Monday, December 21, 2015

Melancong Ke Seoul, Korea Selatan

Hari Pertama (25/11/2015)

Hari ini aku akan bertolak ke Seoul, Korea. Seperti biasa aku bangun pagi dan bersiap untuk pergi kerja. Maklumlah flight kan malam. So, nak ambil cuti saying sebabnya aku kena cover untuk kawan office yang seorang lagi. Sebab dia pun kebetulan ambil cuti tarikh yang sama. Tapi dia ke Pulau Langkawi.  Since hari ini aku akan ke Korea, so my mood was so great. Tepat jam 12.00 tengah hari, aku hantar mesej je salah seorang boss mengatakan bahawa aku perlu balik awal hari ini sebab ada barang yang aku beli lagi. Luckly, my boss say ok. So aku balik awal pukul tiga terus pergi ke Queensbay Mall untuk beli thermal wear/long john. Selepas puas survey long john di dalam shopping complex tu, aku pun beli la long john dari Universal Traveler. Nasib baik masa tu tengah offer, so dari harga RM168.00 sepasang tinggal RM129.00 sepasang.

Dalam pukul 4.30 petang sampai kat rumah, check untuk kali yang terakhir apa lagi yang perlu dibawa. Untuk kali ini aku just bawa bag kecil je sebab takut juga nak bawa besar. Tak tahu macam mana keadaan guess house di Korea tu. Kalau nak kena mendaki bukit, tak ke penat nanti nak angkat bag tu kalau besar sangat.

Tepat jam pukul 8.00 malam. Abah dah panggil turun untuk pergi ke airport. Takut terlepas flight katanya. So, dalam pukul 8.30 aku, mama dan abah dah ada di Penang International Airport. Untuk check luggage pukul 9.20 p.m. baru dia buka. Nak dijadikan cerita boleh pula aku terlupa nak pakai jam tangan dan bawa cermin mata hitam. Nasib baiklah adik aku, Angah ada, dialah yang tolong hantarkan dia barang ni ke airport.

Flight aku dari Penang ke KLIA 2 pukul 11.20 dan dari KLIA 2 ke Incheon International Airport ialah pada jam 8.00 pagi keesokan pagi. Lebih dari 6 jam transit di KLIA 2. Nak dijadikan cerita flight dari Penang ke KLIA 2 delay sehingga jam 1.10 pagi. Dah la badan letih dengan mengantuk lagi. Tepat jam 1.10 pagi aku pun berlepas dari Penang International Airport dan selamat mendarat di KLIA2 tepat jam 2.10 pagi. Disebab malas nak keluar dari tansit hall, aku pun terus stay di dalam transit hall dengan mencari Sama-Sama Express dan check in dalam hotel tersebut. Aku sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. So, kita relax, chill dan enjoy dulu. Walaupun Cuma dapat tidur dalam satu setengah jam sahaja, sebab takut terlepas next flight but it was the good nap that I had ever have…

To be continue...




No comments: