Monday, July 12, 2010

BOSAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini bermulalah minggu kedua aku menjalani latihan praktikal. Apa yang memeningkan kepala aku ialah, kenapa aku berasa sangat bosan. Aku asyik terfikirkan kalau buat praktikal di luar kampus, mesti seronok. Ini adalah kerana kita akan bertemu dengan orang baru, suasana baru dan senang kata, segala-galanya baru.

Sekarang aku dilanda satu lagi masalah. Aku tak tahu sama ada selepas ini aku hendak menyambungkan pengajian aku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda atau tidak. Kalau diikutkan hati, aku tak mahu menyambung lagi pengajian dan selepas saja tamat diploma aku ingin terus masuk ke dunia pekerjaan. Tetapi akal fikiran mengatakan sebaliknya, satu hari nanti, pasti kau akan menyesal sekiranya tidak menyambung pengajian. Aduh...pening kepala aku memikirkannya.

Aku berasa tidak bersemangat untuk ke tempat praktikal sejak hari ni, dan aku sendiri tidak mengerti kenapa aku berasa sedemikian rupa. Mungkin ia berpunca daripada diri aku sendiri.

Untuk semester ini juga, nampaknya tidak dapatlah aku berpuasa bersama ahli keluarga aku yang lain. Aku akan berpuasa sekali lagi di UiTM Seri Iskandar, Perak. Dah hampir dua tahun aku tidak bersahur dan berbuka bersama-sama keluarga aku. Ini adalah salah satu pengorbanan demi mendapat sekeping diploma. Masa bulan puasa ialah masa yang sentiasa aku nanti-nantikan. Pada waktu inilah kita dapat duduk semeja bersama ahli-ahli keluarga yang lain. Aku akan pulang ke rumah pada petang hari puasa terakhir, sedihnya.

Baiklah, buat masa ini aku perlukan tumpukan perhatian pada pelajaran aku dahulu. aku berharap agar segalanya akan selesai dan berjalan dengan lancar. Aku harus memotivasikan diri aku ini. Segalanya aku lakukan untuk keluarga aku, terutamanya kedua-dua orang tuaku.

Mama dan Abah, doakanlah supaya anakmu ini memperoleh kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan.

No comments: