Saturday, July 10, 2010

Sakitnya Hati Ini

Aku terlebih dahulu ingin memohon maaf sekiranya coretan ini akan menyakitkan hati sesetengah pihak. Kenapa ada orang dengan sesenangnya melepaskan kemarahan terhadap orang lain sedangkan aku tak boleh buat begitu. Aku kadang-kadang fikir, aku terlampau menjaga perasaan orang lain sehinggakan aku yang sakit. Di luaran mungkin aku nampak tersenyum dan gembira, tetapi di dalam jiwa dan hati aku tiada siapa yang tahu. Pada aku, ada sesetengah orang tak nak langsung cuba memahami orang lain, tetapi dia nakkan orang lain memahami dia. Jika ada orang melakukan kesalahan dan meminta maaf, aku akan maafkan dia. Bagi aku, tiada seorang pun sempurna di dunia ini melainkan Allah S.W.T.. Aku tahu kadang-kadang seseorang itu berkelakuan sedemikian rupa tanpa sedar. Aku pun pernah melakukan kesalahan dan aku akan segera meminta maaf kepada orang tersebut. Tapi ada sesetengah orang apabila seseorang meminta maaf dengannya, dia akan menyakiti hati orang tersebut kembali. Apa perasaan anda jika diperlakukan sedemikian rupa? Kita dengan ikhlas meminta maaf, tetapi dia memperlakukan kita sedemikian rupa. Mungkin bagi dia kata-kata yang dilontarkan pada aku itu agak biasa, tetapi bagi aku, ia amat mengguris hati dan perasaan aku. Orang tua aku pun tidak pernah berkata sedemikian rupa pada aku.

No comments: