Kadang- kadang aku pening dengan sikap dan ragam manusia. Aku tidak pernah benci pada orang, tetapi ada sahaja orang yang benci dan suka pada aku. Aku tidak pernah menyakitkan hati orang, tetapi orang lain sentiasa menyakitkan hati aku. Memanglah sesetengah orang kata jangan ambil peduli dengan orang lain, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tetapi kadang-kadang jauh di sudut hati, kita akan terasa juga dengan sikap, perbuatan dan kata-kata sesetengah orang.
Nak kata aku seorang sensitif, aku rasa tidak. Aku boleh meneriman teguran dan kritikan dari orang lain dengan baik. Aku sedar, untuk menjadi seorang insan yang baik, kita perlu menerima teguran dari orang lain, barulah kita boleh memperbaiki diri kita. Aku rasa kawan-kawan, sahabat dan sesiapa sahaja yang rapat dengan aku pasti tahu sikap sebenar aku. Tetapi bagi aku, kalau kita nak menegur seseorang itu, biarlah kena pada tempat dan masanya. Gaya percakapan pun perlulah berhati-hati agar pihak yang ditegur tidak terasa.
Setiap pertuturan yang aku hendak tuturkan, pasti aku akan berfikir dahulu. Adakah apa yang aku nak cakapkan ini betul atau salah. Adakah dia akan faham apa yang aku nak cakapkan. Kadang-kadang aku rasa ini merupakan kelemahan aku. Tetapi ada seseorang pernah berkata pada aku bahawa ia bukan satu kelemahan, tetapi kekuatan. Jika orang itu menyakitkan hati hati, aku tidak membalas kata-katanya, maka dia yang berdosa. Aku rasa ada benar juga kata-katanya itu.
Ingatlah, setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan, kekuatan dan kelemahan masing-masing...
No comments:
Post a Comment