Salam dan selamat sejahtera
Sedar tak sedar sudah sebulan aku bergelar pelajar Sarjana
Muda. Program yang aku ambil sekarang amatlah berbeza dengan program yang aku
ambil semasa diploma. Kini, ia makin tahap cabarannya semakin tinggi hinggakan
kadang-kadang aku rasa hendah berputus
asa. Tapi, apabila terkenangkan harapan mama dan abah, aku terpaksa akur. Apabila
memandang wajah mereka, teresa seolah-olah mereka ada satu harapan di wajah
mereka. Tambahan pula aku ialah anak sulong, dan semestinya menjadi harapan keluarga.
Dulu, aku sendiri yang ingin meyambung pengajian, tetapi bila sudah tercapai
cita-citaku, aku pula yang mengeluh. Aku berdoakan agar diriku tabah untuk
menghadapi segala dugaan dan cabaran sepanjang aku belajar.
The end...
nfmr
No comments:
Post a Comment