Tuesday, March 15, 2011

Hybrid Hamster

Salam. Saya mempunyai tiga (3) ekor Hybrid Hamster. Dua (2) ekor berwarna kuning keemasan dan seekor lagi berwarna putih.

Hamster Hybrid ialah hamster kacukan daripada dua species hamster yang berbeza iaitu hamster Winter White dan Hamster Campbell.

Amatlah tidak digalakkan untuk anda mengahwinkan hamster dari dua spesies yang berbeza ini. Banyak masalah yang akan didapati pada hamster hybrid ini antaranya ialah masalah dari segi kesihatan. Hamster jenis ini amat mudah terkena penyakit dan mempuyai masalah genetik.

Hamster ini amatlah cantik dan mempuyai pelbagai pilihan warna. Antara yang biasa ada dijual kedai haiwan peliharaan ialah warna kuning keemasan atau dipanggil hamster golden.

nfmr

No comments: