Wednesday, October 12, 2011

Kerja

Salam. Saya bekerja sebagai pembantu klinik selama sebulan di salah sebuah klinik swasta di Pulau Pinang. Terdapat banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang bekerja di klinik tersebut. Amatlah berbeza dunia pekerjaan sebenar dan menjalankan latihan praktikal semasa belajar dulu. Jika kita membuat latihan praktikal, orang akan melayan kita seperti pelajar. Pekerjaan yang dianggap sukar atau mempunyai maklumat sulit tidak akan kita buat. Kita akan dilayan seperti anak oleh setiap pekerja di syarikat tersebut. Sebaliknya berlaku bila kita benar-benar bekerja. Kita mesti cuba melakukan yang terbaik. Segala urusan dan perkara yang berlaku di dalam pejabat perlu kita ketahui. Kita perlu cuba elakkan berlakunya kesilapan di dalam pekerjaan yang kita lakukan.

Kawan saya ada berkata yang kita tak semestinya mendapat pekerjaan yang sama dengan apa yang kita pelajari di alam universiti. Buat masa ini, kata-katanya amat benar sekali. Namun, apa yang penting ialah pengalaman yang kita dapat. Ia amat berharga sekali. Pengalaman akan mematangkan pemikiran seseorang.

The end...

nfmr