Friday, January 14, 2011

Perasaan

Salam. Memang benar kata setiap kegembiraan pasti ada duka dan sebaliknya. Mungkin aku tamak tapi aku harus bersyukur dengan apa yang aku dapat. Mesti semua tertanya-tanya apalah yang aku bebelkan ni. Semalam (13/01/2011) result supplementary examination aku dah keluar dah syukur aku telah lulus paper akaun. Gembiranya perasaan aku tak dapat digambarkan. Setelah berpenat selama 3 tahun akhirnya tamat sudah pengajian peringkat diploma aku.

Yang sedihnya ialah aku tak dapat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda semester ini. Aku kena mohon melalui UPU untuk kemasukan semester seterusnya yang dijangkakan pada bulan Julai/September. Aku berharap kali ini aku menerima tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana IPTA. Kalau nak ke IPTS, orang tua aku tidak mampu untuk menanggungnya.

Nampaknya terpaksalah aku mencari kerja sementara. Aku dah dewasa dan tidak boleh mengharapkan ibu dan ayah aku untuk menanggung aku lagi.

the end

nfmr

No comments: