Saturday, September 4, 2010

04 September 2010 (Sabtu)

Salam. Hari Ini hari Sabtu (04/09/2010) bersamaan dengan 25 Ramadan 1431 Hijrah. Hari Ini merupakan hari yang ke 25 umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Hanya tinggal lima hari sahaja sebelum bulan Ramadan berlalu dan bulan Syawal muncul. Pastinya semua orang sibuk membuat persiapan untuk meyambut hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang. Semua orang pasti sibuk mengemas rumah agar kelihatan cantik dan kemas apabila tetamu mengunjungi rumah.

Raya tahun ini tidak banyak persiapan yang disediakan. Ini kerana pada raya lima, aku sudah pulang ke Seri Iskandar untuk bekerja di keesokkan harinya. Memang aku rasakan tidak seronok raya tahun ini. Walaupun aku Cuma menjalani latihan industri (praktikal) di sini, tetapi segalanya aku harus patuhi, termasuklah jumlah cuti yang dibenarkan. Sedih, memang sedih, tetapi apakan daya, demi mendapatkan sehelai kertas yang amat mahal harganya iaitu Diploma, terpaksalah aku berkorban.

Semua kawan-kawan dan sahabat aku sudah pulang ke kampung halaman masing-masing, tetapi aku masih di sini. Sunyi, itulah yang dapat aku gambarkan perasaan aku sekarang. Tiada teman berbual dan berbicara. Aku tidak dapat menbayangkan kehidupan aku tanpa kawan-kawan dan teman-teman yang rapat di sini. Ouh, tidak…aku rela mati daripada tidak mempunyai teman atau rakan-rakan untuk berbicara tentang perkara yang menyedihkan atau menggembirakan.

Memang benarlah, kita tidak boleh hidup keseorangan. Kita memerlukan seseorang di sisi untuk memberikan semangat ketika kita jatuh, kekuatan ketika kita lemah, peneman ketika kita sunyi, pendengar ketika kita mempunyai masalah dan untuk segala-galanya. Jika kita mempunyai seorang sahabat karib, maka jagalah perasaan dia dengan sebaik-baiknya. Amat sukar untuk mencari seseorang yang benar-benar memahami diri kita.

Aku akan pulang pada minggu depan (08/09/2010), kiranya sempat jugalah aku berpuasa sehari sebelum raya di rumah dan adalah sedikit masa untuk mengemas bilik aku yang bersepah. Sebentar tadi aku ada menghubungi mama aku. Kesian dia, dari suara dia, aku tahu dia kepenatan kerana mengemas rumah. Maaflah mama, kerana tahun ini Fara tak dapat bantu mama mengemas rumah dan melakukan kerja-karja lain di rumah.

Sekian.

nfmr

No comments: