Friday, January 22, 2010

Jumaat, 22 Januari 2010 (Mendapat 5 Ekor Anak Kucing)

Jumaat, 22 Januari 2010 - Semalam, aku mendapat berita bahawa kucing aku yang diberi nama ‘Baby’ telah melahirkan lima (5) ekor anaknya. Aku berasa amat gembira sekali dan tidak sabar untuk pulang ke rumah untuk melihat mereka kesemua. Sayangnya, salah seekor telah mati pada pagi ini. Hari ini, kuliah untuk subjek BEL dibatalkan tetapi, kami mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan.

Friday, January 15, 2010

Mobile Wireless Broadband Pertama


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hmm…Hari ini saya hendak bercerita sedikit mengenai mobile wireless broadband. Saya sebenarnya tidak terfikir pun hendak mempunyai mobile wireless broadband sendiri. Maklumlah, modemnya berharga RM150 ke atas, dan bil bulanan pula siapa pula yang mahu mambayar, ini kerana saya masih lagi seorang pelajar dan semua keperluan saya masih ditanggung oleh ibu dan bapa saya. Saya masih ingat apabila saya menemani sahabat saya untuk membeli modem dan melanggan mobile wireless broadband, dia perlu mengeluarkan lebih kurang RM300 sabagai permulaan. Pakej ini termasuk bayaran bulan pertama dan harga modem tersebut. Namun, pada 31 Disember 2009, saya tidak menyangka akrirnya saya akan memiliki mobile wireless broadband sendiri. Saya memilih Digi Wireless Mobile Broadband di bawah student package. Di bawab pakej ini, seseorang itu hendaklah berumur di antara 18 – 25 tahun dan merupakan salah seorang pelajar di mana-mana institusi pengajian tinggi. Saya layak melanggan di bawah pakej ini kerana saya berumur 25 tahun ke bawah dan merupakan salah seorang pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Bayaran bulanan untuk pakej ini ialah RM58 dan modem diberikan secara percuma. Pada permulaannya, saya hanya perlu RM100 sahaja dan bagi saya ia tidaklah terlalu mahal. Bayaran RM100 ini termasuk bayaran bil bulan pertama. Saya cuba menggunakan DiGi Broadband di dua kawasan berbeza, satu di rumah saya, iaitu di Pulau Pinang. Coverage di rumah saya amat baik sekali. Amat lancar sekali apabila kita serve internet menggunakan DiGi Mobile Wireless Broadband. Tempat kedua yang saya gunakan DiGi Mobile Wireless Broadband ialah di tempat saya belajar, iaitu di Seri Iskandar, Perak. Coverage amat bagus sekali. Baiklah, sampai sini sajalah penulisan saya, jika ada masa terluang, saya akan mengemaskini blog saya. Bye.