Wednesday, April 13, 2011

Benci Dengan Rambut.

Salam.

Aku benci dengan rambut aku. Itulah kenyataan. Ia membuatkan aku rimas sangat setiap kali memandang cermin. Rambut aku jenis tebal dan amat susah nak diuruskan. Aku pernah buat rebonding, hasilnya amat memuaskan hati tetapi hanya pada permulaanya sahaja. Apabila semakin panjang, aku melihat rambut aku di cermin seperti singa. Sekarang aku telah memotong rambutku sehingga ke paras bahu. Ini adalah supaya aku kelihatan kemas pada hari pertama aku bekerja. Selepas mendapat gaji pertama, perkara paling penting yang aku nak lakukan ialah pergi ke salon dan rebondingkan rambut aku sekali lagi. Bukannya apa, supaya pada waktu pagi, tidaklah aku membazirkan masa untuk membetulkan rambut aku yang semak dan tidak terurus ini.

Tetapi sebagai orang Islam, aku sedar aku sepatutnya bersyukur dengan segala yang ada. Namun, sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita tidak dapat melarikan diri dari merasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.

The end...

nfmr

No comments: