Monday, November 30, 2009

Madah Cinta Mimpi

Madah cinta mimpi

Wahai sayang ku…..
Ujung jarimu ku kucup mesra malam tadi
Arrrghhhhhh...!
Rupa-rupanya aku bermimpi…..!

Salahkah jika aku bermimpi…?
Berganding mesra bersama mu disebuah taman
Lalu mengikat janji asmara dakapan mesra
Sehidup semati hingga keshurga….

Salahkah jika aku bermimpi?
Mengharap cinta mu sepenuh hati dan jiwa-raga
Suka dan duka hidup bersama
Sehingga kehujung dunia…..

Salahkah jika aku bermimpi?
Menyintai diri mu sehingga mati..!

Sunday, November 15, 2009

Cuti Semester 4 (13/11/2009 - 27/12/2009)

Pada hari Jumaat yang lepas (13/11/2009) bermula cuti semesterku untuk semester ini. Sepatutnya aku sudah pun pulang ke Pulau Pinang padahari Ahad (08/11/2009) minggu sebelumnya. Tetapi oleh kerana aku gagal paper "Business Mathematic" pada semester 3 yang lepas, aku terpaksa mengambil kembali paper tersebut semster ini. Untuk semester ini, aku perlu mengambil 3 paper untuk final exam. Ini termasuk paper Business Math. Tapi semester kali ini merupakan semester yang paling penat dan paling stress bagiku. Banyak perkara yang membuatkan kadang-kadang aku seperti mahu menangis dan mahu berhenti belajar sahaja. Tetapi mama aku selalu memujuk aku, katanya itulah dugaan yang perlu ditempuhi apabila bergelar pelajar universiti. Cuti semester ini pendek sahaja, lebih kurang 6 minggu sahaja. Sekarang bolehlah aku menonton TV sepuas-puasnya.

Barang Yang Paling Berharga Bagiku...

Salam...
Setiap daripada kita mesti mempunyai barang yang amat kita sayangi. Saya juga begitu. Baiklah, terdapat beberapa barang yang amat bernilai bagi saya. Barang-barang ini mempunyai nilai-nilai sentimental bagi saya. Apabila saya melihat kembali barang ini, pasti akan terkenang kenangan indah yang terselit di sabalik barang tersebut.

Yang pertama ialah jam tangan Baby G. Jam tangan ini dibeli pada tahun 2001. Jam ini dihadiahkan oleh ayahku sempena dengan hari lahirku yang ke 12. Jam tangan ini harganya lebih kurang RM300 dan dibeli di kedai jam di Sunshine Square. Jam tangan ini masih elok dan masih saya pakai sehingga sekarang. Jam tangan ini asalnya talinya berwarna merah jambu dan talinya jenis kain. Kerana talinya cepat kotor, aku pun menukarkan tali jam tersebut kepada tali jam plastik. Jika aku ingin menukar tali jam, aku hanya boleh menukar tali jam yang berwarna hitam sahaja. Baterinya, baru 4 kali sahaja aku tukar dalam tempoh 8 tahun aku memakainya.



Hari ini (15/11/2009) setelah hampir 8 tahun tidak pernah membeli jam yang baru. Ini kerana aku lebih selesa memakai jam Baby G. Aku membeli jam yang baru jenama B.U.M. yang warnanya putih dan merah jambu. Walaupun baru sahaja membelinya, apa yang pasti, aku akan menjaganya sebaik mungkin sebagaimana aku menjaga jam yang sebelum ini jam Baby G. Walaupun harganya agak murah (Kurang daripada RM 100), tapi nilai-nilai sentimental yang ada padanya amat bernilai bagiku.



Barang yang kedua ialah, Sony Walkman. Walkman ini juga dihadiakan oleh ayahku semasa aku di tahun 6. Walkman ini dihadiahkan sempena keputusan UPSR aku yang boleh dikatakan agak baik. Ia dibeli di Sunshine Square.



Setakat ini sajalah saya dapat bercerita mengenai barang kesayangan saya.

Saturday, November 7, 2009

Hakikat Sebuah Cinta

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja, kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya, sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, dan mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Orang Yang Mencintaimu

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli, yang penting bagi dia, kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya. Dimatanya, kamu selalu yang paling cantik, walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini dan dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "selamat pagi", "selamat hari minggu", "selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu, kamu tidak mengundangnya, setidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat ulang tahun atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya, kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu, bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu, kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu. Kesukaanmu, kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin selsema, pening, atau sakit gigi, beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan sesuatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa, tetapi itu adalah sesuatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari-harinya bersamamu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari, atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar
kamu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri dari kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah orang yang berada disisii mu sekarang melakukannya dgn cara-cara seperti di atas?

Kalau ada,jangan mensia-siakan orang tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...