Ijazah ialah hanya sekeping kertas, tetapi harganya amatlah mahal. Harganya mahal kerana kita perlu menempuh pelbagai pahit dan manis sepanjang bergelar pelajar universiti. Sudah lama aku tak update blog. Bukannya lupa, tetapi terlalu
banyak perkara yang perlu dilakukan sampaikan kadang-kadang masa 24 jam sehari
rasa tak cukup. Biasalah bila bergelar pelajar, sibuk dengan test, assingment,
kuliah dan aktiviti-aktiviti lain. Baiklah sedar tak sedar dah nak sampai
penghujung semester dah pun. Tak terasa masa cepat berlalu. Dalam tempoh
sebulan lagi aku akan menempuhi peperiksaan. Bermula 16 Julai 2012 aku akan
mula bercuti. Tempoh pengajian selama 14 minggu memang tak cukup rasanya. Untuk
semester satu ni aku ambil enam subjek. Ada subjek law dan math yang amat
mencabar bagiku. Math sebab aku kurang minat math, law pula sebab kita memang
nak kena ingat semua fakta kes dan undang-undang. Macam nak jadi lawyer pula
rasanya tetapi memang boleh pecah kepala juga dibuatnya. Aku faham sekarang
susahnya nak menjadi seorang lawyer atau peguam. Couse aku ni setiap semester
ada math dan law. Memang tak boleh nak lari. Nak tak nak aku terpaksa memaksa
diri aku untuk menyayangi subjek math
dan law. Tak boleh nak lari. Semoga hasilnya berbaloi di hujung pengajian aku
nanti apabila aku berjaya mengenggam segulong ijazah yang menjadi idaman
kebanyakkan orang. Masih jauh perjalanan aku, ada dua tahun setengah lagi.
Doakan agar aku berjaya.
The end...
nfmr