Wah! dah lama saya dah update blog. Maaflah ye, ini adalah disebabkan kesuntukan masa dan juga banyak perkara yang terjadi sejak kebelakangan ini. Baiklah, seperti yang dijanjikan saya akan review berkenaan laneige BB Cushion Pore Control.
Saya sangat menyukai produk ini. Dan ini adalah belian yang terbaik dan amat memuaskan hati saya. Untuk pengetahuan pembaca semua, saya telah menggunakan dua jenis BB Cushion keluaran Laneige. Satu adalah BB Cushion yang biasa dan sekarang saya menggunakan Laneige BB Cushion Pore Control.
Apa yang saya boleh katakan di sini ialah kedua-duanya sesuai dengan kulit saya. Tiada masalah semasa memakai kedua-dua jenis BB Cushion, pada pendapat saya Laneige BB Cushion yang biasa lebih sesuai dengan kulit kering dan kulit normal. Laneige BB Cushion Pore Contol lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal, berminyak dan kombinasi.
Kedua-dua produk Laneige BB Cushion ini saya beli dari Astro GoShop. Pada saya harga yang dijual oleh Astro GoShop amat berbaloi dengan wang yang anda keluarkan. Tambahan pula ada sesetengah barang turut disertakan dengan barang percuma. Banyak barang yang telah saya daripada GoShop dan kesemua barang yang dibeli amat berkualiti dan apa yang diiklankan itulah yang akan anda dapat. So, once again, thank you GoShop...
No comments:
Post a Comment