Wednesday, May 12, 2010

Dugaan Semasa Belajar

Salam, sekarang ni aku tengah cuti semester. Macam-macam dugaan semasa kita berada di alam belajar terutama ketika belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Masalah dengan rakan-rakan, pensyarah, pelajaran dll. Dugaan dan ujian semasa di IPT rasanya lebih hebat berbanding dengan semasa belajar di sekolah. Di IPT, semuanya perlu pantas. jika anda ketinggalan, anda akan ditinggalkan jauh. Di IPT, suasananya pembelajarannya agak berbeza. Di sini, kita yang menguruskan jadual kita sendiri. Tidak seperti di waktu sekolah, jadual kelas kita telah disusun oleh pihak sekolah. Di sini juga, kita perlulah kuat dari segi fizikal dan mental. Jangan kita mudah mengalah jika kita gagal, sebaliknya cuba bangun dari kegagalan tersebut dan cuba mencari punca yang menyebabkan kita gagal dan kita hendaklah berubah.

Rakan-rakan sebaya merupakan pengaruh yang terbesar bagi diri kita. Ini adalah kerana kebanyakan masa kita dihabiskan bersama dengan rakan-rakan. Kita hendaklah pandai dalam memilih orang untuk menjadi rakan kita. Ingat, ada kawan yang boleh bawa kita ke jalan kebaikan dan ada juga kawan yang boleh bawa kita ke jalan kejahatan. Tetapi, apa yang penting ialah diri kita sendiri, jika kita tahu ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada diri kita kecuali keburukan, janganlah kita ikut. Kita telah dianugerahkan akal fikiran oleh Allah S.W.T. dan gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya.

Pensyarah pula, ada macam-macam karenah juga. Kadabg-kadang karenah pensyarah lebih memeningkan kepala berbanding karenah rakan-rakan. Kita kena pastikan segala assingment yang dihantar memenuhi kehendak dia. Kalau tidak, jawabnya sedikitlah markah yang anda dapat.

Pada masa ini juga, ada sesetengah daripada kita mula mengenali makna tanggungjawab. Kita perlu bertanggungjawab terhadap segala tindak-tanduk yang kita lakukan. Kita juga akan lebih merasa bertanggungjawab terhadap ahli keluarga kita. Kerana di sini kita dilatih segalanya.

Pada masa ini juga kita perlu belajar untuk berdikari. Pada masa ini, kita akan tinggal berjauhan daripada ahli keluarga terutama sekali kedua-dua orang tua kita. Segalanya perlu dilakukan sendiri. Jika selama ini makan, minum dan pakaian kita dijaga oleh ibu, kini kita perlulah mencari makanan dan minuman sendiri dan membasuh pakaian kita sendiri. Ketika ini, kita perlu keluar daripada zon selesa samada suka atau tidak.

Sekian...

No comments: