Friday, December 26, 2014

Cuti-cuti Malaysia

Salam.

Bermula dari 22/12/2014 (Ahad) Sehingga 25/12/2014 (Khamis), saya dan keluarga saya telah bercuti di beberapa destinasi di dalam Malaysia.

22/12/2014 (Ahad)

Kami memulakan perjalanan dengan bertolak dari Pulau Pinang ke Shah Alam pada jam 7.30 pagi dan sampai ke Shah Alam pada jam 11.30 pagi. Tujuan kami pergi ke Shah Alam adalah kerana ada kenduri di sana. Kami menginap di Concorde Hotel, Shah Alam dan ini merupakan kali kedua kami menginap di hotel yang sama. Servis dan bilik Concorde Hotel amat memuaskan hati kami semua. Kami menginap hanya satu malam di Concorde Hotel.

23/12/2014 (Isnin)

Tepat jam 12.30 tengah hari kami check out dari concorde hotel dan memulakan perjalanan ke rumah achik saya yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Kami sampai di sana tepat jan 2.00 petang. Kami melawat ke Muzium Tentera dan Port Dickson Waterfront.

24/12/2014 (Selasa)

Hari ini kami melawat ke bandar Melaka. Memulakan perjalanan dari jam 11.30 Pagi dan sampai di Bandar Melaka tepat jam 1.00 Petang. Antara tempat yang dilawati ialah, Kota Afamosa, Pirate Ship, Muzium TLDM, Dan Menara Taming Sari. Bergerak pulang ke Negeri Sembilan pada jam 5.30 Petang dan sampai di Negeri Sembilan pada jam 8.00 malam.

25/12/2014

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Negeri Sembilan dan kami memulakan perjalanan untuk pulang ke Pulau Pinang pada jam 9.00 pagi dan sampai di Pulau Pinang pada jam 6.00 petang. Masa perjalanan agak panjang kerana keadaan trafik di lebuhraya yang akan perlahan kerana banyak kereta di atas lebuhraya,

Membeli Buku Di MPH Online

Salam.

Ini adalah kali kedua saya membeli buku di mphonline.com dan saya sangat sukakannya. Servisnya sangat cepat. Saya akan membeli buku yang ada di dalam stok dan seperti yang dijanjikan buku itu akan tiba dalam masa 3 ke 5 hari (jika terdapat stok). Terdapat banyak pilihan buku yang disediakan. Anda hanya perlu pergi ke website dan jika ada buku yang ingin anda beli, hanya klik saja pada butang yang disediakan. Buku yang saya beli di mphonline.com adalah buku yang agak sukar untuk saya dapat di kedai-kedai buku biasa. Buat masa ini saya telah membeli empat (4) buah buku dengan mphonline dan saya amat berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Wednesday, August 20, 2014

Pembelian Pertama Secara Online


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baiklah, ini adalah kali pertama saya lakukan pembelian secara atas talian ataupun lebih popular online shopping. Saya tertarik untuk mencuba membeli di Lazada webpage. Untuk pertama kali membeli barang secara online ni, saya beli barang yang not exceed RM50.00. Bukannya apa, takut nanti menyesal di kemudian hari. Saya membuat pesanan lebih kurang jam 10.45 pagi. Then pada pukul 2.00 petang barang saya menerima sms dan juga e-mail mengatakan barang saya telah dihantar. So, apa lagi dalam hati ini memang dah gembira yang amat. Barang saya dihantar melalui courier Ta-q-bin. First time saya dengar company courier ni. Apa yang saya tahu courier ini merupakan courier yang famous di Jepun.

Disebabkan saya menggunakan alamat pejabat, keesokkan pagi saya menerima panggilan daripada pekerja Ta-q-bin menanyakan sama ada saya berada di rumah atau tidak untuk mereka menghantar bungkusan tersebut kepada saya. Masa tu bertapa gembiranya saya rasa. Saya ingatkan ia akan mengambil masa yang lebih lama, tak sangka pula secepat itu.

Thank You Lazada

Pertama Kali Menaiki Kapal Terbang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Dah terlalu lama rasanya saya tak update blog saya. Baiklah, Pada hari Ahad (17/08/2014) yang lepas buat pertama kalinya selepas berbelas-belas tahun saya menaiki kapal terbang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan dah tentunya saya menaiki kapal terbang AirAsia. Sebenarnya perjalanan ini tak dirancang pun, just buka laman web AirAsia dan kemudian terdapat harga promosi yang saya rasakan amat berpatutan, saya pun apa lagi, teruslah membelinya. Seingat saya semasa kecil pernah naik kapal terbang, tetapi ingat-ingat lupa, iye la masa tu kan kecil lagi.

Proses nak membeli tiket kapal terbang sebenarnya agak mudah jika segala maklumat yang diperlukan telah disediakan, dan yang paling penting sekali, sentiasa tenang semasa nak beli tiket online supaya anda tak tersilap mengisi maklumat yang diperlukan. Kalau silap, habislah tiket anda.

Tiket promo saya beli ialah tiket return iaitu Pulau Pinang-Kuala Lumpur-Pulau Pinang. Harga yang saya dapat memang amat berbaloi dan berpuas hari. Untuk Pulau Pinang ke Kuala Lumpur saya dapat tiket berharga RM24.00 dan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang saya dapat tiket berharga RM64.00 sahaja. Jumlah keseluruhan ialah RM128 termasuk insurans, service caj dan pick a seat. At least, dapatlah merasa menaiki kapal terbang walaupun perjalanan cuma satu jam dan ianya merupakan penerbangan domestik. Kalau nak ke luar negara, kena simpan duit dulu, dan bila dan cukup barulah boleh merasa menaiki kapal terbang untuk tempoh yang lama.

Untuk perjalanan kali ini saya memilih untuk duduk di tepi tingkap kerana nak lihat awan. Bila dapat lihat sendiri semasa berada di atas kapal terbang, terasa begitu cantik sekali. Air Turbulence ada la juga, tetapi tidak la teruk sangat. Semasa pergi kapal terbang dipandu oleh kapten/pilot lelaki tetapi bila balik, kapal terbang dipandu oleh kapten wanita.

Last but not least Thank You AirAsia "Now Everyone Can Fly".



Sunday, March 23, 2014

Membuat Passport Antarabangsa Malaysia Untuk Pertama Kali

Hi,

Pada hari 12 Mac 2014 (Rabu), saya pergi ke Pejabat Imigresen Malaysia, cawangan Georgetown, Pulau Pinang. Tujuannya ialah untuk buat passport dan untuk pengetahuan semua ini adalah pertama kali saya hendak membuat passport. Perasaan takut dan gementar sentiasa ada di dalam diri saya, padahal nak buat passport je.

Ok, beberapa hari sebelum pergi ke pejabat imigresen, saya dah search kat Internet apa yang perlu disediakan antaranya gambar, salinan ic dll. Malam sebelum tu punya la saya cari kedai dan tangkap gambar, tapi saya tak berpuas hati dengan gambar tersebut. Pada pagi tu, saya terus ke bahagian belakang pejabat imigresen nak tangkap gambar lain, saya jadi pelik, kenapa tak buka? Adalah kakak- kakak kat situ tanya kat saya nak tangkap gambar ke dik? Saya pun jawap ye, kakak tu cakap, tak pe pi tangkap gambar kat dalam. Saya pun pergi la ke dalam, bila pergi ke kaunter customer service, saya bagi la IC dan terbawa keluar gambar yang saya tangkap semalam. Encik tu cakap, Adik gambar tak payah sediakan diorang akan tangkap dan masukkan dalam komputer. Maknanya anda tak payah sediakan apa-apa pun. Pergi bawa diri, Kad Pengenalan dan yang paling penting duit untuk bayaran passport. Kalau nak perbaharui passport, jangan lupa bawa passport lama. Ini untuk Pejabat Imigresen cawangan Georgetown je la, cawangan lain saya tak pasti.

Saya dapat nombor 1076, saya dapat nombor pada pukul 8.20 dan dalam pukul 10.05 minit pagi baru la nombor saya dipanggil. Pergi ke kaunter tu, dia akan interview kita sikit, tanya ketinggian, status perkahwinan, alamat dll. Ini baru kaunter pertama k. Then kita kena tunggu nombor kita dipanggil lagi sekali untuk membuat bayaran. Kalau nak buat passport untuk 2 tahun RM100, dan kalau untuk 5 tahun RM300 bayaran ikut berapa tahun yang kita nak ambil. Saya ambil untuk 5 tahun sebab kalau buat untuk 2 tahun rasa cepat sangat.

Lepas dah buat bayaran, kat resit tu dia akan tulis pukul berapa anda perlu ambil nombor giliran untuk ambil passport anda. Passport anda akan siap dalam satu jam sekiranya orang tak terlalu ramai, dan sekiranya anda kurang bernasib baik dan kebetulan hari anda pi tu, ramai orang, rasanya anda mungkin kena tunggu 2 jam. Selepas satu jam, sila pergi kembali ke kaunter customer service untuk ambil nombor giliran yang baru. Kalau tak pasti tanya je pegawai-pegawai Imigresen di situ, mereka pasti akan membantu anda. Layanan yang diberi amat memuaskan hati saya. Selepas satu jam passport saya sudah pun siap. Yippee, sekarang kalau nak terbang ke mana-mana dah boleh dah. Untuk pengambilan passport ada satu kaunter je, kaunter no. 8 dan anda tak perlu tunggu lama pun untuk turn anda, saya hari tu, tunggu dalam 10 minit je.



Kerja di Kuala Lumpur

Hi, apa khabar semua.

Ok, nampaknya dah lama sangat saya tak update blog saya. Ok, hujung bulan Disember tahun 2013, saya kerap ke Kuala Lumpur. Dapat interview kerja kat sana. Saya akui menetap di Kuala Lumpur merupakan salah satu impian saya. Saya memang dapat kerja tersebut dah hanya sempat kerja di sana untuk satu hari je. Bukannya apa, kehidupan bandar di Kuala Lumpur saya rasakan terlalu sibuk dan tidak sesuai pula dengan jiwa saya. Mungkin juga saya takut untuk hidup seorang diri di bandar metropolitan tersebut. Di Pulau Pinang, walaupun sibuk, tetapi tidaklah sesibuk seperti di Kuala Lumpur. Namun, kenangan di bandar tersebut tidak akan saya lupakan. Saya juga sempat berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Antara tempat yang sempat saya pergi adalah Jalan TAR, Pasaraya Sogo dan Dataran Merdeka. Terima kasih Abah, sebab bawa Fara berjalan-jalan ke sana. Saya sempat juga merasa menaiki LRT dan KTM Komuter. Walaupun baru di sana dalam tiga hari, tetapi kaki dah terasa sakit sangat sebab banyak sangat berjalan. Namun semua ini merupakan kenangan terindah saya. Walaupun tak dapat jadi orang Kuala Lumpur, dapat merasa tinggal di sana sebentar pun dah mencukupi bagi saya.