26/11/2015 (Hari Kedua)
Tepat jam 6.30 pagi, aku check out dari hotel Sama-Sama
Express. Keluar dari Sama-Sama Express, aku terus pergi ke skrin besar yang
menunjukkan gate pelepasan dan gate pelepasan untuk AirAsia X ke Incheon ialah
gate P4. Macam biasa, aku perlu melalui pemeriksaan kastam dan dalam bag tak
ada pun liquid sebab aku dan letak check luggage. Imigresen tak perlu sebab aku
tak keluar dari transit hall, sebab selepas je aku sampai dari Penang, aku
terus cari transit hall dan sebelum masuk kena melalui imigresen. Macam biasa,
bila dah sampai di pintu pelepasan terlihatlah bertapa ramainya orang yang
hendak pergi melancong ke Korea. Ada macam-macam ragam manusia yang boleh
dilihat di situ. Tepat jam 8.10 pagi, kapal terbang yang aku naik naiki
meluncur ke udara dan bermulanya perjalanan aku ke Korea. Dari Kuala Lumpur ke
Incheon Airport perjalanannya memakan masa lebih kurang 6 jam. Apa yang aku
boleh katakan perjalanan selama 6 jam di atas kapal terbang amat membosankan. Apa
yang aku boleh buat ialah tidur dan bangun apabila mereka mula menghidangkan makanan.
Tepat jam 3.20 petang waktu Korea, kapal terbang yang aku
naiki dengan selamatnya mendarat di Incheon International Airport. Sebelum mendarat
kapten telah beritahu bahawa suhu di luar adalah sekitar -1 darjah celcius dan
aku dapat melihat di tepi tingkat terjadinya kepingan ais dan di luar salji
sedang turun. Wah! Bestnya salji turun dan ianya pengalaman yang tak mungkin
aku lupakan seumur hidup. Apa yang aku tahu, itu adalah salji pertama yang
turun dan menandakan bakal datangnya musim sejuk. Suasana di Incheon International sangat
teratur dan mudah. Alhamdullilah, aku dengan mudah dapat melepasi pemeriksaan
imigresen dan kastam diorang. So, seterusnya aku perlu keluar ikut pintu C dan
tour guide akan tunggu di sana.
Lebih kurang jam 4.20 petang selesai urusan ambil
luggage, kastam dan imigresen. So, aku dapat berjumpa dengan tour guide dan of
course dia orang Melayu di balai ketibaan. Sementara menunggu yang lain, aku connect
iPhone aku dengan wifi airport dan first person yang aku call sudah tentu my
mother. Bukannya apa, aku tahu dia tengah risaukan kan aku. Maklum la, first
time ke luar Negara. Then I call my father, but he doesn’t answer my call. And
lastly my best friend, Diyana. Aku cakap lama juga dengan Diyana. Semasa
sembang dengan Diyana, aku perasan ada seorang mamat Korea mi tengok aku dan
bising-bising dalam bahasa Korea. Hahaha, barulah aku tau, rupanya suara aku
agak kuat, sorry. Aku call mereka semua guna whatapps call, free je. Kalau guna
iPhone, turn on flight mood, then turn on wifi. So, dia akan connect pada wifi
sahaja. Kalau tak nanti melambung tinggi la bill telefon nak kena bayar. Kat Korea
tak payah risau, wifi ada di mana-mana sahaja. Dan yang paling best, internet
speed dia sangat laju.
Seterusnya kami menaiki subway diorang iaitu AREX dan ianya kalau di Malaysia
macam ERL. Perjalanan dari Incheon Airport ke Hongsik University (Hongdae area)
mengambil masa selama 1 jam. Keluar sahaja daripada subway, kedingin suhu Korea
terus terasa dan selamat aku dah pakai baju sejuk siap-siap semasa di airport.
Muka, tangan dan kaki memang terasa sejuk. Rombongan kami pula perlu berjalan
selama 5 ke 10 minit sebelum sampai ke guess house kami iaitu Boa Travel House.
Kalau sesiapa yang ingin ke Korea, aku cadangkan korang tinggal di guess house
ini. Makanan halal pun diorang boleh sediakan, malah pinggan mangkuk dan alatan
untuk memasak bagi orang muslim pun turut diasingkan.
Dalam jam 7.30 malam dalam kedingin suhu yang boleh
dikatakan bawah -2 darjah celcius, kami keluar untuk makan malam di salah
sebuah restoren dan sudah tentulah ianya makanan Korea. Tak tahu ia panggil
apa, tapi apa yang boleh aku simpulkan ianya nasi goreng seafood ala-ala Korea.
Setelah selesai makan malam, kami enjoy night view di Korea sambil berjalan
pulang ke guess house. Memandangkan aku duduk di area Hongdae dan area ini
terkenal dengan pelajar universiti bidang lakonan, nyanyian dan tarian. Maka,
sepanjang perjalanan pulang terlihat ada para pelajar yang menyanyi dan menari.
Setelah sampai di guess house, masing-masing kepenatan dan esok aktiviti
bermula jam 8.30 pagi.
To be continue…