Friday, March 12, 2010

Selamat Hari Lahir Yang ke 21

Salam dan Selamat Sejahtera.

Baiklah, pada hari Jumaat minggu lepas (05/03/2010), aku telah membuat keputusan untuk pulang ke Pulau Pinang. Pada hari tesebut, selepas selasai ujian berkumpulan untuk kursus BEL 312, aku terus pulang ke rumah sewa berjalan kaki. ini kerana tiada Bas UiTM yang akan keluar pada jam 10.00 pagi. Aku sampai di rumah sewa tepat pada jam 10.30 pagi dan aku terus bersiap-siap untuk menaiki bas UiTM seterusnya pada jam 11.30 pagi. Aku perlu menaiki bas General untuk ke Medan Kid atau Medan Gopeng. Tepat jam 12.00 tgh, sebuah bas sampai. tetapi ia hanya pergi sehingga ke Medan Kid sahaja. Dari Medan Kid, aku menaiki teksi untuk ke Medan Gopeng dan bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 12.00 sahaja. Tiba di Medan Gopeng, aku terus ke kaunter Bas Ekspress Seri Maju untuk membeli tiket dan aku mendapat tiket jam 2.30 ptg. Aku selamat sampai di Penang pada jam 5.30 ptg. Di kawasan Seri Iskandar, sesiapa yang tinggal di pantai timur dan selatan agak beruntung kerana terdapat perkhidmatan bas ekspress yang pergi ke negeri-negeri di kawasan tersebut. Bagi sesiapa yng tinggal di kawasan utara, perlulah berpenat sedikit sebelum sampai di rumah, seperti aku.

Tujuan aku balik ke rumah pada kali ini ialah untuk menyambut hari lahir aku pada hari Ahad, 07 Mac 2010 dan ia merupakan hari lahir aku yang ke 21. Sudah tua rupanya aku ni...hihihi...

Pada hari Sabtu (06/03/2010), tidak banyak aktiviti yang aku buat melainkan menemani mama aku membeli barang keperluan rumah. Pada hari ini juga, mama aku masak sesuatu yang istimewa dan merupakan makanan kegemaran aku iaitu Nasi Tomato.

Pada hari jadi aku, mama telah membeli kek coklat untuk aku. Sedap sangat kek itu. Dan pada jam 2.15 petang, aku menaiki bas untuk pulang ke Kampus. Kali ini tiada apa yang istimewa kerana aku faham dan mengerti mereka telah mengeluarkan wang untuk perbelanjaan aku setiap bulan. Hadiah tidak penting bagi aku, tetapi cukuplah sekadar dapat meraikannya bersama-sama dengan orang tersayang, itu sudah memadai bagiku. Kenangan yang terpahat, tidak mungkina akan pernah padam.

No comments: