Saturday, November 13, 2010

My Roborovski Hamster

Salam. Hihihi...Mesti dah bosan kan asyik mendengar saya bercerita mengenai hamster saja. Beberapa minggu yang lalu, saya membeli dua ekor hamster, kali ini jenis Roborovski. Ia merupakan hamster yang paling kecil dan paling pantas. Semasa saya hendak membersihkan sangkarnya, saya terpaksa lebih berhati-hati supaya mereka tidak hilang dan perlu mengambil masa yang agak lama kerana hendak menangkap mereka di dalam sangkar juga bukanlah satu perkara yang mudah. Mereka suka berlari dan amat pantas sekali. Apabila hendak membeli sangkar untuk hamster jenis ini, saya mencadangkan jenis akuarium. Hamster jenis ini suka menggali dan jika anda membeli sangkar jenis biasa, serbuk kayu yang anda letakkan di dalam sangkar tersebut pasti akan terkeluar.

Hamster jenis ini tidak mudah dijinakkan. Membela hamster jenis ini ibarat anda membela ikan. Anda hanya boleh melihatnya tetapi tidak boleh menyentuhnya. Amat menyeronokkan melihat mereka bermain dengan wheel mereka. Amat laju sekali mereka berlari. Just like I said before, they are super fast hamster.  Hamster jenis ini tidak sesuai untuk sesiapa yang baru sahaja hendak membela hamster (beginner) dan juga kepada kanak-kanak.

nfmr