Saturday, January 15, 2011

Hamster Day

Salam. Setiap hari Rabu dan Ahad adalah hari untuk aku membersihkan kandang-kandang hamster aku. Aku mempunyai 4 ekor hamster dari spesies Syrian dan juga 4 ekor hamster dari spesies Roborovski. Syrian Hamster perlu diletakan berasingan. Mereka tidak boleh diletakkan di dalam kandang yang sama walaupun berlainan jantina. Ini kerana meraka akan bergaduh sampailah salam seekor mati. Oleh itu, seekor hamster, satu kandang.

Berlainan pula bagi Hamster Roborovski. Mereka boleh diletakkan sekali dengan syarat tidak melebihi empat ekor dalam satu kandang. Lebih luas dan besar kandang yang anda sediakan lebih bagus. Janganlah terlalu kecil pula kandangnya sebab hamster jenis ini amat lincah sekali. Ia juga merupakan hamster yang paling comel dan kecil.

Mecuci kelima-lima kandang hamster amatlah memenatkan tapi seronok setelah melihat kandang mereka bersih. Aku mengambil masa selama 2 jam 30 minit untuk membersihkan kandang mereka. Secara purata, 30 minit bagi setiap kandang.

the end...nfmr

No comments: