Friday, February 4, 2011

Hamster Hilang

Pada hari Selasa yang lalu (01/02/2010), Adik aku tanpa sengaja menyebabkan salah seekor daripada hamster Roborovski aku hilang. Dia memberitahu aku, dia ingin mengeluarkan wheel daripada cage tersebut tetapi dia tidak perasan yang ada seekor Roborovski Hamster ada di dalam wheel tersebut. Tiba-tiba adik aku nampak hamster dah melompat keluar dari wheel dan lari dengan lajunya ke bawah almari dan katil di dalam bilik kami. Adik aku tidak terus memberitahu aku, sebaliknya dia cuba mencari sendiri. Selepas beberapa minit atau jam, barulah dia beritahu aku yang salah seekor hamster dah terlepas.

Aku dengan pantasnya naik ke atas dan cuba mencari di dalam bilik. Pening jugalah kepala aku mencarinya. Dah la Roborovski hamster sangat kecil dan pantas. Aku pun pasanglah trap dengan harapan ia masih ada di dalam bilik.

Selepas beberapa jam, adalah satu kejadian yang melucukan terjadi. Semasa mama aku sedang mengemas dapur selepas makan malam, mama aku nak pergi membuang sampah. Tiba-tiba mama aku menjerit "tikus...tikus...hamster..." Masa dia cakap tikus, aku malas la nak ke dapur, biarkan ayah aku je pergi ke dapur sebab aku takut dengan tikus tetapi dengan hamster aku tak takut. Tapi bila dia menjerit hamster, aku pun pergilah ke dapur untuk menangkapnya. Aku dah beritahu kat mama aku yang hamster aku terlepas. Sebab tu dia terfikir nak cakap hamster, Sebab tikus dan hamster amat berlainan.

Aku tangkap hamster tu dan  letak dia kembali ke dalam sangkarnya. Dia kelihatan terkejut dan letih. Bila aku letak dia balik ke dalam sangkarnya, dia cepat-cepat pergi minum dan kemudian makan. Mesti dia  kehausan dan kelaparan. Kawan dia yang ada di dalam cage seperti gembira apabila kawan dia kembali.

the end...

nfmr

Winter White Hamster

Salam. Saya baru sahaja membeli dua ekor Winter White hamster. Mereka sangat comel dan baik. Saya sangat sayangkan mereka. I feel very happy to see them play in their cage. Saya membeli sepasang, seekor jantan dan seekor lagi betina. Ingat nak breed mereka berdua, tapi buat masa ni, saya rasa yang betina terlalu muda. So, kenalah tunggu dulu. Yang jantan kepunyaan adik saya manakala yang betina kepunyaan saya. Kami memberi nama Wiwi dan Wawa.

Saya sebenarnya takut sangat dengan hamster dari jenis Dwarf. Sebelum ni saya ada membeli seekor hamster dan owner pet shop tu kata ia adalah winter white hamster. Saya ada buat sedikit research dan penampilannya sama dengan winter white. Setelah pulang, saya pun biarkan ia di dalam sangkar. Pada waktu tengah malam saya terjaga dan ingin bermain dengannya. Ia menggigit jari saya sampai berdarah. Saya membuat keputusan untuk memulangkannya. Nasib baik uncle kat pet shop sangat baik dan dia benarkan saya menukarkan hamster tersebut dengan barang keperluan hamster seperti makanan hamster, sand bath dan   sunflower seed.

Tapi amat berlainan sekali dengan hamster yang saya beli kali ini. Ia sangat jinak. Dan tentulah ia dari pet shop yang lain. Saya lihat adik saya bermain dengan hamster tanpa ada masalah. Tidak digigit. Kalau gigit, tidaklah sakit sangat. Dia menyuruh saya memegangnya tapi saya tak mahu. Lama-kelamaan saya memberanikan diri juga memegang hamster tersebut. Memang benar apa yang dikatakan adik saya. Ia tidak menggigit dan sangat manja. Keesokkannya, saya mengambil keputusan untuk membeli seekor lagi winter white hamster dan kali ini saya beli betina. 

Sekarang, kalau tidak  melihat dan bermain dengan mereka walaupun sehari rasanya tidak lengkap. They make me smile. Hamster ni kalau tengah tidur, kita kejutkan dia tak meragam macam Syrian Hamster. Saya letakkkan mereka di dalam aquarium cage sebab mereka ni suka burrow. So, tak adalah sepah sangat bilik saya dengan bedding mereka. 

Setiap kali saya buka lids aquarium mereka mereka akan berdiri seolah-olah minta mengeluarkan mereka dari cage mereka. Apabila saya masukkan tangan ke dalam cage, mereka akan panjat tangan saya. Seronok sangat. 

The end...

nfmr