Sunday, March 23, 2014

Membuat Passport Antarabangsa Malaysia Untuk Pertama Kali

Hi,

Pada hari 12 Mac 2014 (Rabu), saya pergi ke Pejabat Imigresen Malaysia, cawangan Georgetown, Pulau Pinang. Tujuannya ialah untuk buat passport dan untuk pengetahuan semua ini adalah pertama kali saya hendak membuat passport. Perasaan takut dan gementar sentiasa ada di dalam diri saya, padahal nak buat passport je.

Ok, beberapa hari sebelum pergi ke pejabat imigresen, saya dah search kat Internet apa yang perlu disediakan antaranya gambar, salinan ic dll. Malam sebelum tu punya la saya cari kedai dan tangkap gambar, tapi saya tak berpuas hati dengan gambar tersebut. Pada pagi tu, saya terus ke bahagian belakang pejabat imigresen nak tangkap gambar lain, saya jadi pelik, kenapa tak buka? Adalah kakak- kakak kat situ tanya kat saya nak tangkap gambar ke dik? Saya pun jawap ye, kakak tu cakap, tak pe pi tangkap gambar kat dalam. Saya pun pergi la ke dalam, bila pergi ke kaunter customer service, saya bagi la IC dan terbawa keluar gambar yang saya tangkap semalam. Encik tu cakap, Adik gambar tak payah sediakan diorang akan tangkap dan masukkan dalam komputer. Maknanya anda tak payah sediakan apa-apa pun. Pergi bawa diri, Kad Pengenalan dan yang paling penting duit untuk bayaran passport. Kalau nak perbaharui passport, jangan lupa bawa passport lama. Ini untuk Pejabat Imigresen cawangan Georgetown je la, cawangan lain saya tak pasti.

Saya dapat nombor 1076, saya dapat nombor pada pukul 8.20 dan dalam pukul 10.05 minit pagi baru la nombor saya dipanggil. Pergi ke kaunter tu, dia akan interview kita sikit, tanya ketinggian, status perkahwinan, alamat dll. Ini baru kaunter pertama k. Then kita kena tunggu nombor kita dipanggil lagi sekali untuk membuat bayaran. Kalau nak buat passport untuk 2 tahun RM100, dan kalau untuk 5 tahun RM300 bayaran ikut berapa tahun yang kita nak ambil. Saya ambil untuk 5 tahun sebab kalau buat untuk 2 tahun rasa cepat sangat.

Lepas dah buat bayaran, kat resit tu dia akan tulis pukul berapa anda perlu ambil nombor giliran untuk ambil passport anda. Passport anda akan siap dalam satu jam sekiranya orang tak terlalu ramai, dan sekiranya anda kurang bernasib baik dan kebetulan hari anda pi tu, ramai orang, rasanya anda mungkin kena tunggu 2 jam. Selepas satu jam, sila pergi kembali ke kaunter customer service untuk ambil nombor giliran yang baru. Kalau tak pasti tanya je pegawai-pegawai Imigresen di situ, mereka pasti akan membantu anda. Layanan yang diberi amat memuaskan hati saya. Selepas satu jam passport saya sudah pun siap. Yippee, sekarang kalau nak terbang ke mana-mana dah boleh dah. Untuk pengambilan passport ada satu kaunter je, kaunter no. 8 dan anda tak perlu tunggu lama pun untuk turn anda, saya hari tu, tunggu dalam 10 minit je.



Kerja di Kuala Lumpur

Hi, apa khabar semua.

Ok, nampaknya dah lama sangat saya tak update blog saya. Ok, hujung bulan Disember tahun 2013, saya kerap ke Kuala Lumpur. Dapat interview kerja kat sana. Saya akui menetap di Kuala Lumpur merupakan salah satu impian saya. Saya memang dapat kerja tersebut dah hanya sempat kerja di sana untuk satu hari je. Bukannya apa, kehidupan bandar di Kuala Lumpur saya rasakan terlalu sibuk dan tidak sesuai pula dengan jiwa saya. Mungkin juga saya takut untuk hidup seorang diri di bandar metropolitan tersebut. Di Pulau Pinang, walaupun sibuk, tetapi tidaklah sesibuk seperti di Kuala Lumpur. Namun, kenangan di bandar tersebut tidak akan saya lupakan. Saya juga sempat berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Antara tempat yang sempat saya pergi adalah Jalan TAR, Pasaraya Sogo dan Dataran Merdeka. Terima kasih Abah, sebab bawa Fara berjalan-jalan ke sana. Saya sempat juga merasa menaiki LRT dan KTM Komuter. Walaupun baru di sana dalam tiga hari, tetapi kaki dah terasa sakit sangat sebab banyak sangat berjalan. Namun semua ini merupakan kenangan terindah saya. Walaupun tak dapat jadi orang Kuala Lumpur, dapat merasa tinggal di sana sebentar pun dah mencukupi bagi saya. 

Friday, October 25, 2013

My Job

Hi,

It's has been a long time I didn't update my blog. Well, where should I start? I currently working at the Georgetown. It's has been six month i working at this company. Still need to learn a lot about my job everyday but I can My cat name Oyen, is missing and and I miss my cat so much. 

Tuesday, May 28, 2013

iPhone 5

Hello.

Ok, it's has been a month since I bought the iPhone 5. I was happy with it. It's feel like just yesterday I bought it. The application is running smoothly, the WiFi is fast but it's depend on your location and your phone carrier. Till today, I happy and satisfied with my iPhone 5

Bye....

nfmr


Saturday, November 3, 2012

Diriku...

Salam dan selamat sejahtera, rasanya dah lama tak update blog. Bila check last update pada bulan July. Cuaca di Penang amat tak menentu. Kadang-kadang hujan dan kadang-kadang cuaca cerah. Sekarang ni aku duduk di rumah dan fokus pada adik-adik dan haiwan peliharaanku. Aku ada dua ekor kucing dan enam ekor hamster. Kalau aku bosan, aku akan main dengan mereka. Rasanya dah tak ada apa-apa yang menarik yang nak aku ceritakan. 
                                                                                                                                                                          Sekian

nfmr

Monday, July 16, 2012

Bermulanya Cuti Semester

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Secara rasminya, semalam (15 Julai 2012) telah tamat pengajian saya untuk semester satu. Masih jauh lagi perjalanan saya untuk mendapatkan ijazah sarjana muda. Sekejap saja rasanya masa berlalu, sudah habis 4 bulan tempoh pengajian saya. Rasanya macam baru saja semalam saya mendaftarkan diri di universiti. Untuk semester ini, boleh dikatakan ia merupakan semester yang penuh mencabar bagi saya. Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa saya harungi. 

Saya pernah hampir putus asa, tetapi abah dan mama menguatkan semangat saya kembali untuk belajar. Setiap kali memandang wajah mereka, terasa seolah-olah wajah mereka amat mengharapkan kejayaan saya dalam pengajian ini. Abah terutamanya, sentiasa memberikan kata-kata perangsang kepada saya dikala saya telah hampir berputus ada. Kata-katanya seolah-olah membuatkan saya kembali berfikir dan merenung kembali.

Semester ini juga, saya mengenali rakan-rakan yang baru. Tetapi kebanyakan daripada mereka muda daripada saya. Hebatnya mereka, baru berusia 20 tahun, dah sambung ijazah, sedangkan saya dulu, masih berada di tahun kedua pengajian diploma. Kadang-kadang rasa segan pun ada. Tetapi yang lebih tua daripada saya pun ada. ini menunjukkan mereka masih bersemangat untuk meneruskan pengajian mereka. 

Dalam tempoh cuti semester selama dua bulan ni, saya tak tahu nak buat apa. Mungkin just duduk di rumah saja. Maklumlah, bulan puasa dan hari raya aidilfitri dan hampir. Nak merasa pula puasa di rumah selama sebulan. Sebelum ni, puasa kat kampus, dan buka puasa dengan rakan-rakan yang lain. 

Sekian

Nur Farahidayah Binti Mohd Rouse (nfmr)

Saturday, May 19, 2012

Kerana Sekeping Kertas Yang Mahal Harganya


Ijazah ialah hanya sekeping kertas, tetapi harganya amatlah mahal. Harganya mahal kerana kita perlu menempuh pelbagai pahit dan manis sepanjang bergelar pelajar universiti. Sudah lama aku tak update blog. Bukannya lupa, tetapi terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan sampaikan kadang-kadang masa 24 jam sehari rasa tak cukup. Biasalah bila bergelar pelajar, sibuk dengan test, assingment, kuliah dan aktiviti-aktiviti lain. Baiklah sedar tak sedar dah nak sampai penghujung semester dah pun. Tak terasa masa cepat berlalu. Dalam tempoh sebulan lagi aku akan menempuhi peperiksaan. Bermula 16 Julai 2012 aku akan mula bercuti. Tempoh pengajian selama 14 minggu memang tak cukup rasanya. Untuk semester satu ni aku ambil enam subjek. Ada subjek law dan math yang amat mencabar bagiku. Math sebab aku kurang minat math, law pula sebab kita memang nak kena ingat semua fakta kes dan undang-undang. Macam nak jadi lawyer pula rasanya tetapi memang boleh pecah kepala juga dibuatnya. Aku faham sekarang susahnya nak menjadi seorang lawyer atau peguam. Couse aku ni setiap semester ada math dan law. Memang tak boleh nak lari. Nak tak nak aku terpaksa memaksa diri aku untuk menyayangi subjek  math dan law. Tak boleh nak lari. Semoga hasilnya berbaloi di hujung pengajian aku nanti apabila aku berjaya mengenggam segulong ijazah yang menjadi idaman kebanyakkan orang. Masih jauh perjalanan aku, ada dua tahun setengah lagi. Doakan agar aku berjaya. 

The end...

nfmr