Thursday, January 6, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam. Minta maaf kerana lambat update blog. Sebelum terlupa, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Sebenarnya perasaan saya pada masa ini tidak berapa tenteram. Sebabnya saya tengah menunggu keputusan supplementary examination dan keputusan permohonan menyambung pengajian peringkat degree. Bilalah agaknya keputusannya nak keluar. Setiap malam tak lena tidur dibuatnya apabila memikirkan kedua-dua perkara tersebut.

Semasa bulan November tahun lepas, aku sempatlah bekerja selama 1 bulan. Selepas je result aku keluar pada 09 Disember 2010, aku terus berhenti. Bukannya apa, aku jadi tak boleh nak fokus pada kerja apabila mendapati salah satu subjek aku gagal. Insya Allah, kalau aku lulus peperiksaan khas aku akan konvo pada bulan Jun nanti. Doakan semoga aku lulus yew...

Sekarang ni, aku tengah mengikuti sinetron Indonesia di Astro Ria yang bertajuk Bukan Diriku. Jalan ceritanya agak menarik bagiku. Tahun ini adik perempuan aku akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Oh ya...aku lupa pada 30 Disember 2010 merupakan Birthday ayah aku. Happy Birthday Abah. Mama aku beli kek dan aku pula belanja pizza dengan duit gaji yang aku dapat. Seronok rasanya apabila melihat adik-adik aku berselera makan.

The end...

nfmr

No comments: