Friday, February 4, 2011

Hamster Hilang

Pada hari Selasa yang lalu (01/02/2010), Adik aku tanpa sengaja menyebabkan salah seekor daripada hamster Roborovski aku hilang. Dia memberitahu aku, dia ingin mengeluarkan wheel daripada cage tersebut tetapi dia tidak perasan yang ada seekor Roborovski Hamster ada di dalam wheel tersebut. Tiba-tiba adik aku nampak hamster dah melompat keluar dari wheel dan lari dengan lajunya ke bawah almari dan katil di dalam bilik kami. Adik aku tidak terus memberitahu aku, sebaliknya dia cuba mencari sendiri. Selepas beberapa minit atau jam, barulah dia beritahu aku yang salah seekor hamster dah terlepas.

Aku dengan pantasnya naik ke atas dan cuba mencari di dalam bilik. Pening jugalah kepala aku mencarinya. Dah la Roborovski hamster sangat kecil dan pantas. Aku pun pasanglah trap dengan harapan ia masih ada di dalam bilik.

Selepas beberapa jam, adalah satu kejadian yang melucukan terjadi. Semasa mama aku sedang mengemas dapur selepas makan malam, mama aku nak pergi membuang sampah. Tiba-tiba mama aku menjerit "tikus...tikus...hamster..." Masa dia cakap tikus, aku malas la nak ke dapur, biarkan ayah aku je pergi ke dapur sebab aku takut dengan tikus tetapi dengan hamster aku tak takut. Tapi bila dia menjerit hamster, aku pun pergilah ke dapur untuk menangkapnya. Aku dah beritahu kat mama aku yang hamster aku terlepas. Sebab tu dia terfikir nak cakap hamster, Sebab tikus dan hamster amat berlainan.

Aku tangkap hamster tu dan  letak dia kembali ke dalam sangkarnya. Dia kelihatan terkejut dan letih. Bila aku letak dia balik ke dalam sangkarnya, dia cepat-cepat pergi minum dan kemudian makan. Mesti dia  kehausan dan kelaparan. Kawan dia yang ada di dalam cage seperti gembira apabila kawan dia kembali.

the end...

nfmr

No comments: