Tuesday, December 22, 2015

26/11/2015 (Hari Kedua)

26/11/2015 (Hari Kedua)

Tepat jam 6.30 pagi, aku check out dari hotel Sama-Sama Express. Keluar dari Sama-Sama Express, aku terus pergi ke skrin besar yang menunjukkan gate pelepasan dan gate pelepasan untuk AirAsia X ke Incheon ialah gate P4. Macam biasa, aku perlu melalui pemeriksaan kastam dan dalam bag tak ada pun liquid sebab aku dan letak check luggage. Imigresen tak perlu sebab aku tak keluar dari transit hall, sebab selepas je aku sampai dari Penang, aku terus cari transit hall dan sebelum masuk kena melalui imigresen. Macam biasa, bila dah sampai di pintu pelepasan terlihatlah bertapa ramainya orang yang hendak pergi melancong ke Korea. Ada macam-macam ragam manusia yang boleh dilihat di situ. Tepat jam 8.10 pagi, kapal terbang yang aku naik naiki meluncur ke udara dan bermulanya perjalanan aku ke Korea. Dari Kuala Lumpur ke Incheon Airport perjalanannya memakan masa lebih kurang 6 jam. Apa yang aku boleh katakan perjalanan selama 6 jam di atas kapal terbang amat membosankan. Apa yang aku boleh buat ialah tidur dan bangun apabila mereka mula menghidangkan makanan.

Tepat jam 3.20 petang waktu Korea, kapal terbang yang aku naiki dengan selamatnya mendarat di Incheon International Airport. Sebelum mendarat kapten telah beritahu bahawa suhu di luar adalah sekitar -1 darjah celcius dan aku dapat melihat di tepi tingkat terjadinya kepingan ais dan di luar salji sedang turun. Wah! Bestnya salji turun dan ianya pengalaman yang tak mungkin aku lupakan seumur hidup. Apa yang aku tahu, itu adalah salji pertama yang turun dan menandakan bakal datangnya musim sejuk.  Suasana di Incheon International sangat teratur dan mudah. Alhamdullilah, aku dengan mudah dapat melepasi pemeriksaan imigresen dan kastam diorang. So, seterusnya aku perlu keluar ikut pintu C dan tour guide akan tunggu di sana.

Lebih kurang jam 4.20 petang selesai urusan ambil luggage, kastam dan imigresen. So, aku dapat berjumpa dengan tour guide dan of course dia orang Melayu di balai ketibaan. Sementara menunggu yang lain, aku connect iPhone aku dengan wifi airport dan first person yang aku call sudah tentu my mother. Bukannya apa, aku tahu dia tengah risaukan kan aku. Maklum la, first time ke luar Negara. Then I call my father, but he doesn’t answer my call. And lastly my best friend, Diyana. Aku cakap lama juga dengan Diyana. Semasa sembang dengan Diyana, aku perasan ada seorang mamat Korea mi tengok aku dan bising-bising dalam bahasa Korea. Hahaha, barulah aku tau, rupanya suara aku agak kuat, sorry. Aku call mereka semua guna whatapps call, free je. Kalau guna iPhone, turn on flight mood, then turn on wifi. So, dia akan connect pada wifi sahaja. Kalau tak nanti melambung tinggi la bill telefon nak kena bayar. Kat Korea tak payah risau, wifi ada di mana-mana sahaja. Dan yang paling best, internet speed dia sangat laju.

Seterusnya kami menaiki subway  diorang iaitu AREX dan ianya kalau di Malaysia macam ERL. Perjalanan dari Incheon Airport ke Hongsik University (Hongdae area) mengambil masa selama 1 jam. Keluar sahaja daripada subway, kedingin suhu Korea terus terasa dan selamat aku dah pakai baju sejuk siap-siap semasa di airport. Muka, tangan dan kaki memang terasa sejuk. Rombongan kami pula perlu berjalan selama 5 ke 10 minit sebelum sampai ke guess house kami iaitu Boa Travel House. Kalau sesiapa yang ingin ke Korea, aku cadangkan korang tinggal di guess house ini. Makanan halal pun diorang boleh sediakan, malah pinggan mangkuk dan alatan untuk memasak bagi orang muslim pun turut diasingkan.

Dalam jam 7.30 malam dalam kedingin suhu yang boleh dikatakan bawah -2 darjah celcius, kami keluar untuk makan malam di salah sebuah restoren dan sudah tentulah ianya makanan Korea. Tak tahu ia panggil apa, tapi apa yang boleh aku simpulkan ianya nasi goreng seafood ala-ala Korea. Setelah selesai makan malam, kami enjoy night view di Korea sambil berjalan pulang ke guess house. Memandangkan aku duduk di area Hongdae dan area ini terkenal dengan pelajar universiti bidang lakonan, nyanyian dan tarian. Maka, sepanjang perjalanan pulang terlihat ada para pelajar yang menyanyi dan menari. Setelah sampai di guess house, masing-masing kepenatan dan esok aktiviti bermula jam 8.30 pagi.

