Sunday, May 15, 2016

Hari Ketiga Di Seoul, Korea Selatan (27/11/2015)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Baiklah journey hari ini dimulakan tepat pada jam 8:30 pagi. Pemandu pelancong kami telah siap menunggu kami di lobi guesthouse. So, hari ini kami semua akan shopping. Tetapi sebelum pergi shopping kami dibawa melawat ke N Seoul Tower atau pun dikenali juga sebagai Namsan Tower. Penat juga kena mendaki bukit yang curam sebelum sampai ke tower tersebut. Maklum la, Korea ni memang berbukit-bukit strukturnya. Boleh kurus kalau duduk sini lama-lama. Ok la, tempat ini famous dengan love padlock. Memang banyak sangat padlock di situ. Tempat ini juga famous location untuk shooting drama Melayu.

Next, Kami pergi ke Myeongdong. All South Korea famous cosmetic is here. Hahaha...sesiapa yang minat produk-produk kecantikan dari Korea Selatan, pasti akan rambang mata di sini. Saya beli FaceShop mask sebab ada buy 1 free 1. Total is 20,000 Won and I  gets 40 sheets of mask. Saya tak beli banyak barang sebab saya bawa bag yang bersize kecil. So, kalau nak beli banyak pun kena fikir balik nanti nak pack can mana.

Nandaemun is our next location and it sell cheap Korea souvenir. So, kat sini saya habiskan lebih kurang 70,000 Won untuk beli cenderhati kepada orang-orang tersayang di Malaysia.

Ok la, setakat ini sahaja..bye...

Laneige BB Cushion Pore Control Dan Astro GoShop

Assalamualaikum dan salam Sejatera...

Wah! dah lama saya dah update blog. Maaflah ye, ini adalah disebabkan kesuntukan masa dan juga banyak perkara yang terjadi sejak kebelakangan ini. Baiklah, seperti yang dijanjikan saya akan review berkenaan laneige BB Cushion Pore Control.

Saya sangat menyukai produk ini. Dan ini adalah belian yang terbaik dan amat memuaskan hati saya. Untuk pengetahuan pembaca semua, saya telah menggunakan dua jenis BB Cushion keluaran Laneige. Satu adalah BB Cushion yang biasa dan sekarang saya menggunakan Laneige BB Cushion Pore Control.

Apa yang saya boleh katakan di sini ialah kedua-duanya sesuai dengan kulit saya. Tiada masalah semasa memakai kedua-dua jenis BB Cushion, pada pendapat saya Laneige BB Cushion yang biasa lebih sesuai dengan kulit kering dan kulit normal. Laneige BB Cushion Pore Contol lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal, berminyak dan kombinasi.

Laneige BB Cushion Pore Control amat bersesuai dengan saya kerana saya menpunyai kulit jenis kombinasi. Saya amat berpuas hati, Walaupun selepas menggunakannya lebih daripada  10 jam. Muka saya masih kelihatan segar. Ia juga membantu untuk mengecilkan liang-liang pori di wajah saya dan membantu mencerahkan kulit wajah saya. Terima kasih Laneige kerana menghasilkan produk yang hebat ini...

Kedua-dua produk Laneige BB Cushion ini saya beli dari Astro GoShop. Pada saya harga yang dijual oleh Astro GoShop amat berbaloi dengan wang yang anda keluarkan. Tambahan pula ada sesetengah barang turut disertakan dengan barang percuma. Banyak barang yang telah saya daripada GoShop dan kesemua barang yang dibeli amat berkualiti dan apa yang diiklankan itulah yang akan anda dapat. So, once again, thank you GoShop...