Hari Pertama
(25/11/2015)
Hari ini
aku akan bertolak ke Seoul, Korea. Seperti biasa aku bangun pagi dan bersiap
untuk pergi kerja. Maklumlah flight kan malam. So, nak ambil cuti saying sebabnya
aku kena cover untuk kawan office yang seorang lagi. Sebab dia pun kebetulan
ambil cuti tarikh yang sama. Tapi dia ke Pulau Langkawi. Since hari ini aku akan ke Korea, so my mood
was so great. Tepat jam 12.00 tengah hari, aku hantar mesej je salah seorang
boss mengatakan bahawa aku perlu balik awal hari ini sebab ada barang yang aku
beli lagi. Luckly, my boss say ok. So aku balik awal pukul tiga terus pergi ke
Queensbay Mall untuk beli thermal wear/long john. Selepas puas survey long john
di dalam shopping complex tu, aku pun beli la long john dari Universal
Traveler. Nasib baik masa tu tengah offer, so dari harga RM168.00 sepasang
tinggal RM129.00 sepasang.
Dalam
pukul 4.30 petang sampai kat rumah, check untuk kali yang terakhir apa lagi yang
perlu dibawa. Untuk kali ini aku just bawa bag kecil je sebab takut juga nak
bawa besar. Tak tahu macam mana keadaan guess house di Korea tu. Kalau nak kena
mendaki bukit, tak ke penat nanti nak angkat bag tu kalau besar sangat.
Tepat jam
pukul 8.00 malam. Abah dah panggil turun untuk pergi ke airport. Takut terlepas
flight katanya. So, dalam pukul 8.30 aku, mama dan abah dah ada di Penang
International Airport. Untuk check luggage pukul 9.20 p.m. baru dia buka. Nak dijadikan
cerita boleh pula aku terlupa nak pakai jam tangan dan bawa cermin mata hitam. Nasib
baiklah adik aku, Angah ada, dialah yang tolong hantarkan dia barang ni ke
airport.
Flight aku
dari Penang ke KLIA 2 pukul 11.20 dan dari KLIA 2 ke Incheon International
Airport ialah pada jam 8.00 pagi keesokan pagi. Lebih dari 6 jam transit di
KLIA 2. Nak dijadikan cerita flight dari Penang ke KLIA 2 delay sehingga jam
1.10 pagi. Dah la badan letih dengan mengantuk lagi. Tepat jam 1.10 pagi aku
pun berlepas dari Penang International Airport dan selamat mendarat di KLIA2
tepat jam 2.10 pagi. Disebab malas nak keluar dari tansit hall, aku pun terus
stay di dalam transit hall dengan mencari Sama-Sama Express dan check in dalam
hotel tersebut. Aku sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. So, kita
relax, chill dan enjoy dulu. Walaupun Cuma dapat tidur dalam satu setengah jam
sahaja, sebab takut terlepas next flight but it was the good nap that I had
ever have…
No comments:
Post a Comment