati pada pagi ini. Hari ini, kuliah untuk subjek BEL dibatalkan tetapi, kami mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan.

Friday, January 15, 2010

Mobile Wireless Broadband Pertama


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hmm…Hari ini saya hendak bercerita sedikit mengenai mobile wireless broadband. Saya sebenarnya tidak terfikir pun hendak mempunyai mobile wireless broadband sendiri. Maklumlah, modemnya berharga RM150 ke atas, dan bil bulanan pula siapa pula yang mahu mambayar, ini kerana saya masih lagi seorang pelajar dan semua keperluan saya masih ditanggung oleh ibu dan bapa saya. Saya masih ingat apabila saya menemani sahabat saya untuk membeli modem dan melanggan mobile wireless broadband, dia perlu mengeluarkan lebih kurang RM300 sabagai permulaan. Pakej ini termasuk bayaran bulan pertama dan harga modem tersebut. Namun, pada 31 Disember 2009, saya tidak menyangka akrirnya saya akan memiliki mobile wireless broadband sendiri. Saya memilih Digi Wireless Mobile Broadband di bawah student package. Di bawab pakej ini, seseorang itu hendaklah berumur di antara 18 – 25 tahun dan merupakan salah seorang pelajar di mana-mana institusi pengajian tinggi. Saya layak melanggan di bawah pakej ini kerana saya berumur 25 tahun ke bawah dan merupakan salah seorang pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Bayaran bulanan untuk pakej ini ialah RM58 dan modem diberikan secara percuma. Pada permulaannya, saya hanya perlu RM100 sahaja dan bagi saya ia tidaklah terlalu mahal. Bayaran RM100 ini termasuk bayaran bil bulan pertama. Saya cuba menggunakan DiGi Broadband di dua kawasan berbeza, satu di rumah saya, iaitu di Pulau Pinang. Coverage di rumah saya amat baik sekali. Amat lancar sekali apabila kita serve internet menggunakan DiGi Mobile Wireless Broadband. Tempat kedua yang saya gunakan DiGi Mobile Wireless Broadband ialah di tempat saya belajar, iaitu di Seri Iskandar, Perak. Coverage amat bagus sekali. Baiklah, sampai sini sajalah penulisan saya, jika ada masa terluang, saya akan mengemaskini blog saya. Bye.