Saturday, June 18, 2011

Pencinta Haiwan

Salam. Maaf sebab lama saya tak update blog. Baiklah sebenarnya saya dan adik perempuan saya  ialah pecinta haiwan. Dalam bilik kami ada hamster, fancy rat, burung dan ikan. Dalam perancangan, haiwan yang kami nak bela seterusnya ialah guinea pig atau arnab. Burung ialah haiwam terbaru yang kami bela. Parakeet atau Budgie adalah jenis burung yang kami bela.

Apa yang seronoknya bela  haiwan? Saya pun tak dapat nak jelaskan. Hanya sesiapa yang bela haiwan saja tahu bagaimana perasaan bila menjaga mereka dari kecil hingga besar. Seronok sangat. Kita juga dapat melihat bagaimana haiwan yang kita bela melakukan aktiviti harian seperti makan, minum, melihat mereka berlari atas wheel, membersihkan diri dan lain-lain. Kadang-kadang kelakuan mereka membuatkan mereka kelihatan comel dan melucukan.

The end...

nfmr

No comments: