Thursday, June 17, 2010

Pak Lang

Coretan kali ini khas buat pak lang. Dia merupakan pak cik yang paling aku sayangi. aku amat senang apabila bersama dengan dia. Dia telah ku anggap seperti ayahku sendiri.

Pak Lang aku sekarang sedang sakit dan berada di hospital. Sudah 2 bulan Pak Lang berada di hospital.

Alang, Farah rindukan nasihat Alang, setiap kali Fara bertandang ke rumah Pak Lang, pasti Alang tidak pernah lepas memberikan kata-kata nasihat kepada Farah. Alang sentiasa bertanyakan keadaan diri Farah dan keadaan di sekolah setiap kali Farah bertandang ke rumah Alang. Alang akan memeluk (Family Hugh)Fara , mengusap rambut dengan lembut dan memberikan kata-kata nasihat sebelum Farah bersalam untuk meminta diri pulang.

Setiap kali raya, rumah Alanglah yang akan dikunjungi dahulu. Tidak sah rasanya jika tidak berkunjung ke rumah Alang dan menikmati segala juadah hari raya yang disediakan oleh Alang dan Mak Lang setiap kali raya. Pada tahun ini, Nampaknya sambutan hari raya tidak akan semeriah dahulu.

Alang, Farah sentiasa mendoakan agar Alang sentiasa cepat sembuh.

Cinta

Jatuh cinta buat kali kedua? Hmm, ini tidak mungkin terjadi. Aku akui ada terbit sedikit perasaan sayang, tetapi seperti biasa aku akan menghapuskan dia sebelum ianya wujud dengan lebih mendalam. Aku tidak mahu lagi menjadi seperti dulu. Biarlah ia hanya menjadi rahsia hati aku seorang. Kasih dan sayang tidak boleh dipaksa. Aku tidak mahu merasai kembali satu perasaan yang pernah timbul untuk seseorang di dalam hati aku ini, kembali lagi. Sakit dan derita, menrindui dan menyayanginya dalam diam, hanya tuhan saja yang tahu. Tetapi aku masih bersyukur, kerana sekarang aku mengerti apa maksudnya cinta dan kasih sayang.

Cinta dan kasih sayang memerlukan pengorbanan dari kedua-dua belah pihak. Ia boleh menjadi sesuatu yang sangat manis dan juga benda yang paling pahit dan kelat untuk ditelan.