Friday, December 26, 2014

Cuti-cuti Malaysia

Salam.

Bermula dari 22/12/2014 (Ahad) Sehingga 25/12/2014 (Khamis), saya dan keluarga saya telah bercuti di beberapa destinasi di dalam Malaysia.

22/12/2014 (Ahad)

Kami memulakan perjalanan dengan bertolak dari Pulau Pinang ke Shah Alam pada jam 7.30 pagi dan sampai ke Shah Alam pada jam 11.30 pagi. Tujuan kami pergi ke Shah Alam adalah kerana ada kenduri di sana. Kami menginap di Concorde Hotel, Shah Alam dan ini merupakan kali kedua kami menginap di hotel yang sama. Servis dan bilik Concorde Hotel amat memuaskan hati kami semua. Kami menginap hanya satu malam di Concorde Hotel.

23/12/2014 (Isnin)

Tepat jam 12.30 tengah hari kami check out dari concorde hotel dan memulakan perjalanan ke rumah achik saya yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kami sampai di sana tepat jan 2.00 petang. Kami melawat ke Muzium Tentera dan Port Dickson Waterfront.

24/12/2014 (Selasa)

Hari ini kami melawat ke bandar Melaka. Memulakan perjalanan dari jam 11.30 Pagi dan sampai di Bandar Melaka tepat jam 1.00 Petang. Antara tempat yang dilawati ialah, Kota Afamosa, Pirate Ship, Muzium TLDM, Dan Menara Taming Sari. Bergerak pulang ke Negeri Sembilan pada jam 5.30 Petang dan sampai di Negeri Sembilan pada jam 8.00 malam.

25/12/2014

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Negeri Sembilan dan kami memulakan perjalanan untuk pulang ke Pulau Pinang pada jam 9.00 pagi dan sampai di Pulau Pinang pada jam 6.00 petang. Masa perjalanan agak panjang kerana keadaan trafik di lebuhraya yang akan perlahan kerana banyak kereta di atas lebuhraya,

Membeli Buku Di MPH Online

Salam.

Ini adalah kali kedua saya membeli buku di mphonline.com dan saya sangat sukakannya. Servisnya sangat cepat. Saya akan membeli buku yang ada di dalam stok dan seperti yang dijanjikan buku itu akan tiba dalam masa 3 ke 5 hari (jika terdapat stok). Terdapat banyak pilihan buku yang disediakan. Anda hanya perlu pergi ke website dan jika ada buku yang ingin anda beli, hanya klik saja pada butang yang disediakan. Buku yang saya beli di mphonline.com adalah buku yang agak sukar untuk saya dapat di kedai-kedai buku biasa. Buat masa ini saya telah membeli empat (4) buah buku dengan mphonline dan saya amat berpuas hati dengan servis yang diberikan.