Wednesday, March 11, 2015

Setahun

Assalamualaikum.

Beberapa bulan yang lepas, iaitu pada 08 Januari 2015, genaplah satu tahun saya berkhidmat di syarikat tempat saya bekerja sekarang. Masih lagi belajar dan masih belum mahir dan cekap dengan semua kerja yang diberikan. Bukannya apa, ada sahaja perkara baru yang mesti dipelajari dan ia adalah adat bekerja. Alhamdullilah, buat masa ini, saya gembira dengan tempat saya bekerja. Tipulah kalau saya kata tak ada masalah, tapi semuanya boleh diatasi dengan sikap professional.

nfmr...

Pengalaman Membeli Barangan Secara Online

Assalamualaikum,

Sudah lama rasanya saya tak update blog ini. Baiklah sejak akhir-akhir ini saya banyak membeli barang secara online. Bukannya apa, ada sesetengah barang itu sangan limited dan hanya boleh didapati di kedai online.

Antara online shop yang saya gunakan ialah Zalora dan Lazada. Kedua-duanya memberi kualiti perkhidmatan yang amat bagus, cepat dan tepat. Selalunya saya akan menerima barangan saya dalam tempoh 24 ke 48 jam selepas saya membuat pesanan. Hihihi...kadang-kadang saya rasa saya ini online shopping addict pula. Customer service daripada kedua-dua online shop juga sangat bagus. Mereka membantu saya sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi. Mungkin saya bernasib baik, saya pun tak tahu, sebab berdasarkan review yang saya baca di internet, ramai yang mengatakan mereka menghadapi masalah apabila membeli secara online daripada Zalora dan Lazada. But, so far, my experience with both of the online shop is good. Lagipun, rasanya mereka juga mesti dah melakukan sesuatu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

Daripada Lazada saya ada membeli dua barang iaitu Korean Travel Organizer dan juga bagpack. Kedua-dua produk saya rasa sangat berkualiti dan ia sama dengan apa yang mereka iklankan di website. Setakat ini saya masih tiada masalah yang dihadapi dengan pihak Lazada. Barang yang dihantar ialah barang yang betul setakat ini tiada kesilapan penghantaran barang. Barang juga dihantar ke alamat yang betul. Ini adalah kerana kadang-kadang saya meminta mereka menghantar barang tersebut ke alamat pejabat memandangkan tiada sesiapa di rumah untuk menerima barang tersebut. Kedua-duanya saya bayar menggunakan kaedah COD (Cash On Delivery).

Zolara saya membeli dua (2) bagpack berjenama, dua (2) pasang kasut dan satu (1) topi. Kesemua item yang dipesan diterima dengan selamat. Ada yang dibayar secara COD (Cash On Delivery) dan ada juga yang dibayar menggunakan Debit Card. Saya sangat berpuas hati dengan kualiti produk yang dibeli. Produk yang ditempah dihantar ke alamat yang betul dalam jangkamasa yang dinyatakan.

Thank You Lazada And Zalora.

nfmr...