Saturday, July 18, 2009

Menderma Darah

Pada 16 Julai 2009 (Khamis), di UiTM Seri Iskandar terdapat kempen menderma darah. Saya merupakan salah seorang yang turut mendermakan darah saya. Oleh kerana ini adalah merupakan kali pertama saya menderma darah, saya berasa amat takut sangat. Akhirnya saya dapat juga menderma darah. Terdapat beberapa proses sebelum saya menderma darah.

Pertama, saya ditemuduga oleh pembantu perubatan, ini adalah supaya saya cukup sihat untuk menderma darah. Ini adalah amat penting agar proses menderma darah tidak mendatangkan sebarang kesan buruk di kemudian hari kepada badan dan kesihatan saya.

Proses yang kedua ialah doktor atau pembantu perubatan melakukan satu ujian untuk menentukan darah saya ialah dari kumpulan apa. Darah saya ialah dari kumpulan A. Akhirnya saya dapat tahu jugaa darah saya dari kumpulan yang mana satu.

Proses yang ketiga ialah saya perlu mengisi satu kad. Kemudian saya diberi satu pek yang mengandungi Biskut Tiger, Air Milo, Buah Epal dan Ubat. Ini diberikan supaya jika saya belum makan, saya bolehlah makan dan minum sebelum saya menderma darah.

Akhirnya, tibalah masa untuk menderma darah. Sebelum dimasukkan jarum, jururawat mencari urat di lengan saya dahulu. Kemudian saya disuntikkan dengan ubat kebas dahulu agar tidak rasa sakit sangat apabila jarum yang digunakan untuk menderma darah dicucukkan ke lengan saya. Sebenarnya tidaklah sakit sangat.

Apabila sudah selesai menderma darah, saya tidak dibenarkan bangun. Jururawat menyuruh saya berehat sebentar. Selepas lebih kurang 15 minit atau 20 minit, barulah saya dibenarkan bangun.

Selepas menderma darah, tangan saya berasa sedikit sakit dan lenguh lebih kurang 2 hari. Tapi semuanya masih dalam kawalan. Saya masih bolel melakukan aktiviti harian dan pergi ke kelas seperti biasa.

No comments: