Tuesday, August 24, 2010

Membilang Hari

Seronok dan tak sabarnya aku menunggu tanggal 26 Ogos 2010 (Khamis). Bukannya apa, dah masuk minggu ketiga berpuasa dan kali ini barulah aku berpeluang bersahur, berpuasa dan berbuka puasa bersama-sama dengan ahli keluarga aku yang lain. Oh ya, Ahad lepas (22/08/2010) ayah aku ada datang ke Seri Iskandar ke Seri Iskandar untuk menghantar kurma dan berbuka puasa dengan aku. Gembira sangat rasanya. Sekarang ni, aku tengah membilang hari untuk pulang ke Pulau Pinang. Hurray…Akhirnya dapat juga melepaskan rindu kepada semua ahli keluargaku. Aku tak kisah kalau orang nak kata aku ni anak manja, anak mak atau anak bapak. Kerana memang betul pun. For me, my family is my priority, and I know that I’m a family type person. Whatever I do, family come first.

Mungkin aku terikut-ikut dengan sikap kedua-dua orang tua aku. Mereka mengutamakan keluarga walau apa pun yang berlaku. Ayah dan Mama aku sentiasa mengutamakan kami adik-beradik dalam apa jua. Apa jua keinginan kami, akan cuba dipenuhi jika mampu dan dirasakan sesuai untuk kami. Pengorbanan mereka terlalu besar dan tidak ternilai harganya. Aku tak akan mampu untuk membayar harga pengorbanan mereka walaupun aku bekerja selama seribu tahun. Apa yang mampu aku lakukan sebagai anak ialah mendoakan kesejahteraan mereka. Semoga berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa bahagia di dalam setiap perkara mereka lakukan.

No comments: