Sunday, March 23, 2014

Membuat Passport Antarabangsa Malaysia Untuk Pertama Kali

Hi,

Pada hari 12 Mac 2014 (Rabu), saya pergi ke Pejabat Imigresen Malaysia, cawangan Georgetown, Pulau Pinang. Tujuannya ialah untuk buat passport dan untuk pengetahuan semua ini adalah pertama kali saya hendak membuat passport. Perasaan takut dan gementar sentiasa ada di dalam diri saya, padahal nak buat passport je.

Ok, beberapa hari sebelum pergi ke pejabat imigresen, saya dah search kat Internet apa yang perlu disediakan antaranya gambar, salinan ic dll. Malam sebelum tu punya la saya cari kedai dan tangkap gambar, tapi saya tak berpuas hati dengan gambar tersebut. Pada pagi tu, saya terus ke bahagian belakang pejabat imigresen nak tangkap gambar lain, saya jadi pelik, kenapa tak buka? Adalah kakak- kakak kat situ tanya kat saya nak tangkap gambar ke dik? Saya pun jawap ye, kakak tu cakap, tak pe pi tangkap gambar kat dalam. Saya pun pergi la ke dalam, bila pergi ke kaunter customer service, saya bagi la IC dan terbawa keluar gambar yang saya tangkap semalam. Encik tu cakap, Adik gambar tak payah sediakan diorang akan tangkap dan masukkan dalam komputer. Maknanya anda tak payah sediakan apa-apa pun. Pergi bawa diri, Kad Pengenalan dan yang paling penting duit untuk bayaran passport. Kalau nak perbaharui passport, jangan lupa bawa passport lama. Ini untuk Pejabat Imigresen cawangan Georgetown je la, cawangan lain saya tak pasti.

Saya dapat nombor 1076, saya dapat nombor pada pukul 8.20 dan dalam pukul 10.05 minit pagi baru la nombor saya dipanggil. Pergi ke kaunter tu, dia akan interview kita sikit, tanya ketinggian, status perkahwinan, alamat dll. Ini baru kaunter pertama k. Then kita kena tunggu nombor kita dipanggil lagi sekali untuk membuat bayaran. Kalau nak buat passport untuk 2 tahun RM100, dan kalau untuk 5 tahun RM300 bayaran ikut berapa tahun yang kita nak ambil. Saya ambil untuk 5 tahun sebab kalau buat untuk 2 tahun rasa cepat sangat.

Lepas dah buat bayaran, kat resit tu dia akan tulis pukul berapa anda perlu ambil nombor giliran untuk ambil passport anda. Passport anda akan siap dalam satu jam sekiranya orang tak terlalu ramai, dan sekiranya anda kurang bernasib baik dan kebetulan hari anda pi tu, ramai orang, rasanya anda mungkin kena tunggu 2 jam. Selepas satu jam, sila pergi kembali ke kaunter customer service untuk ambil nombor giliran yang baru. Kalau tak pasti tanya je pegawai-pegawai Imigresen di situ, mereka pasti akan membantu anda. Layanan yang diberi amat memuaskan hati saya. Selepas satu jam passport saya sudah pun siap. Yippee, sekarang kalau nak terbang ke mana-mana dah boleh dah. Untuk pengambilan passport ada satu kaunter je, kaunter no. 8 dan anda tak perlu tunggu lama pun untuk turn anda, saya hari tu, tunggu dalam 10 minit je.



Kerja di Kuala Lumpur

Hi, apa khabar semua.

Ok, nampaknya dah lama sangat saya tak update blog saya. Ok, hujung bulan Disember tahun 2013, saya kerap ke Kuala Lumpur. Dapat interview kerja kat sana. Saya akui menetap di Kuala Lumpur merupakan salah satu impian saya. Saya memang dapat kerja tersebut dah hanya sempat kerja di sana untuk satu hari je. Bukannya apa, kehidupan bandar di Kuala Lumpur saya rasakan terlalu sibuk dan tidak sesuai pula dengan jiwa saya. Mungkin juga saya takut untuk hidup seorang diri di bandar metropolitan tersebut. Di Pulau Pinang, walaupun sibuk, tetapi tidaklah sesibuk seperti di Kuala Lumpur. Namun, kenangan di bandar tersebut tidak akan saya lupakan. Saya juga sempat berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Antara tempat yang sempat saya pergi adalah Jalan TAR, Pasaraya Sogo dan Dataran Merdeka. Terima kasih Abah, sebab bawa Fara berjalan-jalan ke sana. Saya sempat juga merasa menaiki LRT dan KTM Komuter. Walaupun baru di sana dalam tiga hari, tetapi kaki dah terasa sakit sangat sebab banyak sangat berjalan. Namun semua ini merupakan kenangan terindah saya. Walaupun tak dapat jadi orang Kuala Lumpur, dapat merasa tinggal di sana sebentar pun dah mencukupi bagi saya.