Tuesday, September 22, 2020

Sambung Belajar

Hi...

Apa khabar semua? 

Sudah lama sangat rasanya tak menulis di dalam blog ini. Hampir 2 tahun rasanya. Sorry, terlalu sibuk dengan kerja dan aktiviti harian yang lain. 

Ok la, apa yang boleh dinyatakan sekarang ini kehidupan makin mencabar. Tambahan pula dengan penularan wabak Covid 19. Aku berdoa dan berharap sangat wabak ini cepat ditemui penawarnya. 

Sekarang ini agak rimas rasanya apabila perlu memakai penutup muka setiap kali ingin keluar daripada rumah, tetapi demi keselamatan diri sendiri, orang sekeliling dan terutamanya sekali ahli keluarga yang kita sayang maka kita perlu patuhi sahaja arahan ini. 

Kehidupan aku seperti biasa, memamg agak membosankan. Pergi kerja dan balik kerja, itulah rutin kehidupanku seharian. Tetapi sekarang ini, semenjak bulan Februari 2020, ada satu lagi komitmen yang aku galas atau tambah, iaitu kini aku juag bergelar pelajar separuh masa di UiTM di peringkat Sarjana Muda (Degree).

Tujuan aku menyambung pengajian peringkat degree ini adalah kerana aku ingin meningkatkan tahap pendidikan dan sudah tentunya untuk kenaikaan pangkat dan juga gaji (hihihi...tetapi bukannya tujuan utama ye...).  Setelah hampir 8 tahun aku tamat Diploma, tetiba aku rasakan otak aku macam terlalu tepu dan kosong. Aku rasa aku perlu lakukan sesuatu. Akhirnya aku buat keputusan untuk sambung pengajian secara separuh masa di UiTM.

Kenapa aku memilih UiTM? Sebabnya kelas diadakan hujung minggu dan tidak menganggu waktu kerja aku. Kelas pula yang secara bersemuka dengan para pensyarah hanya 5 atau 7 kali satu semester kerana ia bergantung kepada kursus yang diambil. 

USM pun ada program PJJ tetapi memandangkan aku kerja sektor swasta, agak susah untuk company aku melepaskan aku untuk cuti lama. Ini kerana aku difahamkan sekitar bulan Januari atau Februari para pelajar PJJ USM kena duduk di kampus untuk 2 ke 3 minggu. 

Baiklah, aku rasa setakat ini sahajalah aku tulis. Nanti bila aku kelapangan, aku akan tulis lagi tentang kehidupan aku dan apa yang terjadi.  

The end...

nfmr