Friday, July 30, 2010

What Wrong With Me

Pada semester kali ini, aku tak tahu apa masalah dengan diri aku ni. Aku sentiasa teringatkan rumah. Semester-semester lepas tak ada pun macam ini. Mungkin kerana sepatutnya semester ini aku buat latihan industri di tempat asal aku iaitu Pulau Pinang tetapi oleh kerana gagal 1 paper, terpaksalah aku kembali ke sini membuat praktikal di dalam sambil ke kelas untuk kursus yang aku gagal.

Perasaan rindu aku pada kampung halaman aku terlalu membuak-buak. Seolah-olah setiap minggu ia memanggil aku pulang, tetapi apakan daya, keadaan kewangan juga harus diambil kira. Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri. Ibu dan ayah aku juga perlu menyara adik-adik aku yang masih bersekolah.

Aku sepatutnya bersyukur kerana masih mempunyai beberapa kawan yang berada di sini. Sekurang-kurangnya masih ada orang yang aku kenal dan jika aku mempunyai masalah dapatlah aku berbincang dengan diorang. Jika aku kesunyian, dapatlah aku berbual-bual dengan mereka.

Aku berdoa agar segala-segalanya berjalan dengan lancar untuk semester ini. Ini merupakan semester terakhir aku sebelum aku mendapatkan sekeping kertas yang amat bernilai harganya iaitu Diploma. Insyallah, jika tiada apa-apa aral melintang tahun hadapan aku akan menyambungkan pengajian aku ke peringkat seterusnya iaitu Ijazah Sarjana Muda.

Aku bercadang untuk mengambil Degree in Health Management, tetapi program ini hanya ditawarkan di Kampus UiTM Puncak Alam sahaja. Ramai yang kata bahawa kehidupan di Kampus UiTM Puncak Alam agak mencabar. Ini yang membuatkan aku lemah semangat untuk ke sana. Apa-apa pun aku masih mempunyai masa untuk memikirkannya.

No comments: