Wednesday, June 29, 2011

Akhirnya...

Salam.

Akhirnya saya dapat juga membela guinea pig. Saya tak tahu kenapa saya nak sangat guinea pig. Pada hari Sabtu yang lepas (25/06/2011), saya pergi ke CTY Aquarium yang terletak di Burma Road, Penang. Untuk permulaan memang agal perit kerana banyak juga wang yang perlu dikeluarkan untuk membeli guinea pig dan barang-barang keperluanya.

Jika anda ingin membela guinea pig, saya anggarkan anda perlu menyediakan RM300 sebagai permulaan. Ini adalah kerana anda perlu membeli segala kelengkapan yang diperlukan oleh guinea pig. Antara barang yang perlu anda sediakan ialah cage, small animal bedding, timothy hay, wood chew, guinea pig food, water bottle, 2 food bowl, and guinea pig treat.

Anggaran perbelanjaan bulanan pula ialah dalam RM100 ke RM150. Antara benda yang anda perlu beli setiap bulan ialah small animal bedding, guinea pig food, and timothy hay. Yup, membela guinea pig memerlukan banyak perbelanjaan, tapi anda pasti tidak kisah jika anda sayangkan sayangkan guinea pig anda.

The end...

nfmr

2 comments:

Anonymous said...

guinea pig jenis ape
sy ade jenis abby

Nur Farahidayah said...

Jenis American Short Hair. Bestnye, saya memang suka jenis abby, tapi harganya mahal. Lagipun jenis american short hair ni sesuai dengan saya sebagai beginner.