Wednesday, September 15, 2010

15 September 2010 (Rabu)

Salam. Hari ini hari pertama aku kembali bekerja setelah bercuti selama 6 hari. Keadaan di sini sangat sunyi sekali. Maklumlah, semua masih bercuti. Tak banyak kerja sangat hari ini. So, dapatlah aku menulis blog untuk kali ini. Tak banyak yang nak diceritakan untuk kali ini.

Mamandangkan esok cuti Hari Malaysia, so aku akan duduk dan berehat kat rumah saja. Tak tahulah nak buat apa, mesti aku akan duduk kebosanan di rumah sewa aku. Habis-habis, aku just duduk kat rumah, searh internet tak pun aku duduk tengok TV dari pagi sampai ke malam.

Adoi, pening kadang-kadang aku dengan sikap manusia ni kan. Kalau ada banyak kerja, dia akan merungut kepenatan, tapi kalau tak ada kerja langsung pula, dia akan merungut kebosanan. Hihihi...aku tak menujukan ungkapan itu kepada sesiapa, tetapi kepada diri aku sendiri.

Raya tahun ini, tak banyak persiapan yang aku lakukan. Lagi pun aku tak rasa sangat nak beraya tahun ini. Untuk tahun ini, aku berdoa agar kami semua akan dapat bertemu kembali untuk menyambut syawal di tahun hadapan. Semoga semua orang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T..

Sunday, September 12, 2010

3 Syawal 1431 Hijrah / 12 September 2010

Salam. Hari ini merupakan hari ketiga umat Islam menyambut bulan Syawal. Bagi aku raya tahun ini tidak semeriah sambutan hari raya tahun-tahun lepas. Terasa sayu sekali apabila aku mendengar ramai orang yang sakit. Namun aku masih bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah S.W.T. untuk menyambut Ramadan dan Syawal tahun ini. Aku harap aku akan dapat bertemu kembali bulan Ramadan dan Syawal di tahun hadapan.

Bagi kita yang masih sihat, jagalah kesihatan kita sebaik mungkin. Ingatlah bertapa beruntungnya kita. Semoga kita akan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan dan Syawal di tahun hadapan dengan keadaan diri kita yang masih sihat.

Tahun ini tidak banyak rumah yang aku lawati. Ini kerana di rumah aku mempunyai ramai tetamu yang merupakan abang dan adik ayah aku. Aku gembira sangat apabila mereka berada di sini. Rumah aku boleh dikatakan menjadi main house setiap kali sembutan hari raya. Terasa meriah sekali.

Sekian.

nfmr.

Monday, September 6, 2010

Ku Takkan Bersuara Lyrics (Nike Ardilla)

Izinkan Cintaku
Berbunga Dihatimu
Biar Terus Mekar Jadi pengalaman
Telah Lama Ku Dahaga
Belaian Seorang Insan
Semoga Bersamamu
Ceria Hidupku

c/o
Ku Tak Akan Bersuara
Walau Dirimu Kekurangan
Hanya Setiamu Itu Kuharapkan
Ku Tak Akan Menduakan
Walau Kilauan Menggoda
Kasih Dan Sayangku
Tetap Utuh Untukmu
Hanya Kupinta Darimu setialah Selamanya
Sehingga Abadi…
Cinta Ini Sayang Itu Kudoakan

Tak Mungkin Kan Terjadi
Kehancuran Cinta Kita
Andainya Hatimu
Seperti Hatiku

Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Salam.Saya ingin mengucapkan selamat meyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Hari Raya kali ini memberikan kegembiraan dan sinar harapan yang baru kepada anda semua.

Kepada ahli keluarga, para sahabat, rakan-rakan dan sesiapa yang mengenali diri ini, saya ingin menyusun 10 jari dan memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya memohon maaf sekiranya ada kata-kata, sikap dan perlaku saya yang menyakitkan hati anda semua.

Pesanan kepada adik-adik yang masih bersekolah, jangan bermain mercun. Nanti kalau terjadi apa-apa, anda bukan sahaja menyusahkan dan menyakiti diri sendiri, malah semua orang yang amat menyayangi anda terutama sekali ibu dan ayah anda.

Sekian.

nfmr

04 September 2010 (Sabtu)

Salam. Hari Ini hari Sabtu (04/09/2010) bersamaan dengan 25 Ramadan 1431 Hijrah. Hari Ini merupakan hari yang ke 25 umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Hanya tinggal lima hari sahaja sebelum bulan Ramadan berlalu dan bulan Syawal muncul. Pastinya semua orang sibuk membuat persiapan untuk meyambut hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Semua orang pasti sibuk mengemas rumah agar kelihatan cantik dan kemas apabila tetamu mengunjungi rumah.

Raya tahun ini tidak banyak persiapan yang disediakan. Ini kerana pada raya lima, aku sudah pulang ke Seri Iskandar untuk bekerja di keesokkan harinya. Memang aku rasakan tidak seronok raya tahun ini. Walaupun aku Cuma menjalani latihan industri (praktikal) di sini, tetapi segalanya aku harus patuhi, termasuklah jumlah cuti yang dibenarkan. Sedih, memang sedih, tetapi apakan daya, demi mendapatkan sehelai kertas yang amat mahal harganya iaitu Diploma, terpaksalah aku berkorban.

Semua kawan-kawan dan sahabat aku sudah pulang ke kampung halaman masing-masing, tetapi aku masih di sini. Sunyi, itulah yang dapat aku gambarkan perasaan aku sekarang. Tiada teman berbual dan berbicara. Aku tidak dapat menbayangkan kehidupan aku tanpa kawan-kawan dan teman-teman yang rapat di sini. Ouh, tidak…aku rela mati daripada tidak mempunyai teman atau rakan-rakan untuk berbicara tentang perkara yang menyedihkan atau menggembirakan.

Memang benarlah, kita tidak boleh hidup keseorangan. Kita memerlukan seseorang di sisi untuk memberikan semangat ketika kita jatuh, kekuatan ketika kita lemah, peneman ketika kita sunyi, pendengar ketika kita mempunyai masalah dan untuk segala-galanya. Jika kita mempunyai seorang sahabat karib, maka jagalah perasaan dia dengan sebaik-baiknya. Amat sukar untuk mencari seseorang yang benar-benar memahami diri kita.

Aku akan pulang pada minggu depan (08/09/2010), kiranya sempat jugalah aku berpuasa sehari sebelum raya di rumah dan adalah sedikit masa untuk mengemas bilik aku yang bersepah. Sebentar tadi aku ada menghubungi mama aku. Kesian dia, dari suara dia, aku tahu dia kepenatan kerana mengemas rumah. Maaflah mama, kerana tahun ini Fara tak dapat bantu mama mengemas rumah dan melakukan kerja-karja lain di rumah.

Sekian.

nfmr