Monday, October 4, 2010

Ikan Laga (Betta Fish) Dan Hamster

Ikan Laga ni aku beli pada hari Khamis (30/09/2010) di Pet Shop yang terletak berhampiran dengan UiTM Seri Iskandar. Maklumlah, yang tu je kedai yang berhampiran dengan rumah sewa aku yang menjual haiwan. Seronok sangat dapat menjaga ikin ini. Aku bela ikan laga ni bukannya apa, Ia sesuai untuk orang seperti aku yang baru sahaja belajar nak bela ikan. Buat masa ini ikan ini masih hidup. Harap-harap umurnya akan berpanjangan sehingga 2 atau 3 tahun. Yang menarik pada ikan ini ialah ekornya yang berwarna warni dan menarik perharian sesiapa sahaja yang memandangnya.

Semasa berada di kedai pet shop ni, aku sebenarnya berbelah bahagi samada nak beli iakn laga atau hamster. Akhirnya aku pun belilah ikan laga sebab dah janji dengan adik aku yang nombor tiga, Ayuni untuk membelikan dia seekor ikan laga. Sambil-sambil itu, aku survey juga harga seekor hamster, kandang hamster, serbuk kayu dan makanan hamster. Aku bukannya apa, nak tengok budget nak bela seekor hamster berapa kosnya.

Ikan laga tidak perlu diberi makan banyak kali. Memadai ia diberi makan sekali sehari. Kalau akuarium besar, tak perlulah ditukar airnya setiap hari, seminggu sekali atau dua minggu sekali taka pa rasanya. Kalau ia diletakkan dalam akuarium kecil, perlulah ditukar airnya setiap hari atau selang sehari. Jangan lupa letakkan anti-clorine sebelum meletakkan ikan tersebut di dalam akurium atau balang. Bukannya ia bertujuan untuk memanjangkan hayat ikan tersebut dan menjaga insangnya. Air paip biasa sebenarnya amat berbahaya pada ikan.

Beberapa hari kemudian, hari Ahad (03/10/2010) aku pergi sekali lagi ke Pet Shop tersebut. Kali ini aku beli pula hamster. Warnanya kuning keemasan. Setahu aku, ia ialah dari species “Golden Hamster”. Comel sangat. Disebabkan dia berada di dalam persekitaran yang baru, ia agak takut dengan aku dan housemate aku yang lain. Seronok sangat melihat karenah dia ketakutan apabila kami cuba untuk bermain dengannya. Hamster yang aku bela ini betina, jadi sebab tu lah agaknya ia sangat pemalu.

Apa yang aku perasan, hamster ini sangat aktif pada waktu malam dan awal pagi. Bila tengah hari dan petang, ia tidak aktif, asyik tidur sahaja. Tapi aku tahu, itilah sifat dia yang sebenarnya sebab ia juga boleh tergolong dalam keluarga tikus. Apabila aku terjaga pada waktu tengah malam untuk ke tandas, aku lihat ia sangat aktif bermain di dalam rodanya.

Sebenarnya masa aku kecil, aku pernah bela hamster. Macam-macam jenis aku bela. Ada satu jenis ni, kecil saja saiznya tapi garang. Dia suka sangat gigit tangan aku time aku nak bermain dengannya. Sejak tu aku terus tak jadi nak bela hamster. Tikus Belanda pun aku pernah bela, tapi sekejap sahaja la sebab itu kawan aku punya. Tapi sejak terbuka laman web tentang hamster dan melihatnya di pet shop, terbuka pula hati aku untuk kembali membelanya. Aku tertarik dengan kecomelannya.

Sekarang ini, habis sahaja waktu kerja aku tak sabar nak pulang ke rumah sewa. Nak berjumpa dengan haiwan-haiwan kesayangan aku. Sekarang ni rutin aku berubah. Setiap petang, selepas balik kerja, aku perlu membarsihkan balang ikan dan kandang hamster aku untuk kebersihan dan keselesaan haiwan-haiwan tersebut dan jaga agar housemate aku yang lain. Maklumah, kalau busuk , takut pula housemate aku akan rasa terganggu.

Cuma satu saja pesanan aku kepada sesiapa yang mempunyai haiwan peliharaan, fikir masak-masak sebelum anda membela sesuatu binatang. Fikir samada anda mempunyai masa untuk menguruskan binatang tersebut atau tidak. Kesian kepada haiwan tersebut jika anda tidak mempedulikannya.