Monday, September 20, 2021

Cabaran Bermula Sekarang

 

Hari Rabu yang lepas (15 September 2021), keputusan kemasukan ke universiti untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda telah diumumkan. Tahniah diucapkan kepada yang telah berjaya mendapat tempat di universiti. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh kerana anda perlu tahu ramai orang yang ingin mendapatkan tawaran sambung belajar, tetapi ada juga yang gagal. Cabaran yang sebenar bakal bermula dari sekarang. Cabaran untuk anda kekal berlari hingga ke garisan penamat untuk mendapatkan sekeping kertas yang amat bernilai dan mahal harganya bukannya kecundang di tengah jalan. 

Kepada yang gagal mendapat tempat di univesti atau mana - mana institusi pengajian tinggi, jangan berputus asa. Anda boleh mencuba untuk membuat permohonan sekali lagi dan InsyaAllah, jika ada rezeki pasti akan diizinkan Allah S.W.T.. Mungkin juga rezeki anda di bidang lain. Sabar dan teruskan berdoa. 

The End...

nfmr