Saturday, July 17, 2010

Rindunya...

Baru 2 minggu aku di sini, tetapi perasaan rindu aku pada ahli keluarga aku sangat menebal. Maaf ye, mungkin aku ni anak sulong tetapi perangai aku macam anak bongsu. Aku akui aku memang rapat dengan ahli keluarga aku. Walaupun jauh, setiap hari aku akan menghubungi mereka untuk melepaskan rindu dan memberitahu mereka bahawa aku di sini berada dalam keadaan baik sahaja.

Orang yang paling aku rindu tentunya adik aku yang nombor tiga (3), Ayuni. Adik aku yang seorang ni sentiasa manja. Kalau nak apa-apa, pasti akan aku cuba tunaikan kalau aku boleh dan mampu. Adik aku yang bongsu,Faris pun aku sayang. Dia selalu suka tanya bila Along cuti. Walaupun agak nakal dan degil (maklumlah, budak lelaki), tetapi dia sebenarnya seorang budak yang baik. Angah pula, semasa kami kecil, selalu jew bergaduh, tak sekepala. Tetapi apabila dia dewasa, dia hormatkan aku sebagai kakaknya. Aku dapat lihat sikap tersebut melalui cara dia bercakap dengan aku. Jarak umur kami pun tak jauh beza, empat (4) tahun saja. Tetapi dia suka membuli adik-adiknya terutama sekali Faris, kesian Faris. Sikap sebagai abang dapat aku lihat apabila dia akan menunggu adik-adik dia balik dari sekolah di depan rumah dan banyak lagi perkara-perkara lain yang dilakukannya yang menunjukkan dia bertanggungjawab sebagai seorang abang.

Abah dan mama pula, sentiasa berada di dalam hati dan fikiran aku. Tidak pernah sehari pun aku melupakan mereka. Aku sentiasa mendoakan mereka berada dalam keadaan baik dan sihat. Aku sedar, aku selama ini, banyak menyusahkan mereka dengan karenah dan perangai aku. Sekaranglah masa untuk aku menyenangkan mereka. Aku cuba untuk tidak memeningkan kepala mereka dengan masalah-masalah aku. Aku akan cuba menyelesaikan sendiri masalah aku.

No comments: