Saturday, April 7, 2012

Sambung Belajar


Salam dan selamat sejahtera

Sedar tak sedar sudah sebulan aku bergelar pelajar Sarjana Muda. Program yang aku ambil sekarang amatlah berbeza dengan program yang aku ambil semasa diploma. Kini, ia makin tahap cabarannya semakin tinggi hinggakan kadang-kadang aku  rasa hendah berputus asa. Tapi, apabila terkenangkan harapan mama dan abah, aku terpaksa akur. Apabila memandang wajah mereka, teresa seolah-olah mereka ada satu harapan di wajah mereka. Tambahan pula aku ialah anak sulong, dan semestinya menjadi harapan keluarga. Dulu, aku sendiri yang ingin meyambung pengajian, tetapi bila sudah tercapai cita-citaku, aku pula yang mengeluh. Aku berdoakan agar diriku tabah untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran sepanjang aku belajar. 

The end...

nfmr