Wednesday, December 2, 2015

Trip Ke Korea Selatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

안녕하세요 


Dari 26 November 2015 sehingga 30 November 2015 saya buat pertama kali telah melancong ke luar negara dan negara pilihan saya sudah tentunya Korea Selatan. Bukannya sebab saya salah seorang peminat fanatik Kpop, tetapi saya tertarik dengan budaya dan persekitaran diorang yang amat berlainan

Tempahan pakej dan tiket kapal terbang telah dilakukan setahun lebih awal. AirAsia X menjadi pilihan saya untuk terbang ke Bumi Winter Sonata. Saya telah mengambil pakej dari pihak JomTravel. Pakej dan servis yang diberikan amat memuaskan hati saya. Untuk pengetahuan semua, saya pergi seorang saja, tak pergi dengan ahli keluarga atau pun kawan-kawan. Saya cuma kenal dengan ahli group yang lain semasa mendarat di Incheon Airport. Tetapi, syukur alhamdullillah, ahli group saya semuanya sangat sporting dan baik-baik. Meraka sentiasa menjaga saya semasa berada di sana. Terima kasih semua. 

Hari Pertama.

Dengan menaiki flight AirAsia D7 0504, saya berlepas dari Kuala Lumpur Internatioanl Airport 2 (Klia2) Ke Seoul pada jam 8.00 pg dan selamat mendarat di Incheon International Airport pada jam 3.00 ptg (waktu Korea). Sebelum mendarat di lapangan terbang Incheon, saya dapat melihat kepingan-kepingan salji seperti hujan melalui tingkat. Dan kapten memberitahu bahawa suhu semasa itu ialah -1 darjah celcius. Keluar daripada kapal terbang sahaja dan dapat rasa kedinginan bumi Korea. Hari pertama oleh kerana kami sampai pun dah petang, maka pihak tour guide terus membawa kami ke Guest House di area Hongdae dan berehat sekejap sebelum keluar makan malam. Malam itu kami makan nasi goreng seafood Korea (lupa nama...) ia digoreng di hadapan kami.

Part two...to be continue...



.

No comments: