Wednesday, March 23, 2011

23 March 2011

Salam. Hari ini result SPM keluar. Pasti semua berdebar-debar kan. Kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang saya ingin ucapkan tahniah kepada mereka. Semoga anda dapat meneruskan cita-cita anda untuk -memasuki universiti dan menjadi kebanggaan kedua-dua orang tua anda. Selamat bergelar mahasiswa/i dan ingat begelar mahasiswa/i banyak cabarannya. 

Bergelar mahasiswa/i merupakan satu pengalaman yang indah dan ia pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Pada waktu inilah anda akan belajar untuk berdikari, membuat keputusan sendiri, dan mengenal dunia. Anda perlu bijak untuk memilih kawan. Pastikan kawan yang anda pilih akan membantu anda untuk mendapat kejayaan, bukan sebaliknya. 

the end...

nfmr

No comments: