Monday, July 16, 2012

Bermulanya Cuti Semester

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Secara rasminya, semalam (15 Julai 2012) telah tamat pengajian saya untuk semester satu. Masih jauh lagi perjalanan saya untuk mendapatkan ijazah sarjana muda. Sekejap saja rasanya masa berlalu, sudah habis 4 bulan tempoh pengajian saya. Rasanya macam baru saja semalam saya mendaftarkan diri di universiti. Untuk semester ini, boleh dikatakan ia merupakan semester yang penuh mencabar bagi saya. Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa saya harungi. 

Saya pernah hampir putus asa, tetapi abah dan mama menguatkan semangat saya kembali untuk belajar. Setiap kali memandang wajah mereka, terasa seolah-olah wajah mereka amat mengharapkan kejayaan saya dalam pengajian ini. Abah terutamanya, sentiasa memberikan kata-kata perangsang kepada saya dikala saya telah hampir berputus ada. Kata-katanya seolah-olah membuatkan saya kembali berfikir dan merenung kembali.

Semester ini juga, saya mengenali rakan-rakan yang baru. Tetapi kebanyakan daripada mereka muda daripada saya. Hebatnya mereka, baru berusia 20 tahun, dah sambung ijazah, sedangkan saya dulu, masih berada di tahun kedua pengajian diploma. Kadang-kadang rasa segan pun ada. Tetapi yang lebih tua daripada saya pun ada. ini menunjukkan mereka masih bersemangat untuk meneruskan pengajian mereka. 

Dalam tempoh cuti semester selama dua bulan ni, saya tak tahu nak buat apa. Mungkin just duduk di rumah saja. Maklumlah, bulan puasa dan hari raya aidilfitri dan hampir. Nak merasa pula puasa di rumah selama sebulan. Sebelum ni, puasa kat kampus, dan buka puasa dengan rakan-rakan yang lain. 

Sekian

Nur Farahidayah Binti Mohd Rouse (nfmr)