To be continue…





Monday, December 21, 2015

Melancong Ke Seoul, Korea Selatan

Hari Pertama (25/11/2015)

Hari ini aku akan bertolak ke Seoul, Korea. Seperti biasa aku bangun pagi dan bersiap untuk pergi kerja. Maklumlah flight kan malam. So, nak ambil cuti saying sebabnya aku kena cover untuk kawan office yang seorang lagi. Sebab dia pun kebetulan ambil cuti tarikh yang sama. Tapi dia ke Pulau Langkawi.  Since hari ini aku akan ke Korea, so my mood was so great. Tepat jam 12.00 tengah hari, aku hantar mesej je salah seorang boss mengatakan bahawa aku perlu balik awal hari ini sebab ada barang yang aku beli lagi. Luckly, my boss say ok. So aku balik awal pukul tiga terus pergi ke Queensbay Mall untuk beli thermal wear/long john. Selepas puas survey long john di dalam shopping complex tu, aku pun beli la long john dari Universal Traveler. Nasib baik masa tu tengah offer, so dari harga RM168.00 sepasang tinggal RM129.00 sepasang.

Dalam pukul 4.30 petang sampai kat rumah, check untuk kali yang terakhir apa lagi yang perlu dibawa. Untuk kali ini aku just bawa bag kecil je sebab takut juga nak bawa besar. Tak tahu macam mana keadaan guess house di Korea tu. Kalau nak kena mendaki bukit, tak ke penat nanti nak angkat bag tu kalau besar sangat.

Tepat jam pukul 8.00 malam. Abah dah panggil turun untuk pergi ke airport. Takut terlepas flight katanya. So, dalam pukul 8.30 aku, mama dan abah dah ada di Penang International Airport. Untuk check luggage pukul 9.20 p.m. baru dia buka. Nak dijadikan cerita boleh pula aku terlupa nak pakai jam tangan dan bawa cermin mata hitam. Nasib baiklah adik aku, Angah ada, dialah yang tolong hantarkan dia barang ni ke airport.

Flight aku dari Penang ke KLIA 2 pukul 11.20 dan dari KLIA 2 ke Incheon International Airport ialah pada jam 8.00 pagi keesokan pagi. Lebih dari 6 jam transit di KLIA 2. Nak dijadikan cerita flight dari Penang ke KLIA 2 delay sehingga jam 1.10 pagi. Dah la badan letih dengan mengantuk lagi. Tepat jam 1.10 pagi aku pun berlepas dari Penang International Airport dan selamat mendarat di KLIA2 tepat jam 2.10 pagi. Disebab malas nak keluar dari tansit hall, aku pun terus stay di dalam transit hall dengan mencari Sama-Sama Express dan check in dalam hotel tersebut. Aku sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. So, kita relax, chill dan enjoy dulu. Walaupun Cuma dapat tidur dalam satu setengah jam sahaja, sebab takut terlepas next flight but it was the good nap that I had ever have…

To be continue...




Wednesday, December 2, 2015

Trip Ke Korea Selatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

안녕하세요 


Dari 26 November 2015 sehingga 30 November 2015 saya buat pertama kali telah melancong ke luar negara dan negara pilihan saya sudah tentunya Korea Selatan. Bukannya sebab saya salah seorang peminat fanatik Kpop, tetapi saya tertarik dengan budaya dan persekitaran diorang yang amat berlainan

Tempahan pakej dan tiket kapal terbang telah dilakukan setahun lebih awal. AirAsia X menjadi pilihan saya untuk terbang ke Bumi Winter Sonata. Saya telah mengambil pakej dari pihak JomTravel. Pakej dan servis yang diberikan amat memuaskan hati saya. Untuk pengetahuan semua, saya pergi seorang saja, tak pergi dengan ahli keluarga atau pun kawan-kawan. Saya cuma kenal dengan ahli group yang lain semasa mendarat di Incheon Airport. Tetapi, syukur alhamdullillah, ahli group saya semuanya sangat sporting dan baik-baik. Meraka sentiasa menjaga saya semasa berada di sana. Terima kasih semua. 

Hari Pertama.

Dengan menaiki flight AirAsia D7 0504, saya berlepas dari Kuala Lumpur Internatioanl Airport 2 (Klia2) Ke Seoul pada jam 8.00 pg dan selamat mendarat di Incheon International Airport pada jam 3.00 ptg (waktu Korea). Sebelum mendarat di lapangan terbang Incheon, saya dapat melihat kepingan-kepingan salji seperti hujan melalui tingkat. Dan kapten memberitahu bahawa suhu semasa itu ialah -1 darjah celcius. Keluar daripada kapal terbang sahaja dan dapat rasa kedinginan bumi Korea. Hari pertama oleh kerana kami sampai pun dah petang, maka pihak tour guide terus membawa kami ke Guest House di area Hongdae dan berehat sekejap sebelum keluar makan malam. Malam itu kami makan nasi goreng seafood Korea (lupa nama...) ia digoreng di hadapan kami.

Part two...to be continue...



.