Tuesday, April 12, 2011

Penat...

Hari ini waktu pagi aku hantarkan mama aku ke Klinik Kesihatan Bayan Baru. Dalam pukul 7.30 pg aku dah hantar dia ke klinik. Aku balik ke rumah untuk bersiap nak ke KWSP, nak mendaftar sebagai ahli sebab aku dah nak start kerja 14 April ni. Dalam jam 9.00 pg mama aku call dan beritahu yang urusannya di klinik sudah selesai.

Setelah aku mengambil mama aku di klinik kami terus ke Cawangan KWSP yang terdekat iaitu di area Queensbay, Penang. Senang je nak dapat parking, sebab kereta tak banyak. Urusan di KWSP sangat memuaskan, aku di sana tak sampai pun 20 minit, mungkin sebab aku pergi waktu pagi agaknya. Setelah selesai, mama aku nak pergi pasar membeli barang mentah untuk makanan tengah hari.

Setelah selesai membeli barang mentah, kami pulang ke rumah sebentar. Kami keluar semula untuk pergi sarapan di Medan Suri (kalau tak silap). Aku makan macaroni sup dan mama aku pula makan koew teow sup.

Setelah selesai bersarapan, aku ingat nak potong rambut. Aku pun memandulah di sekitar kawasan rumah aku yang ada kedai gunting rambut. Geramnya, semua tutup lagi. Jam dan pukul 11.20 pg, tapi tak buka-buka lagi. Ada satu kedai, aku dengan mama aku try la masuk walaupun dia buka 12 tgh. Oleh kerana belum pukul 12 tgh, dia tak mahu melayan kami. Aku pun kata pada mama aku, "Dia tak nak duit agaknya, tolak rezeki". Aku dan mama aku pun beransur dari tempat tersebut.

Dalam pukul 12.15 tgh, mama aku ajak aku ke sekolah adik aku yang nombor 2. Aku time tu tengah syok melayan Facebook, tapi demi mama aku aku tutuplah komputer dan ambil kunci kereta dan handbag. Tiba-tiba kat depan rumah aku ternampak ada sebuah kereta yang parking sesuka hati dia betul-betul depan pintu pagar rumah aku. Kami tak boleh la nak keluar. Angin juga aku dan mama aku. Tergendala urusan kami. Owner kereta itu ialah perempuan, umur dalam 40-an.

The end...

nfmr

No comments: