Saturday, July 31, 2010

Celcom Broadband

Salam dan selamat sejahtera pada semua yang membaca blog saya ini. Pada 27 Julai 2010 yang lepas, secara rasminya saya menjadi pengguna Celcom Broadband. Takut juga, kerana saya sebenarnya tidak beritahu pun kepada kedua-dua orang tua saya bahawa saya hendak ambil Celcom Broadband.

Pada petang 28 Julai 2010, pada jam 5.45 petang saya cuba menggunakan Celcom Broadband dan nampaknya ia telah diaktifkan. Saya mengambil pakej Youth dan setiap bulan saya perlu membayar RM50. Ia agak sesuai untuk saya kerana saya masih lagi seorang pelajar dan segalanya masih ditanggung oleh ibu dan bapa saya.

Pada waktu malam agak susah untuk connect Celcom Broadband, mungkin kerana terlalu ramai menggunakan perkhidmatan mereka. Saya perlu cuba untuk connect dan reconnect beberapa kali barulah boleh menggunakan kemuadahan internet ini.

Kelajuan Celcom Broadband agak memuaskan hati saya. Saya hanya meggunakan internet untuk memeriksa e-mail, Facebook, MySpace, Blog dll. Oleh kerana saya ialah light internet user, had quota sebanyak 5 GB mencukupi untuk saya. Tetapi bagi mereka yang heavy interner user, pasti ia tidak mencukupi.

Friday, July 30, 2010

What Wrong With Me

Pada semester kali ini, aku tak tahu apa masalah dengan diri aku ni. Aku sentiasa teringatkan rumah. Semester-semester lepas tak ada pun macam ini. Mungkin kerana sepatutnya semester ini aku buat latihan industri di tempat asal aku iaitu Pulau Pinang tetapi oleh kerana gagal 1 paper, terpaksalah aku kembali ke sini membuat praktikal di dalam sambil ke kelas untuk kursus yang aku gagal.

Perasaan rindu aku pada kampung halaman aku terlalu membuak-buak. Seolah-olah setiap minggu ia memanggil aku pulang, tetapi apakan daya, keadaan kewangan juga harus diambil kira. Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri. Ibu dan ayah aku juga perlu menyara adik-adik aku yang masih bersekolah.

Aku sepatutnya bersyukur kerana masih mempunyai beberapa kawan yang berada di sini. Sekurang-kurangnya masih ada orang yang aku kenal dan jika aku mempunyai masalah dapatlah aku berbincang dengan diorang. Jika aku kesunyian, dapatlah aku berbual-bual dengan mereka.

Aku berdoa agar segala-segalanya berjalan dengan lancar untuk semester ini. Ini merupakan semester terakhir aku sebelum aku mendapatkan sekeping kertas yang amat bernilai harganya iaitu Diploma. Insyallah, jika tiada apa-apa aral melintang tahun hadapan aku akan menyambungkan pengajian aku ke peringkat seterusnya iaitu Ijazah Sarjana Muda.

Aku bercadang untuk mengambil Degree in Health Management, tetapi program ini hanya ditawarkan di Kampus UiTM Puncak Alam sahaja. Ramai yang kata bahawa kehidupan di Kampus UiTM Puncak Alam agak mencabar. Ini yang membuatkan aku lemah semangat untuk ke sana. Apa-apa pun aku masih mempunyai masa untuk memikirkannya.

Friday, July 23, 2010

Minggu Ketiga (Jumaat/ 23 Julai 2010)

Hari ini hari yang stress sekali. Macam-Macam perkara terjadi. Aku yang salah juga. Sekiranya aku buat dengan betul-betul pasti tiada masalah. Petang nanti aku akan belik ke Penang. Hurray, harinya telah tiba. Rindunya pada semua ahli keluargaku, terutama sekali pada ayah dan ibuku. Tunggu kepulangan anakmu malam ini.

Monday, July 19, 2010

3rd week Industrial Training

This is my 3rd week of industrial training. Well, I hope this week I will having a little of fun doing my work here. Today is the busy morning for me. I have a lot of work. A lot of patient is needed when we being a worker. Now I know it. I think there have been a lot of changes in myself lately. I now know how to talk to other, how to work with others and how to receive instruction from others. Well, I must admit that this is a very usefull experience for me. It's also change me a lot. But, I still miss my home. This Friday, I'm going back to my hometown. Hurray, at last, I can see my family. Wait for me mom and dad. I miss my family so much.

Saturday, July 17, 2010

Sikap & Ragam Manusia

Kadang- kadang aku pening dengan sikap dan ragam manusia. Aku tidak pernah benci pada orang, tetapi ada sahaja orang yang benci dan suka pada aku. Aku tidak pernah menyakitkan hati orang, tetapi orang lain sentiasa menyakitkan hati aku. Memanglah sesetengah orang kata jangan ambil peduli dengan orang lain, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tetapi kadang-kadang jauh di sudut hati, kita akan terasa juga dengan sikap, perbuatan dan kata-kata sesetengah orang.

Nak kata aku seorang sensitif, aku rasa tidak. Aku boleh meneriman teguran dan kritikan dari orang lain dengan baik. Aku sedar, untuk menjadi seorang insan yang baik, kita perlu menerima teguran dari orang lain, barulah kita boleh memperbaiki diri kita. Aku rasa kawan-kawan, sahabat dan sesiapa sahaja yang rapat dengan aku pasti tahu sikap sebenar aku. Tetapi bagi aku, kalau kita nak menegur seseorang itu, biarlah kena pada tempat dan masanya. Gaya percakapan pun perlulah berhati-hati agar pihak yang ditegur tidak terasa.

Setiap pertuturan yang aku hendak tuturkan, pasti aku akan berfikir dahulu. Adakah apa yang aku nak cakapkan ini betul atau salah. Adakah dia akan faham apa yang aku nak cakapkan. Kadang-kadang aku rasa ini merupakan kelemahan aku. Tetapi ada seseorang pernah berkata pada aku bahawa ia bukan satu kelemahan, tetapi kekuatan. Jika orang itu menyakitkan hati hati, aku tidak membalas kata-katanya, maka dia yang berdosa. Aku rasa ada benar juga kata-katanya itu.

Ingatlah, setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan, kekuatan dan kelemahan masing-masing...

Rindunya...

Baru 2 minggu aku di sini, tetapi perasaan rindu aku pada ahli keluarga aku sangat menebal. Maaf ye, mungkin aku ni anak sulong tetapi perangai aku macam anak bongsu. Aku akui aku memang rapat dengan ahli keluarga aku. Walaupun jauh, setiap hari aku akan menghubungi mereka untuk melepaskan rindu dan memberitahu mereka bahawa aku di sini berada dalam keadaan baik sahaja.

Orang yang paling aku rindu tentunya adik aku yang nombor tiga (3), Ayuni. Adik aku yang seorang ni sentiasa manja. Kalau nak apa-apa, pasti akan aku cuba tunaikan kalau aku boleh dan mampu. Adik aku yang bongsu,Faris pun aku sayang. Dia selalu suka tanya bila Along cuti. Walaupun agak nakal dan degil (maklumlah, budak lelaki), tetapi dia sebenarnya seorang budak yang baik. Angah pula, semasa kami kecil, selalu jew bergaduh, tak sekepala. Tetapi apabila dia dewasa, dia hormatkan aku sebagai kakaknya. Aku dapat lihat sikap tersebut melalui cara dia bercakap dengan aku. Jarak umur kami pun tak jauh beza, empat (4) tahun saja. Tetapi dia suka membuli adik-adiknya terutama sekali Faris, kesian Faris. Sikap sebagai abang dapat aku lihat apabila dia akan menunggu adik-adik dia balik dari sekolah di depan rumah dan banyak lagi perkara-perkara lain yang dilakukannya yang menunjukkan dia bertanggungjawab sebagai seorang abang.

Abah dan mama pula, sentiasa berada di dalam hati dan fikiran aku. Tidak pernah sehari pun aku melupakan mereka. Aku sentiasa mendoakan mereka berada dalam keadaan baik dan sihat. Aku sedar, aku selama ini, banyak menyusahkan mereka dengan karenah dan perangai aku. Sekaranglah masa untuk aku menyenangkan mereka. Aku cuba untuk tidak memeningkan kepala mereka dengan masalah-masalah aku. Aku akan cuba menyelesaikan sendiri masalah aku.

16 Julai 2010 (Jumaat)

Salam. Pada 16 Julai 2010, aku, Ana, Sheery dan 2 orang lagi pelajar praktikal degree diminta pergi ke Impiana Hotel di Ipoh untuk menghadiri 1 seminar. Seminar ini setengah hari sahaja. Dari jam 8.00 pg hinggi 12.30 tgh. Ia merupakan Corporate Talk. Orang yang memberikan ceramah ialah seorang profesor dari luar negara, dan kalau tak silap dari United Kingdom (UK). Oleh kerana beliau memberikan ceramah dalam bahasa Inggeris, jadi agak pening jugalah aku untuk cuba memahami apa yang dicakapkannya. Apa yang seronoknya, selepas saja ceramah kami diberi makan. Apa lagi, perut aku pun sudah berkeroncong. Sedap sekali makanan yang disediakan, maklumlah makanan hotel. Salah satu masakan yang dihidangkan ialah sambal udang. Oleh kerana aku sensitif kepada udang, terpaksalah aki menolak ke tepi. Kalau aku makan udang, kaki aku akan bengkak seperti terjatuh. Dulu, tiada masalah kalau aku nak makan udang, tetapi semasa cuti semester yang lepas, selepas aku makan udang, secara tiba-tiba kaki aku membengkak. Sejak itu aku serik untuk makan udang.

Semalam, semasa aku masuk kerja pada jam 2.45 ptg, aku akan turn on komputer aku, tetapi malang nasib aku, semalam komputer aku rosak. Baiklah setakat ini sahaja aku menulis, nanti jika ada apa-apa berita terbaru, aku akan updatekan pada blog aku. Bye...

Monday, July 12, 2010

BOSAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini bermulalah minggu kedua aku menjalani latihan praktikal. Apa yang memeningkan kepala aku ialah, kenapa aku berasa sangat bosan. Aku asyik terfikirkan kalau buat praktikal di luar kampus, mesti seronok. Ini adalah kerana kita akan bertemu dengan orang baru, suasana baru dan senang kata, segala-galanya baru.

Sekarang aku dilanda satu lagi masalah. Aku tak tahu sama ada selepas ini aku hendak menyambungkan pengajian aku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda atau tidak. Kalau diikutkan hati, aku tak mahu menyambung lagi pengajian dan selepas saja tamat diploma aku ingin terus masuk ke dunia pekerjaan. Tetapi akal fikiran mengatakan sebaliknya, satu hari nanti, pasti kau akan menyesal sekiranya tidak menyambung pengajian. Aduh...pening kepala aku memikirkannya.

Aku berasa tidak bersemangat untuk ke tempat praktikal sejak hari ni, dan aku sendiri tidak mengerti kenapa aku berasa sedemikian rupa. Mungkin ia berpunca daripada diri aku sendiri.

Untuk semester ini juga, nampaknya tidak dapatlah aku berpuasa bersama ahli keluarga aku yang lain. Aku akan berpuasa sekali lagi di UiTM Seri Iskandar, Perak. Dah hampir dua tahun aku tidak bersahur dan berbuka bersama-sama keluarga aku. Ini adalah salah satu pengorbanan demi mendapat sekeping diploma. Masa bulan puasa ialah masa yang sentiasa aku nanti-nantikan. Pada waktu inilah kita dapat duduk semeja bersama ahli-ahli keluarga yang lain. Aku akan pulang ke rumah pada petang hari puasa terakhir, sedihnya.

Baiklah, buat masa ini aku perlukan tumpukan perhatian pada pelajaran aku dahulu. aku berharap agar segalanya akan selesai dan berjalan dengan lancar. Aku harus memotivasikan diri aku ini. Segalanya aku lakukan untuk keluarga aku, terutamanya kedua-dua orang tuaku.

Mama dan Abah, doakanlah supaya anakmu ini memperoleh kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan.

Saturday, July 10, 2010

Semester 6 di UiTM Perak (Julai 2010 - November 2010)

Salam. Untuk semester ini, aku sepatutnya tidak kembali ke sini kerana aku sepatutnya membuat latihan praktikal di tempat asalku, Pulau Pinang. Tapi apakan daya, oleh kerana aku gagal 1 subjek, aku terpaksa datang ke sini kembali. Aku perlu membuat latihan praktikal di dalam kampus dan dalam masa yang masa pergi ke kelas untuk kursus yang aku gagal iaitu Business Accounting. Kenapalah aku perlu belajar Business Accounting, aku dah lah lemah dalam perkara yang melibatkan nombor.

Mama Dan Abah

Coretan kali ini khas untuk Mama dan Abah aku. Selama ini aku asyik merungut bila diorang balik lambat dari pejabat dan kadang-kadang aku rasakan kerja itu lagi penting bagi diorang daripada kami adik-beradik. Tapi semenjak aku menjalani latihan praktikal, barulah aku tahu keadaan yang sebenarnya. Baru aku tahu macam mana penatnya mereka apabila balik dari tempat kerja. Macam mana keadaannya menjadi seorang pekerja. Bertapa tertekannya apabila menjadi seorang pekerja. Mama, sekarang barulah Fara faham kenapa mama sentiasa meminta Fara tolong mengemas rumah dan pastikan rumah kemas bila mama pulang dari pejabat. Lepas ini, Fara berjanji akan cuba mengurangkan beban kerja mama di rumah. Abah pula, sekarang Fara faham kenapa abah sentiasa pulang lewat dari pejabat sejak akhir-akhir ni, banyak kerja yang perlu abah siapkan dalam masa yang singkat. Walaupun baru seminggu aku menjalani latihan praktikal, tetapi kesannya amat aku terasa. Memang benar kata-kata mama, nanti apabila aku dah menjalani latihan praktikal, aku akan faham apa situasi yang dihadapi oleh mereka setiap hari.

Afgan - Padamu Ku bersujud

Ku menatap dalam
gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah
Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah
Reff:
Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud

Latihan Industri Luar (Praktikal)

Aku semester ini buat praktikal kat dalam kampus. Ini semua gara-gara aku gagal paper akaun. Nak buat cam mana, aku memang lemah dalam perkara yang membabitkan nombor. Hari pertama (05 Julai 2010) aku melaporkan diri pada Pn. Mahayom dan tak disangka-sangka aku dapat tempat praktikal kat fakulti aku sendiri. Nak buat cam mana, suka atau tidak aku kena terima saja. Hari pertama juga agak memenatkan. Aku juga kena cepat menyesuaikan diri dengan tempat kerja aku dan suasana pekerjaan secepat mungkin. Untuk minggu ni, aku diberikan kerja yang agak mudah, seperti faks surat, photostat kertas dan menjawab panggilan telefon dan lain-lain kerja yang perlu aku lakukan sebagai seorang pekerja pejabat. Sebagai seorang pekerja pejabat, dia perlu tahu banyak perkara, dari perkara yang senang hinggalah perkara yang susah. Jangan ingat tugas seorang pekerja pejabat ini senang. Aku respect kepada abang Wan, apabila berada di dalam office fakulti, barulah aku tahu pening juga kepala kadang-kadang nak melayan pelbagai karenah dan ragam para pensyarah dan para pelajar.

Sakitnya Hati Ini

Aku terlebih dahulu ingin memohon maaf sekiranya coretan ini akan menyakitkan hati sesetengah pihak. Kenapa ada orang dengan sesenangnya melepaskan kemarahan terhadap orang lain sedangkan aku tak boleh buat begitu. Aku kadang-kadang fikir, aku terlampau menjaga perasaan orang lain sehinggakan aku yang sakit. Di luaran mungkin aku nampak tersenyum dan gembira, tetapi di dalam jiwa dan hati aku tiada siapa yang tahu. Pada aku, ada sesetengah orang tak nak langsung cuba memahami orang lain, tetapi dia nakkan orang lain memahami dia. Jika ada orang melakukan kesalahan dan meminta maaf, aku akan maafkan dia. Bagi aku, tiada seorang pun sempurna di dunia ini melainkan Allah S.W.T.. Aku tahu kadang-kadang seseorang itu berkelakuan sedemikian rupa tanpa sedar. Aku pun pernah melakukan kesalahan dan aku akan segera meminta maaf kepada orang tersebut. Tapi ada sesetengah orang apabila seseorang meminta maaf dengannya, dia akan menyakiti hati orang tersebut kembali. Apa perasaan anda jika diperlakukan sedemikian rupa? Kita dengan ikhlas meminta maaf, tetapi dia memperlakukan kita sedemikian rupa. Mungkin bagi dia kata-kata yang dilontarkan pada aku itu agak biasa, tetapi bagi aku, ia amat mengguris hati dan perasaan aku. Orang tua aku pun tidak pernah berkata sedemikian rupa pada aku.