Monday, March 1, 2010

Perjalanan Ke Pulau Pangkor

Sabtu, 30 Januari 2010 – Salam dan salam sejahtera.
Kali ini aku ingin menceritakan pengalaman aku di Pulau Pangkor. Ini adalah kali pertama aku menjejakan kaki ke Pulau Pangkor. Untuk kali ini, Ika yang bayar sewa kereta. Kami menyewa kereta kancil untuk setengah hari dan kadar bayarannya ialah RM60.00 sahaja. Perjalanan kami bermula pada jam 11.00 pagi. Perkara pertama yang dilakukan ialah singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak, mengeluarkan wang dan membeli makanan untuk mengisi perut kami yang kosong. Kami sampai di Lumtu tepat jam 12.05 minit tengah hari. Selepas selesai meletak kenderaan, kami pergi ke jeti untuk membeli tiket feri. Kami berlepas dari jeti Lumut jam 12.30 tengah hari. Perjalanan dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor mengambil masa 45 minit. Sepanjang perjalanan kami berdiri di bahagian belakang feri. Tiket ke Pulau Pangkor berrharga RM10.00 seorang untuk orang dewasa. Apabila sampai di Pulau Pangkor, pada mulanya kami hanya berjalan-jalan di sekitar kawasan jeti. Oleh kerana Pulau Pangkor bolehlah juga dikatakan besar, kami mengambil keputusan untuk menyewa sebuah lagi kenderaan iaitu kereta waja dengan harga RM 80.00 dan kami pun memulakan perjalanan megelilingi Pulau Pangkor. Kami tidak dapat menyewa moto kerana tiada seorang pun antara kami mempunyai lessen motor. Pemanduan di Pulau Pangkor agak mencabar kerana jalannya yang sempit dan berbukit seperti jalan di Cameron Highland. Mula-mula sekali kami mencari tempat untuk makan tengah hari kerana perut masing-masing sudah lapar. Kami singgah di satu kedai dan kami agak kurang bernasib baik kerana lauk di situ sudah tinggal sedikit sahaja. Aku mengambil dua batang sausage dan 1 cucuk bebola isi ketam. Seterusnya, kami bertiga menyewa bot dengan kadar RM10.00 seorang. Sangat seronok. Kami dibawa ke pulau-pulau kecil di sekitar Pulau Pangkor. Kami diberi peluang untuk memberi makan ikan di salah satu pulau. Sangat seronok apabila melihat banyak ikan datang menghampiri bot. Jika anda mahu snorkeling, anda perlu membayar tambahan sebanyak RM 5.00 untuk goggle. Apabila tiba di Coral Island, kami diberi masa sejam untuk mandi di situ, tetapi aku tidak dapat mandi kerana aku baru sahaja rebonding rambut semalam. Sedihnya. Kami memulangkan kereta yang disewa sebelum pulang ke Lumut. Semasa di Lumut, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli makanan laut seperti satay ikan. Kami sampai di rumah jam 11 mlm dan memulangkan kereta sewa kepada tuannya kembali.

No comments: